![]() | Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) ialah sebuah agensi agama Islam di Negeri Sembilan, Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
جابتن ڤندعواءن شرعية نڬري سمبيلن | |
![]() | |
Intisari agensi kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 2018 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | ![]() |
Ibu pejabat | Aras 11, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan ![]() |
Moto | Berwibawa, Integriti, Tepat (B.I.T) |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | jpens |
Latar Belakang
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) dahulunya merupakan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Pengasingan dan pengiktirafan sebagai sebuah Jabatan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ini berdasarkan keputusan : [1]
- Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 20 Mac 2015
- Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke 56 pada 16 Januari 2016.
- Mesyuarat Majlis Agama Islam (MAINS) kali ke 225.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 7 Disember 2016.
Pengasingan dan pengiktirafan ini juga dilaksanakan selepas mendapat perkenan ke bawah D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Y.T.M Undang Yang Empat dan Y.T.M Tunku Besar Tampin.
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2018 dengan dibekalkan kod PTJ sendiri dan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie.
Terdapat empat (4) Bahagian di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu:
- Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan (BPPR)
- Bahagian Pendaftaran, Rekod dan Dokumentasi (BPRD)
- Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP)
- Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Visi
Menjadi agensi berwibawa dalam memperkasakan pendakwaan syariah
Misi
Melaksanakan pendakwaan syariah di Negeri Sembilan berlandaskan undang-undang dan berintegriti melalui pemantapan tadbir urus organisasi
Objektif
- Pelaksanaan pengurusan pendakwaan secara sistematik, teratur dan efisyen
- Memastikan pendakwaan kesalahan jenayah syariah dikendalikan secara telus, adil dan saksama berdasarkan hukum syara' dan undang-undang
- Menyampaikan informasi dan kefahaman undang-undang jenayah syariah kepada masyarakat
Rujukan
- ^ "Latar belakang JPeNS". Portal Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan.