
Dalam agama Islam, kucing merupakan haiwan peliharaan yang disayangi, sebagaimana yang dilakukan oleh nabi S.A.W. Kucing domestik ialah haiwan yang dihormati dalam agama Islam.[1] Kucing domestik juga dikagumi kerana kebersihannya.[2]
Sebab-musabab dihormatinya kucing
Sejarah
Kucing telah dihormati di Timur Dekat sejak zaman dahulu, tradisi yang diterima oleh Islam, meskipun sudah banyak yang terubah.[3] Menurut hadits, Nabi Muhammad telah melarang penganiayaan dan pembunuhan terhadap kucing.
Pendalilan dalam Islam
Salah satu kisah dari sahabat Nabi Muhammad yang dikenali dengan sebutan Abu Hurairah (secara harfiah bererti "Bapak Anak Kucing") tentang kucing adalah, suatu hari ketika cuaca sedang panas, ia melihat seekor kucing yang sedang bersandar di dinding, kemudian ia mengambilnya dan membawanya dengan menaruhnya pada lengan bajunya untuk melindunginya dari panas matahari.[1] Abu Hurairah mengatakan bahawa ia pernah mendengar Nabi Muhammad mengatakan bahawa ada seorang wanita yang masuk ke dalam neraka hanya karena membiarkan anak kucing betina yang kelaparan, tetapi hal ini telah dibantah oleh isteri Nabi Muhammad bernama Aisyah.[4]
Namun hadis yang lebih tsabit (jelas) adalah hadits yang menyebutkan bahawa wanita itu kemudian diseksa, dengan lafaz sebagai berikut, "Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurungnya sampai mati. Hanya kerana kucing itu ia masuk neraka. Sebab tatkala ia mengurungnya, ia tidak memberinya makan dan minum. Ia juga tidak mahu melepaskannya untuk mencari makanan dari serangga dan tumbuh-tumbuhan." Hadis ini memang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam "Shahih"-nya, dan Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya dari Abu Hurairah, tapi di sisi lain, hadits ini diriwayatkan dari jalur lain: dari Nafi', dari Abdullah bin Umar RA, yang diriwayatkan Imam Bukhari dalam "Adab al-Mufrad" (hadits no.:379), dan Imam Muslim (7/43). Sehingga, boleh dikatakan hadis ini tsabit, dan tiada boleh ditentang lagi. Sampai di sinilah, pendapat al-Albani.[a]
Sumber
Rujukan
- ^ a b (Inggeris) Glassé, Cyril (2003). The New Encyclopedia of Islam. Rowman Altamira. m/s. 102. ISBN 0759101906. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCampo
- ^ (Inggeris) Baldick, Julian (2012). Mystical Islam: An Introduction to Sufism. I.B.Tauris. m/s. 155. ISBN 1780762313. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ (Inggeris) Kurzman, Charles (1998). Liberal Islam: A Source Book. Oxford University Press. m/s. 121. ISBN 0195116224. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Al-Albani, Muhammad Nashiruddin (1378 H/1958 M). Silsilatul Ahadits-as-Shahihah [edisi terjemahan:Silsilah Hadits Shahih]. 1:hadits no.28. Jakarta:Pustaka Imam Syafii. ISBN 978-602-8062-76-3
Catatan bawah