![]() | |
![]() iPhone Air in Sky Blue | |
Pembangun | Apple |
---|---|
Cogan kata | The thinnest iPhone ever. With the power of pro inside. |
Warna |
|
Keluarga | iPhone |
Rangkaian serasi | 2G GSM/EDGE, 3G UMTS/HSPA+, 4G LTE, 5G NR |
Julung diedarkan | 19 September 2025 |
Berkaitan | iPhone 17 iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max |
Jenis | Telefon pintar |
Penjadi rupa | Slate |
Ukuran | 156.2 × 74.7 × 5.64 mm (6.15 × 2.94 × 0.22 in) |
Jisim | 165 g (5.82 oz) |
Sistem pengendalian | iOS 26 |
Sistem atas cip | Apple A19 Pro |
Modem | Apple C1X |
Ingatan | 12 GB RAM |
Storan | 256 GB, 512 GB or 1 TB |
SIM | eSIM duaan |
Pengecasan | |
Paparan | 6.5 in (165 mm) OLED, resolusi 2736 × 1260 dalam 460 ppi, kadar segar semula 120 Hz |
Kamera belakang | 48 MP, f/1.6, 26 mm (lebar) |
Kamera depan | 18 MP, f/1.9 (lebar) |
Ketersambungan | Trijalur Wi-Fi 7 (802.11a/b/g/n/ac/ax/be) Bluetooth 6.0 (A2DP, LE) Jalur lebar ultra (UWB) Thread NFC (mod pembaca, kad ekspres) USB-C: USB 2.0 480 Mbit/s GPS dwifrekuensi (L1, L5), GLONASS, Galileo, QZSS, BeiDou, NavIC |
Ketahanan air | IP68 (hingga 6 m selama 30 minit) |
Lain | SOS kecemasan, Messages dan Find My melalui satelit |
Tapak sesawang | apple |
iPhone Air ialah telefon pintar yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Apple. Ia adalah sebahagian daripada generasi ke-19 iPhone. Peranti itu diumumkan bersama iPhone 17 berharga rendah dan iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max berharga lebih tinggi semasa Apple Event di Apple Park di Cupertino, California, pada 9 September 2025. iPhone Air menggantikan siri Plus dalam barisan iPhone, dengan pilihan penjenamaan semula memfokuskan pada reka bentuk ringan serta ciri yang dipertingkatkan.[1][2] Dengan kedalaman 5.6 mm (0.22 in), ia merupakan iPhone paling nipis yang pernah dihasilkan, mengatasi kenipisan 6.9 mm (0.27 in) bagi iPhone 6.[3][4]
Reka bentuk


iPhone Air menampilkan badan titanium tergilap yang sangat nipis berbanding model iPhone 17 aluminium, juga merupakan yang paling ringan daripada generasi ke-19 iPhone.[5] Kaca hadapan menggunakan Ceramic Shield 2 dengan salutan antipantul rekaan Apple baharu.[1] Bahagian belakang dilindungi oleh Ceramic Shield, dan mempunyai bahagian tinggi yang menempatkan kamera, pembesar suara dan papan logik. iPhone Air akan tersedia dalam empat warna: Sky Blue, Light Gold, Cloud White dan Space Black.[6]
Warna | Imej | Nama |
---|---|---|
![]() |
Sky Blue | |
![]() |
Light Gold | |
![]() |
Cloud White | |
![]() |
Space Black |
Spesifikasi
Set cip
iPhone Air memiliki sistem atas cip A19 Pro. Cip itu mengandungi CUP 6 teras, GPU 5 teras dan Neural Engine 16 teras. Ia menggunakan modem C1X[7] dan cip jaringan N1 rekaan baharu Apple sebagai usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada Broadcom.[3] Cip N1 memililki sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread.
Paparan
iPhone Air termasuk paparan OLED Super Retina XDR 6.5" dengan kecerahan puncak 3000 nits dan kadar penyegaran dinamik sehingga 120 Hz. Paparan mempunyai resolusi 2736 × 1260 pada 460 piksel per inci. Ia mempunyai fungsi sentiasa hidup dan pelarasan kepada 1 Hz apabila tidak digunakan.[1]
Kamera
iPhone Air mempunyai sistem kamera Fusion 48 megapiksel dengan kanta tunggal.[1] Memandangkan ia tidak mempunyai lensa ultralebar, ia tidak mempunyai mod fotografi makro dan tidak boleh mengambil foto ruangan.
Bahagian hadapan peranti mempunyai kamera Center Stage 18 megapiksel. Kamera hadapan mempunyai penderia segi empat sama pertama pada iPhone dan boleh mengembangkan medan pandangan atau berputar dari orientasi potret ke landskap buat tangkapan berkumpulan.[8]
Ketersambungan
Semua unit iPhone Air akan dijual dengan eSIM di seluruh dunia,[9] meneruskan trend iPhone eSIM tunggal; model pertama ialah iPhone 14 dan 14 Pro di AS.
Keselamatan
Bermula dengan semua model iPhone 17 dan iPhone Air, peranti berdasarkan A19 dan A19 Pro memiliki Penguatkuasaan Integriti Memori (MIE).[10][11] MIE ialah pertahanan keselamatan memori sentiasa hidup perkakasan-dan-OS yang menggunakan pengagih memori selamat Apple, Sambungan Teg Memori Dipertingkat (EMTE) dalam mod segerak dan dasar Penguatkuasaan Kerahsiaan Teg.[10] Secara lalai, MIE mengukuhkan permukaan serangan utama termasuk kernel dan lebih 70 proses permukaan pengguna sambil mengekalkan prestasi.[10] Apple menyatakan bahawa MIE menyasarkan perisian pengintip upahan dengan menjadikan rantaian eksploitasi hujung ke hujung jauh lebih mahal dan sukar untuk dibangunkan dan diselenggara.[10]
Rujukan
- ^ a b c d "Introducing iPhone Air, a powerful new iPhone with a breakthrough design". Apple Inc. September 9, 2025. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ Charlton, Hartley (September 9, 2025). "Apple Announces iPhone Air With Ultra-Thin Design". MacRumors. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ a b Roth, Emma (September 9, 2025). "The iPhone 17 comes with Apple's new in-house networking chip". The Verge. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ Winkler, Rolfe (September 9, 2025). "Apple Releases Thinner 'iPhone Air,' Seeking to Boost Upgrades With New Design". The Wall Street Journal. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ Forristal, Lauren (September 9, 2025). "Apple debuts the $999 ultra-thin iPhone Air". TechCrunch. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ Render, Josh (September 9, 2025). "iPhone 17 unveiled — release date, price, specs, colors and all the upgrades". Tom's Guide. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ Christoffel, Ryan (September 9, 2025). "Apple debuts new C1X in-house modem, the successor to C1". 9to5mac. Dicapai pada September 9, 2025.
- ^ "iPhone Air - Technical Specifications". Apple Inc. Dicapai pada September 11, 2025.
- ^ Mehta, Ivan (September 9, 2025). "iPhone 17 Air will be eSIM only worldwide". TechCrunch. Dicapai pada September 10, 2025.
- ^ a b c d "Memory Integrity Enforcement: A complete vision for memory safety in Apple devices". Apple Security Research. Apple Inc. September 9, 2025. Dicapai pada September 10, 2025.
- ^ Hardwick, Tim (September 10, 2025). "iPhone 17 Introduces 'Groundbreaking' New Memory Security Feature". MacRumors. Dicapai pada September 10, 2025.