Jenis/bentuk sah | Hotel |
---|---|
Industri | Hotel dan Perkhidmatan |
Ditubuhkan | 1994 |
Ibu pejabat | Menara UOA Bangsar, Suite A-32-7, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Kedah, Perak, Selangor, Johor, dan Sarawak |
Syarikat induk | Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia |
Tapak web | serimalaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Hotel Seri Malaysia adalah rangkaian hotel bajet yang menawarkan penginapan selesa di lokasi strategik di seluruh Malaysia. Menyediakan perkhidmatan kepada pelancong santai dan urusan perniagaan, hotel-hotel ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi percuma, bilik berhawa dingin, restoran di lokasi, dan kemudahan mesyuarat. Dengan fokus pada keselesaan dan kemudahan pada harga berpatutan, Hotel Seri Malaysia menyajikan pengalaman mesra yang mencerminkan budaya tradisional Malaysia, menjadikannya pilihan popular untuk keluarga dan kumpulan yang mencari nilai terbaik semasa perjalanan mereka.
Profil Syarikat
Visi
Untuk menjadi rantaian hotel saiz sederhana terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Tetamu adalah keutamaan kepada kami dan akan kami sambut mereka dengan kemesraan dan layanan yang ikhlas.
Misi
Kami berusaha menjadikan pengurusanyang baik dan menjalankan perniagaankami dengan cara yang telus dan adil kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Soul of Seri Malaysia
“Soul of Seri Malaysia” merupakan inisiatif bagi penjenamaan semula Hotel Seri Malaysia menggabungkan nilai-nilai murni yang diterapkan kepada kakitangan dan juga pelanggan Hotel Seri Malaysia. Pada 8 September 2017, Hotel Seri Malaysia telah mengadakan sesi percambahan idea jualan & pemasaran yang mana sesi tersebut telah berjaya mencipta penjenamaan semula ini merangkumi elemen “Brand Attribute”, “Brand Attitude” dan “Brand Soul”, seterusnya akan memberi kesan kepada “Brand Recall” yang mengaitkan karektor perkhidmatan yang diterima pelanggan.
Elemen dalaman “Brand Attitude” perlu diserapkan bersama impak luaran “Brand Attribute” sebagai sokongan memacu ke arah titik sasaran “Brand Soul” untuk menjadikan Hotel Seri Malaysia sebuah penginapan “SELESA”.
Program penjenamaan semula ini adalah berlandaskan kepada sasaran dalam mengembalikan “Market Credibility” dan “Guest Satisfaction” kepada pengunjung Hotel Seri Malaysia.
Lokasi
Zon | City | State | Website |
---|---|---|---|
Zon Utara | Taiping | Perak | |
Bayan Baru | Pulau Pinang | ||
Kepala Batas | |||
Kulim | Kedah | ||
Sungai Petani | |||
Alor Setar | |||
Kangar | Perlis | ||
Zon Selatan | Rompin | Pahang | |
Ipoh | Perak | ||
Seremban | Negeri Sembilan | ||
Port Dickson | |||
Johor Bharu | Johor | ||
Lawas | Sarawak | ||
Bagan Lalang | Selangor | ||
Zon Timur | Genting Highland | Pahang | |
Kuantan | |||
Temerloh | |||
Mersing | Johor | ||
Melaka | Melaka | ||
Kuala Terengganu | Terengganu |