Herzliyyāh (bahasa Ibrani: הֶרְצְלִיָּה) adalah sebuah bandar raya di Daerah Tel Aviv, Israel. Terletak di utara Tel Aviv, bandar raya ini dinamakan sempena Theodor Herzl, tokoh utama gerakan Zionisme. Bandar raya ini terkenal dengan pantainya dan kerana berdekatan dengan Tel Aviv, adalah terkenal untuk kawasan-kawasan perumahan elitnya yang dibina di atas tanah milik penduduk Palestin. Herzliya Pituach, sebuah daerah dekat pantai, ialah kediaman para diplomat dan orang Israel yang kaya.
Herzliya mempunyai dua buah muzium:
- Rumah Pendiri, yang mempertunjukkan kehidupan harian penduduk-penduduk pertama bandar raya ini
- Muzium Taman Seni dan Pahatan Israel Herzliya, yang mempamerkan karya seniman sezaman Israel.
Pautan luar
- (Inggeris) Laman web rasmi Diarkibkan 2006-06-29 di Wayback Machine