![]() Hevel bersama ADO Den Haag pada 2015 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Hector Alexander Hevel Serrano | ||
Tarikh lahir | 15 Mei 1996 | ||
Tempat lahir | Leidschendam, Belanda | ||
Ketinggian | 171 cm (5 ka 7 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Portimonense S.C. | ||
Nombor | 31 | ||
Kerjaya remaja | |||
–2004 | Voorschoten '97 | ||
2004–2014 | ADO Den Haag | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014–2017 | ADO Den Haag | 11 | (0) |
2017–2020 | AEK Larnaca | 74 | (5) |
2020–2023 | FC Andorra | 83 | (11) |
2023–2024 | FC Cartagena | 15 | (0) |
2024–2025 |
Guangxi Pingguo Haliao FC | 28 | (4) |
2025 | Portimonense S.C. | 6 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2025 | Malaysia | 1 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 Mac 2025 |
Hector Alexander Hevel Serrano (lahir 15 Mei 1996) ialah seorang pemain bola sepak Belanda-Malaysia[1] yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Portugal Portimonense SC.[2]
Kerjaya antarabangsa
Pada Mac 2025, dilaporkan bahawa Hevel telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia sebagai pemain warisan berdasarkan kelayakannya melalui keturunan. Kelabnya iaitu Portimonense telah mengumumkan panggilannya ke skuad kebangsaan di media sosial dan menyatakan bahawa beliau akan menyertai skuad Malaysia bagi perlawanan antarabangsa yang akan datang.[3]
Pada 19 Mac 2025, Hevel secara rasmi menyertai kem latihan kebangsaan di Johor Bahru bersama seorang lagi pemain warisan, Gabriel Palmero.[4] Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan penyertaannya dalam skuad yang sedang bersiap sedia bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia AFC.[5][6]
Hevel membuat penampilan sulungnya bersama Malaysia pada 25 Mac 2025 sebagai pemain kesebelasan utama dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC 2027 menentang Nepal, dan turut menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2–0.[7]
Pencapaian
AEK Larnaca
- Piala Cyprus: 2017–18
- Piala Super Cyprus: 2018
Rujukan
- ^ Luong, Hieu (22 March 2025). "Malaysia add three naturalized players to national team for Asian Cup qualifiers". VnExpress International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 March 2025.
- ^ Saktesh, S. (14 Mac 2025). "Heritage player Hector set to join Harimau Malaya" [Pemain warisan Hector bersedia untuk menyertai Harimau Malaya]. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2025.
- ^ Azharie, Farah (14 Mac 2025). "Portimonense's Serrano to join Harimau Malaya?" [Serrano dari Portimonense bakal sertai Harimau Malaya?]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2025.
- ^ Musa, Muzaffar (19 Mac 2025). "Selamat datang! Hector Hevel, Gabriel Palmero sah pemain warisan baru Harimau Malaya". Stadium Astro. Dicapai pada 20 Mac 2025.
- ^ Adam, Wan (19 Mac 2025). "Hector Hevel & Gabriel Palmero Turun Ke Sesi Latihan Harimau Malaya". MakanBola. Dicapai pada 20 Mac 2025.
- ^ Muhamad, Mohd. Fitrie (19 Mac 2025). "Hevel dan Palmero sudah sertai latihan rasmi". Kosmo!. Dicapai pada 20 Mac 2025.
- ^ @windowintlpod (25 Mac 2025). "Tweet about Hector Hevel's debut goal". X (formerly Twitter). Dicapai pada 25 Mac 2025.
Of course Hector Hevel, who plays for Portimonense in Portugal, would get his debut goal on his debut for Malaysia 🇲🇾. 🇲🇾 1–0 🇳🇵 #AFCAsianCup2027