Hanny R. Saputra | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Indonesia |
Pusat pendidikan | Institut Seni Jakarta |
Pekerjaan | Pengarah |
Tahun aktif | 1997 – kini |
Karya terkenal |
Hanny R. Saputra (lahir 11 Mei 1965) adalah seorang pengarah Indonesia. Salah satu filemnya, Di Bawah Lindungan Ka'bah, adalah penyerahan Indonesia untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-84.
Biografi
Saputra dilahirkan di Kota Salatiga, Jawa Tengah pada 11 Mei 1965. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau suka menonton filem, dan pada tahun 1985 beliau mendaftar di Institut Seni Jakarta untuk belajar pembikinan filem.[1]
Pada 1997 beliau menduduki kerusi pengarah menerusi FTV Sepanjang Jalan Kenangan, yang tidak diambil oleh mana-mana stesen kerana ia dianggap terlalu idealistik.[1] Beliau mengeluarkan filem cetera pertamanya, Tato, pada 2002.[2] Selepas input dari pembikin filem senior Leo Sutanto dan Lo Fen Koei, dia mula memberi tumpuan lebih kepada filem berdaya maju, mengeluarkan Virgin dua tahun kemudian.[1]
Selepas Virgin, Saputra mengarahkan filem hits 2006 Heart lakonan Acha Septriasa dan Irwansyah; ia diikuti oleh satu lagi filem lakonan pasangan itu, Love is Cinta, pada tahun berikutnya. Saputra seterusnya mengarahkan Septriasa dua kali lebih.[3]
Saputra telah mengarahkan filem drama agama 2011 Di Bawah Lindungan Kabah (bersadarkan daripada novel oleh Hamka[4]) selepas pengarah terdahulunya meninggalkan projek tersebut.[5] Beliau menggunakan lesen dramatik yang besar dalam adaptasi, ke titik Makbul Mubarak dari The Jakarta Post mengulas bahawa beliau sepertinya hanya menggunakan pembukaan dan penutupan bahan sumber.[4] Filem ini adalah penyerahan Indonesia ke Anugerah Akademi ke-84,[6] tetapi ia tidak membuat senarai pendek akhir.[7] Sehingga Ogos 2011, Saputra telah mengarahkan 10 filem.[4]
Anugerah dan penghargaan
Rizal Iwan, menulis untuk The Jakarta Post, memanggil Saputra "seorang pembikin filem yang berbakat, yang sememangnya sentiasa terjebak dengan skrip buruk".[8]
Sepanjang Jalan Kenangan menerima 8 Anugerah Vidia dan dipilih sebagai Filem Terbaik Festival Sinetron Indonesia.[1]
Filemografi
- Virgin (2004)
- Mirror (2005)
- Heart (2006)
- Love is Cinta (2007)
- Sst... Jadikan Aku Simpanan (Sst... Make Me Your Mistress; 2010)
- Sweetheart (2010)
- Love Story (2011)
- Milli & Nathan (2011)
- Di Bawah Lindungan Kabah (2011)
- 12 Menit Kemenangan Untuk selamanya (2014)
Rujukan
- Nota kaki
- ^ a b c d Widyasari 2008, Hanny R. Saputra.
- ^ Anggraeni 2002, Hanny Saputra's 'Tato'.
- ^ Kurniasari 2011, Acha Septriasa: A new.
- ^ a b c Mubarak 2011, From masterpiece to teen.
- ^ KapanLagi.com 2011, Hanny R. Saputra.
- ^ Variety 2011, Academy unveils 63 foreign.
- ^ "9 Foreign Language Films Vie for Oscar". Dicapai pada 2012-01-19.
- ^ Iwan 2007, Poor script a letdown.
- Bibliografi
- "Academy unveils 63 foreign Oscar entries". Variety. 13 October 2011. Dicapai pada 16 October 2011.
- Anggraeni, Dewi (19 Oktober 2002). "Hanny Saputra's 'Tato' blends social realism and romanticism". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2013. Dicapai pada 16 Oktober 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Iwan, Rizal (20 Mei 2007). "Poor script a letdown in 'Love is Cinta'". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2013. Dicapai pada 16 Oktober 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "Hanny R Saputra: Saya Sutradara Terakhir DBLK". KapanLagi.com. 23 August 2011. Dicapai pada 16 October 2011.
- Kurniasari, Triwik (27 February 2011). "Acha Septriasa : A new role to dye for". The Jakarta Post. Dicapai pada 15 October 2011.
- Mubarak, Makbul (28 August 2011). "From masterpiece to teen flick". The Jakarta Post. Dicapai pada 16 October 2011.
- Widyasari, Dian Desilia (10 March 2008). "Hanny R. Saputra, Sutradara Laris yang Ingin Bahagiakan Ibu". Tabloid Nova (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-30. Dicapai pada 16 October 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)