Hana Azraa | |
---|---|
هان ازرا | |
Kelahiran | Nurhannah Azra binti Mohd Zakir 1994 (umur 30–31) |
Pekerjaan | Usahawan, pemandu pelancong |
Pasangan | Muhammad Azrin Adnan (k. 2015; c. 2016) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi (k. 2019; c. 2020) (k. 2022) |
Anak-anak | 2 |
Nurhannah Azra binti Mohd Zakir (Jawi: نورهننه ازرا بنت محمد ذاكر ), lebih dikenali sebagai Hana Azraa, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau merupakan pengasas Hana Skincare.[1] Beliau menarik perhatian orang ramai dan mengundang kontroversi kerana berkhawin dan menjadi isteri kedua kepada PU Abu, yang juga merupakan suami kepada Ain 'Afini Latif.
Kehidupan awal dan pendidikan
Nurhannah Azra binti Mohd Zakir dilahirkan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Convent Sentul, Kuala Lumpur dan SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra, Kedah. Kemudian, beliau mendapat diploma pengurusan pelancongan di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Arau, Perlis.[2]
Perniagaan
Hana merupakan usahawan kosmetik. Beliau merupakan pengasas Hana Skincare.[3] Beliau juga bekerja sebagai pemandu pelancong untuk beberapa syarikat pelancongan, termasuklah untuk syarikat umrah dan haji.
Kontroversi dan isu
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Februari 2024) |
Kehidupan peribadi
Hana mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Azrin Adnan pada 2015 sebelum bercerai setahun kemudian. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu anak perempuan yang bernama Afifah Aisyah Muhammad Azrin pada 2016.[4][5] Pada tahun 2019, beliau berkahwin bersana Pencetus Ummah Abu (PU Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi) dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen Muhammad Abu Sufyan pada 2020.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Kembali jadi ibu tunggal, Hana Azraa kerja keras tanggung dua cahaya mata - “Nak tak nak, saya kena lalui seorang diri”
- ^ Biodata Hana Azraa, Isteri Pendakwah PU Abu
- ^ Kembali jadi ibu tunggal, Hana Azraa kerja keras tanggung dua cahaya mata - “Nak tak nak, saya kena lalui seorang diri”
- ^ Kongsi video hubungan baik dengan bekas suami di TikTok, Hana Azraa dituduh sengaja tunjuk cerai perkara normal
- ^ Ada 2 Anak Tapi Ayah Lain-Lain, Bekas Isteri PU Abu Sudah Ready Jawapan
- ^ Hana Azraa Buat U-Turn, Terima Semula PU Abu Dalam Hidup? -‘Bismillah…’