Skandal 1Malaysia Development Berhad ialah skandal politik yang berterusan di Malaysia, yang mana Perdana Menteri ketika itu Najib Razak dituduh menyalurkan lebih RM 2.67 bilion (kira-kira AS$700 juta) ke dalam akaun bank peribadinya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat pembangunan strategik milik kerajaan.[1] Berikutan gesaan berulang kali untuk melepaskan jawatan oleh orang ramai, Najib kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum Malaysia 2018, dan kini sedang dibicarakan bersama beberapa tokoh penting yang terlibat.
Najib telah disabitkan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta dalam kes SRC International, dan selepas banyak rayuan yang gagal, pada tahun 2022, Najib mula menjalani hukuman penjara dengan kes lain terus dibicarakan. Isterinya, Rosmah Mansor, turut menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, yang mana beliau mengaku tidak bersalah.
2009
- 2 April: Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.[2]
- Julai: Kementerian Kewangan, di bawah kepimpinan Najib, mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), mencadangkan pertukaran nama kepada 1Malaysia Development Berhad dan memperluaskan entiti baharu yang diserahkan dari negeri (Terengganu) ke pembangunan peringkat nasional.[3][4][5]
- September: Suruhanjaya Syarikat Malaysia meluluskan transformasi TIA kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September.[6] 1MDB menjalin usaha sama AS$2.5 bilion dengan syarikat minyak swasta Saudi PetroSaudi International.[7][8]
- 11 Oktober: Pengerusi 1MDB, Bakke Salleh meletakkan jawatannya buat kali kedua dalam tempoh 6 bulan, berikutan pengurusan berulang kali tidak mematuhi arahannya.[9]
2010
- Mei: 1MDB menandatangani perjanjian bersama dana kekayaan berdaulat di Qatar dan Abu Dhabi, UAE.[10][11][5] Ia juga bersama-sama melaksanakan pembangunan lapangan terbang lama di Sungai Besi dan projek itu dinamakan Bandar Malaysia.[10]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Malaysian taskforce investigates allegations $700m paid to Najib". The Guardian. 6 July 2015. Dicapai pada 24 March 2018.
- ^ People.com.cn Diarkibkan 14 April 2009 di Wayback Machine, 3 April 2009.
- ^ "Najib had control of TIA, but what about 1MDB?". theedgemarkets.com. 26 May 2015. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ "PUBLIC ACCOUNTS COMMITTEE (PAC) REPORT ON GOVERNANCE MANAGEMENT CONTROL OF 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB)" (PDF). 7 April 2016. Dicapai pada 8 April 2022.
- ^ a b "How the downfall of Malaysia's ex-leader Najib Razak unfolded". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 28 July 2020. Dicapai pada 28 July 2020.
- ^ "SSM approved TIA to be renamed 1MDB on Sept 25, 2009, says ex-CEO". theedgemarkets.com. 25 September 2019. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ "Jho Low accused of siphoning US$700m from 1MDB". 2 March 2015. Dicapai pada 7 July 2015.
- ^ "AGS Report Highlights Governance Lapses 1MDB". The Edge Malaysia. 16 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 3 March 2020.
- ^ "Bakke resigned twice as 1MDB chairman, says Seng Giaw". theedgemarkets.com. 11 February 2016. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ a b "1MDB, Malton to redevelop RMAF base". Theedgeproperty.com. 13 May 2010. Dicapai pada 30 May 2010.
- ^ "Qatar Investment Authority to invest US$5bil in Malaysia". Thestar.com.my. 14 May 2010.