Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin di Malaysia.[1]
Kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. 50 buah klink dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010.
48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Bayaran hanya RM1 sahaja. Ia dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.
Pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini. Akta Perubatan 1971 membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja.
Klinik 1Malaysia tidak bertujuan merampas fungsi klinik swasta. Hanya terdapat 3-4 klinik ini di setiap negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat klinik 1Malaysia amat wajar bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar.
Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah. Ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan, .[2]
Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.[3]
Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Senarai Klinik 1 Malaysia
- Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar, Perlis
- Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah
- Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim,kedah
- Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong,Pulau Pinang
- Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth,Pulau Pinang
- Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang
- Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara, Bayan Lepas,Pulau Pinang
- Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam,Pulau Pinang
- Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan,Perak
- Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah,Perak
- Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping,Perak
- Klinik 1Malaysia Kamunting, Taiping Perak
- Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh,Perak
- Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,Selangor
- Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya]],Selangor
- Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong,Selangor
- Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam,Selangor
- Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves,Selangor
- Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan,Kuala Lumpur
- Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam
- Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati,Kuala Lumpur
- Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong,Kuala Lumpur
- Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak,Kuala Lumpur
- Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan
- Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan
- Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai,Negeri Sembilan
- Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam,Melaka
- Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil,Melaka
- Klinik 1Malaysia Merlimau, JB 9068, Jalan SR1, Taman Serkam Ria, 77300, Merlimau, Melaka
- Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah,Melaka
- Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai, Johor
- Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai,Johor
- Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru,Johor
- Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru,Johor
- Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang,Johor
- Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan,Pahang
- Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan,Pahang
- Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh,Pahang
- Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang,Terengganu
- Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu,Terengganu
- Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman,Terengganu
- Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu,Kelantan
- Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok,Kelantan
- Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas,kelantan
- Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau,Sabah
- Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang,Sabah
- Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan,Sabah
- Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu,Sabah
- Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu,Sarawak
- Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching,Sarawak
- Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri,Sarawak
- Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu,Sarawak