Utara Kanada (اوتارا كنادا) atau "The North" merupakan kawasan luas yang paling utara di Kanada dan ia ditakrif secara geografi dan politik. Secara politik, istilah itu merujuk kepada tiga wilayah Kanada iaitu Yukon, Wilayah Barat Laut dan Nunavut. Begitu juga dengan Utara Jauh yang merujuk kepada Artik Kanada.
Konsep tersebut walau bagaimanapun bergantung kepada konsep keutaraan iaitu suatu ukuran mengenai kepalingutaraan dimana wilayah-wilayah di Artik yang lain berkongsi. Kanada yang merupakan negara di utara Amerika Utara yang penduduknya tertumpu di sepanjang sempadan selatan dengan Amerika Syarikat, sering dianggap tidak mempunyai "selatan". Oleh itu, "selatan" hanya dilihat sebagai satu kawasan apabila ia berbeza atau dilihat dari orang-orang di "Utara".
Galeri
-
Gambar satelit Utara Kanada ketika musim bunga pada tahun 2010.
Koordinat: 65°49′12″N 107°04′48″W / 65.82000°N 107.08000°W