![]() |

Fetisyisme spandeks (Jawi: فيتيشيسمى سڤنديک س ) ialah tarikan berfetisy terhadap orang yang memakai fabrik regang yang ketat atau memakai item pakaian yang diperbuat daripada bahan tersebut. Pakaian spandeks selalunya dipakai oleh perenang, gimnas, penari balet, ahli gusti, pendayung, penunggang basikal, peliuk, dan penghibur sarkas, dan ahli fetisy spandeks boleh memasukkan fantasi tentang aktiviti-aktivit ini ke dalam fetisy khusus mereka.

Salah satu sebab spandeks dan fabrik ketat yang lain boleh difetisykan adalah kerana pakaian itu seolah-olah membentuk kulit yang kedua, ia bertindak sebagai pengganti kulit pemakai itu sendiri. Pemakai pakaian spandeks nilon dan kapas yang sama sendat menyebabkan si pemakai kelihatan telanjang atau disaluti dengan bahan berkilat atau pusam seperti cat. Keketatan pakaian ini juga boleh dilihat sebagai salah satu bentuk belenggu seksual. Sebab lain yang khususnya berkaitan dengan fabrik nilon-spandeks, ialah bahan tersebut mempunyai kemasan yang sangat licin dan seperti sutera, yang memberikan dimensi sentuhan kepada fetisy—serta visualmya.[1] Tekanan pakaian yang ketat itu terhadap alat kelamin boleh menjadi agak sensual.
Fetisyisme pantyhose boleh dilihat sebagai sebuah kelas bagi fetisyisme spandeks.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Kaye, Bonnie (2012-06-22). ManReaders: A Woman's Guide to Dysfunctional Men (dalam bahasa Inggeris). CCB Publishing. ISBN 978-1-927360-71-2.