Sukan dayung (rowing, crew di Amerika Syarikat[1]) ialah sukan yang melibatkan penggerakan perahu khusus atas permukaan air menggunakan pendayung direka khas.
Sukan ini boleh dilakukan untuk tujuan rekreasi, bersenam mahupun secara kompetitif sesama pasukan lain dalam perahu seumpamanya[2] (sebagai lumba dayung). Sukan ini sendirinya diterapkan sejak temasya Sukan Olimpik pertama, namun acara sukan tersebut tidak betul-betul dapat dilangsungkan - kerana cuaca tidak mengizinkan[3] - sehingga temasya berikutnya pada 1900 untuk pasukan lelaki dan 1976 untuk pasukan wanita.
Teknik
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua cara mendayung yang utama dalam sukan ini:
- sweep - setiap peserta memegang pendayung lalu mendayung dengan kedua-dua tangan. Ia dilakukan secara beregu sama ada berpasangan, berempat atau berlapan.
- sculling - peserta mendayung menggunakan kedua-dua tangan yang memegang setiap pendayung. Ia dilakukan secara sendirian, berpasangan, berempat atau berlapan.
Peralatan
[sunting | sunting sumber]Perahu (racing shell)
[sunting | sunting sumber]Perahu yang digunakan khusus untuk sukan ini direka untuk mengurangkan seretan lalu mengoptimumkan peningkatan kelajuan sebaik-baiknya melalui rekaan yang berbadan panjang, menirus dan separa bulat pada dasarnya. Perahu-perahu sebegini diperbuat daripada kayu pada asalnya namun kini lebih menggunakan sebatian komposit.
Suatu binaan seakan sirip dipasangkan pada perahu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan pengolengan (yaw) serta juga meningkatkan keberkesanan kemudi perahu.
Pendayung (blade)
[sunting | sunting sumber]Pendayung digunakan untuk menggerakan perahu ini sangat panjang (bergantung kepada jenis dayungan - sculling dalam julat 250–300 sm; jenis sweep dalam julat 340–360 sm) berhujung rata 25 sm lebar dan 50 sm panjang. Pendayung sebegini diperbuat daripada kayu suatu masa dahulu, namun bahan sintetik yang lebih tahan lasak seperti gentian karbon kini digunakan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Definition of CREW". www.merriam-webster.com. Dicapai pada 2016-08-10.
- ^ "Speed Rower, Competitive Rowing". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2009. Dicapai pada 5 Februari 2009.
- ^ "International Olympic Committee – History of rowing at the Olympic games" (PDF). Dicapai pada 6 June 2017.