Fakhruddin al-Razi | |
---|---|
Peribadi | |
Kelahiran | 1149 M / 1150 M |
Kematian | 1209 M / 1210 M |
Agama | Islam |
Kawasan | Parsi |
Mazhab fikah | Syafie |
Karya penting | Tafsir al-Razi |
Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi[1] (Parsi: أبو عبدالله محمد بن عمر بن الحسین فخرالدین الرازي آملی ) atau Fakhruddin al-Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi Parsi yang beragama Islam.[2][3] Beliau dilahirkan di Ray di Iran dan merupakan keturunan Khalifah Abu Bakar[perlu rujukan]. Wafat pada tahun 1209 M atau 606 H, beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.
Biografi
Beliau dilahirkan di Rayy, sebuah daerah berdekatan dengan Teheran. Pengajian awal beliau adalah daripada ayahnya iaitu Diya'uddin atau Khatib al-Ray dan ilmu yang dipelajarinya ialah kalam, fiqh dan sains Islam. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ash'ari. Beliau dikenali sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.
Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hanbali (yang menetang ilmu kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.
Karya
Hasil karya al Razi yang terkenal ialah Tafsir al-Kabir, sebuah tafsir al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib.[4] Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).
Rujukan
- ^ Ibn Khallikan. Wafayat Al-a'yan Wa Anba' Abna' Al-zaman. Diterjemahkan oleh William MacGuckin Slane. (1961) Pakistan Historical Society. m/s 224.
- ^ Richard Maxwell Eaton, The Rise of Islam and the Bengal Frontier, 1204-1760, University of California Press,1996, - m/s. 29
- ^ Shaikh M. Ghazanfar, Medieval Islamic Economic Thought: Filling the Great Gap in European Economics, Routledge, 2003 [1]
- ^ Mohd. Farid Mohd. Shahran (2014). "Tafsir al-Quran Mafaatih al-Ghaib: Karya Teragung dan Terpenting oleh Fakhruddin al-Razi sebagai Tafsir Agung Sepanjang Zaman". Dalam Idris, Khairul Azhar (penyunting). Karya agung tamadun Islam & peradaban Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit IKIM. m/s. 1–8. ISBN 9789832636625.
Pautan Luar
- Pages using infobox religious biography with unsupported parameters
- No local image but image on Wikidata
- Kelahiran 1149
- Kematian 1209
- Asyairah
- Syafiiyah
- Syeikhul Islam
- Mujadid
- Sarjana aqidah Islam abad ke-12
- Sarjana aqidah Islam abad ke-13
- Imam Sunni
- Sarjana Islam Sunni
- Sarjana tafsir Quran
- Ahli falsafah Islam
- Ilmuwan Iran
- Ilmuwan abad ke-12
- Ilmuwan abad ke-13
- Ahli kosmologi
- Ahli fizik zaman pertengahan
- Ahli falsafah Parsi zaman pertengahan
- Kelahiran 1150