Eutanasia (daripada Yunani: εὐθανασία ; "kematian baik": εὖ, eu; "baik" + θάνατος, thanatos; "kematian") merupakan perbuatan mematikan seseorang. Amalan ini melanggar undang-undang di kebanyakan negara. Isu ini banyak menimbulkan kontroversi kerana wujudnya pelbagai persoalan moral dan etika, bukan sahaja terhadap amalan itu, tetapi juga definisinya. Penyokong amalan ini mendakwa bahawa mematikan seseorang yang menghidap penyakit teruk merupakan perbuatan yang berperikemanusiaan. Penentang eutanasia pula melabelkan kaedah ini sebagai bentuk pembunuhan.
Eutanasia boleh dijalankan dengan berbagai cara, dan pengistilahan yang lebih spesifik diperlukan dalam membincangkan isu eutanasia.
Pengelasan
Eutanasia dapat dibahagikan menjadi tiga kategori berdasarkan cara pelaksanaannya, iaitu:
- Eutanasia agresif atau eutanasia aktif - suatu tindakan secara sengaja yang dilakukan oleh doktor atau tenaga kesehatan lainnya untuk menyingkatkan atau mengakhiri hidup seorang pesakit. Eutanasia agresif dapat dilakukan dengan pemberian suatu bahan kimia yang mematikan, baik diambil secara oral (misalnya tablet sianida) mahupun melalui suntikan.
- Eutanasia tidak agresif atau eutanasia automatik (autoeuthanasia) digolongkan sebagai eutanasia negatif - keadaan di mana seorang pesakit menolak secara tegas dan dengan sadar untuk menerima perawatan perubatan meskipun mengetahui bahawa penolakannya akan memendekkan atau mengakhiri hidupnya. Penolakan tersebut diajukan secara rasmi dengan membuat sebuah codicil (pernyataan tulisan tangan). Eutanasia tidak agresif pada dasarnya adalah suatu amalan eutanasia pasif atas permintaan pesakit yang bersangkutan.
- Eutanasia pasif - dapat dikategorikan sebagai tindakan eutanasia negatif yang tidak menggunakan alat-alat atau langkah-langkah aktif untuk mengakhiri kehidupan seorang pesakit. Eutanasia pasif dilakukan dengan memberhentikan pemberian bantuan perubatan yang dapat melanjutkan hidup pesakit secara sengaja. Beberapa contohnya fadalah dengan tidak memberikan bantuan oksigen bagi pesakit yang mengalami kesulitan dalam pernapasan, tidak memberikan antibiotik kepada penderita pneumonia berat, meniadakan tindakan operasi yang seharusnya dilakukan guna memanjanhgkan hidup pesakit, ataupun pemberian ubat penghilang rasa sakit seperti morfin yang disadari justeru akan mengakibatkan kematian. Tindakan eutanasia pasif sering kali dilakukan secara tersembunyi oleh kebanyakan hospital.
Penyalahgunaan eutanasia pasif boleh dilakukan oleh tenaga perubatan mahupun pihak keluarga yang mengehendaki kematian seseorang, misalnya akibat kesusahan atau keresahan keluarga kerana ketidaksanggupan menanggung beban biaya perubatan. Dalam beberapa kes di mana keluarga pesakit bermungkinan tidak mempu membayar biaya perubatan, akan ada permintaan dari pihak hospital untuk membuat "pernyataan pulang paksa". Meskipun akhirnya meninggal dunia, pesakit diharapkan meninggal dunia secara semula jadi sebagai usaha perlindungan medikal.
Eutanasia ditinjau dari sudut pemberian izin
Eutanasia dari sudut pemberian izin pula dapat digolongkan menjadi tiga iaitu:
- Eutanasia di luar kemahuan pesakit: iaitu suatu tindakan eutanasia yang bertentangan dengan keinginan si pesakit untuk tetap hidup. Tindakan eutanasia semacam ini dapat disamakan dengan pembunuhan.
- Eutanasia secara tidak sukarela: Eutanasia semacam ini adalah yang seringkali menjadi bahan perdebatan dan dianggap sebagai suatu tindakan yang keliru oleh sesiapa pun juga. Hal ini terjadi apabila seseorang yang tidak berkompeten atau tidak berhak untuk mengambil suatu keputusan misalnya statusnya hanyalah seorang wakildari si pesakit (seperti pada kasus Terri Schiavo). Kes ini menjadi sangat kontroversial sebab beberapa orang wali mengaku memiliki hak untuk mengambil keputusan bagi si pesakit.
- Eutanasia secara sukarela : dilakukan atas persetujuan si pesakit sendiri, namun hal ini juga masih merupakan hal penuh kontroversi.
Eutanasia ditinjau dari sudut tujuan
Beberapa tujuan pokok dari dilakukannya eutanasia antara lain iaitu :
- Pembunuhan berdasarkan belas kasihan (mercy killing)
- Eutanasia haiwan
- Eutanasia berdasarkan bantuan doktor, ini adalah bentuk lain daripada eutanasia agresif secara sukarela
Sejarah pengamalan
Asal-usul peristilahan
Perkataan yang mengungkapkan konsep ini, "eutanasia", berasal dari kata gabung bahasa Yunani iaitu "eu" (= baik) and "thanatos" (maut, kematian) lalu bererti "kematian yang baik". Pengungkapan sedemikian dipakai dalam buku Euthanasia medica dikaryakan Francis Bacon di mana pembezaan dibuat antara euthanasia interior - yakni persediaan roh seseorang untuk dicabut pada masanya - dengan euthanasia exterior, yang difahamkan sebagai memudahkan "perjalanan" sedemikian tanpa adanya rasa perit atau kesakitan berpanjangan dalam tempoh lebih pendek daripada yang dijangka.
Dalam zaman purba dan pertengahan
Hippokrates pertama kali menggambarkan idea ini secara tersirat dalam pengarangan sumpah mengubatnya yang ditulis pada masa 400-300 SM - di mana sumpah tersebut berbunyi:
Οὐ δώσω δὲ οὐδὲ φάρμακον οὐδενὶ αἰτηθεὶς θανάσιμον, οὐδὲ ὑφηγήσομαι ξυμβουλίην τοιήνδε...
("Saya tidak akan menyarankan dan atau memberikan ubat yang mematikan kepada sesiapapun meskipun ubat tersebut telah dimintakan olehnya...")
...lalu dihujahkan sebagai pendirian Hippokrates yang membantah perlunya pelaksanaan mematikan pesakit atas tujuan belas kasihan.[1]
Dalam sejarah undang-undang di England iaitu common law sejak tahun 1300 hingga saat "bunuh diri" ataupun "membantu pelaksanaan bunuh diri" tidak dibenarkan.
Dalam dunia moden
Sejak abad ke-19, eutanasia telah menimbulkan perdebatan dan pergerakan di wilayah Amerika Utara dan di Eropah Pada tahun 1828 undang-undang anti eutanasia mula dilaksanakan di negeri New York, disusuli oleh beberapa negeri lain beberapa lama kemudian.
Setelah masa Perang Saudara Amerika Syarikat, beberapa peguam dan doktor mendukung eutanasia agar ia dilakukannya secara sukarela.
Kelompok-kelompok pendukung eutanasia mulanya terbentuk di England pada tahun 1935 dan di Amerika Syarikat pada tahun 1938 yang giat memperjuangkan pelaksanaan eutanasia secara agresif, namun tidak membuahkan hasil di kedua-dua negara tersebut
Pada tahun 1937, eutanasia dengan bantuan doktor dibenarkan di Switzerland selagi pesakit yang terbabit tidak memperoleh sebarang keuntungan daripada tindakan tersebut.
Pada era yang sama, pengadilan Amerika menolak beberapa permohonan dari pesakit kronik dan beberapa orang tua yang memiliki anak cacat yang meminta permohonan eutanasia kepada doktor sebagai suatu bentuk "pembunuhan berdasarkan belas kasihan".
Pada tahun 1939, pasukan Nazi Jerman melakukan suatu tindakan penuh kontroversi dalam suatu "program" eutanasia terhadap anak-anak di bawah umur 3 tahun yang menderita penrencatan mental, cacat tubuh, ataupun gangguan lainnya yang menjadikan hidup mereka dianggap tidak berguna oleh masyarakat tersebut. Program ini dikenal dengan nama Aktion T4 ("Tindakan T4") yang kelak dilaksanakan juga terhadap anak-anak usia di atas 3 tahun dan golongan dewasa.[2]
Eutanasia pada masa setelah perang dunia
Setelah dunia menyaksikan kekejaman Nazi dalam melakukan jenayah melibatkan pembunuhan terhadap mangsa-mangsa yang diseksa dan diujikaji secara paksanya dengan berlanjutnya dekad tahun 1940-an dan 1950-an, maka berkuranglah dukungan terhadap eutanasia, lebih-lebih lagi terhadap tindakan eutanasia yang dilakukan secara tidak sukarela ataupun karena disebabkan oleh kecacatan genetik.
Eutanasia menurut ajaran agama
Dalam ajaran agama Hindu
Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah didasarkan pada ajaran tentang karma, moksha dan ahimsa.
Karma adalah merupakan suatu akibat tepat dari semua jenis kehendak dan maksud perbuatan, yang baik mahupun yang buruk, lahir atau batin sama ada melalui fikiran, kata-kata ataupun tindakan. Sebagai pengumpulan terus menerus dari "karma" yang buruk adalah menjadi penghalang "moksa" iaitu suatu ialah kebebasan dari siklus kelahiran semula yang menjadi tujuan utama semua penganut ajaran Hindu.
Ahimsa adalah merupakan prinsip "antikekerasan" atau pantang menyakiti siapapun juga.
Bunuh diri adalah suatu perbuatan yang terlarang dalam ajaran Hindu dengan alasab bahawa perbuatan tersebut dapat menjadi suatu faktor yang mengganggu saat kelahiran semula kerana tindakan ini menghasilkan "karma" buruk. Kehidupan manusia adalah merupakan suatu kesempatan yang sangat berharga untuk meraih tingkat yang lebih baik dalam kehidupan kembali.
Berdasarkan kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang melakukan bunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun surga melainkan tetap berada di dunia fana sebagai roh jahat dan berkelana tanpa tujuan hingga ia mencapai masa waktu di mana seharusnya ia menjalani kehidupan (Catatan: misalnya umurnya waktu bunuh diri 17 tahun dan seharusnya ia ditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka 43 tahun itulah rohnya berkelana tanpa arah tujuan), setelah itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (kelahiran semula) untuk menyelesaikan "karma" nya terdahulu yang belum selesai dijalaninya kembali lagi dari awal.[3]
Dalam ajaran agama Buddha
Ajaran agama Buddha sangat menekankan kepada makna dari kehidupan di mana penghindaran untuk melakukan pembunuhan makhluk hidup adalah merupakan salah satu moral dalam ajaran Buddha. Berdasarkan pada hal tersebut di atas, maka tampak jelas bahawa euthanasia adalah sesuatu perbuatan yang tidak dapat dibenarkan dalam ajaran agama Buddha. Selain daripada hal tersebut, ajaran Budha sangat menekankan pada "belas kasih" ("karuna")
Mempercepatkan kematian seseorang secara buat-buatan dilihat sebagai suatu pelanggaran terhadap perintah utama ajaran Buddha yang dengan demikian dapat menjadi "karma" negatif kepada siapapun yang terlibat dalam pengambilan keputusan guna memusnahkan kehidupan seseorang tersebut.[4]
Dalam ajaran Islam
Islam mengakui hak seseorang untuk hidup dan mati, namun hak tersebut merupakan anugerah Allah kepada manusia. Hanya Allah yang dapat menentukan detik seseorang itu lahir dan mati (al-Hajj ayat 66; al-Baqarah ayat 243). Oleh kerana itu, tindakan membunuh diri diharamkan dalam syariat Islam meskipun tidak ada teks dalam Al Quran mahupun Hadis yang secara terperinci atau tepatnya melarang bunuh diri. Tambahan lai,g ada sebuah ayat yang menyiratkan hal tersebut, "Dan belanjakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (al-Baqarah ayat 195), dan dalam ayat lain disebutkan, "Janganlah engkau membunuh dirimu sendiri," (an-Nisaa ayat 29), yang makna langsungnya adalah "Janganlah kamu saling berbunuhan." Dengan demikian, seorang Muslim (doktor) yang membunuh seorang Muslim lainnya (pesakit) disetarakan dengan membunuh dirinya sendiri.[5]
Eutanasia dalam ajaran Islam disebut qatl ar-rahmah atau taisir al-maut (eutanasia), iaitu suatu tindakan memudahkan kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit, kerana kasih sayang, dengan tujuan meringankan penderitaan si sakit, baik dengan cara positif mahupun negatif.
Dalam suatu persidangan pertama tentang kedoktoran Islam di Kuwait tahun 1981, dinyatakan bahawa tidak ada suatu alasan yang membenarkan dilakukannya eutanasia ataupun pembunuhan berdasarkan belas kasihan (mercy killing) dalam apapun jua alasan.[6]
Eutanasia positif
Yang dimaksud taisir al-maut al-fa'al (eutanasia positif) ialah tindakan memudahkan kematian si pesakit—karena kasih sayang—oleh doktor dengan menggunakan instrumen (alat).
Memudahkan proses kematian secara aktif (eutanasia positif) adalah tidak diperkenankan oleh syara'. Sebab dalam tindakan ini seorang doktor melakukan suatu tindakan aktif dengan tujuan membunuh si sakit dan mempercepatkan kematiannya melalui pemberian ubat secara terlebih dos dan ini termasuk pembunuhan yang haram hukumnya, bahkan termasuk dosa besar yang membinasakan.
Perbuatan demikian itu adalah termasuk dalam kategori pembunuhan meskipun yang mendorongnya itu rasa kasihan kepada si sakit dan untuk meringankan penderitaannya. Karena bagaimanapun si doktor tidaklah lebih pengasih dan penyayang daripada Yang Menciptakannya. Kerana itu, seseorang harus menyerahkan urusan tersebut kepada Allah Ta'ala, kerana Dia-lah yang memberi kehidupan kepada manusia dan yang mencabutnya apabila telah tiba ajal yang telah ditetapkan-Nya.[7]
Eutanasia negatif
Eutanasia negatif disebut dengan taisir al-maut al-munfa'il. Pada eutanasia negatif tidak dipergunakan alat-alat atau langkah-langkah aktif untuk mengakhiri kehidupan si sakit, tetapi ia hanya dibiarkan tanpa diberi perubatan untuk memperpanjang hayatnya. Hal ini didasarkan pada keyakinan doktor bahawa perubatan yang dilakukan itu tidak ada gunanya dan tidak memberikan harapan kepada si sakit, sesuai dengan sunnatullah (hukum Allah terhadap alam semesta) dan hukum sebab-akibat.
Di antara masalah yang sudah terkenal di kalangan ulama syara ialah bahawa mengubati atau berubat dari penyakit tidak wajib hukumnya menurut jumhur fuqaha dan imam-imam mazhab. Bahkan menurut mereka, mengubati atau berubat ini hanya berkisar pada hukum mubah. Dalam hal ini hanya segolongan kecil yang mewajibkannya seperti yang dikatakan oleh sahabat-sahabat Imam Syafi'i dan Imam Ahmad sebagaimana dikemukakan oleh Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyah, dan sebagian ulama lagi menganggapnya mustahab (sunnah).[8]
Dalam ajaran agama Yahudi
Ajaran agama Yahudi melarang eutanasia dalam berbagai bentuk dan menggolongkannya ke dalam "pembunuhan". Hidup seseorang bukanlah miliknya lagi melainkan milik dari Tuhan yang memberikannya kehidupan sebagai pemilik sesungguhnya dari kehidupan.Walaupun tujuannya mulia sekalipun, sebuah tindakan mercy killing (pembunuhan berdasarkan belas kasihan), adalah merupakan suatu kejahatan berupa campur tangan terhadap kewenangan Tuhan.[9]
Dasar dari larangan ini dapat ditemukan pada Kitab Kejadian dalam alkitab Perjanjian Lama Kej 1:9 yang berbunyi :" Tetapi mengenai darah kamu, yakni nyawa kamu, Aku akan menuntut balasnya; dari segala binatang Aku akan menuntutnya, dan dari setiap manusia Aku akan menuntut nyawa sesama manusia".[10] Pengarang buku HaKtav v'haKaballah menjelaskan bahawa ayat ini adalah merujuk kepada larangan tindakan eutanasia.[11]
Dalam ajaran Kristian
Mazhab Roman Katolik
Sejak pertengahan abad ke-20, pihak Gereja Katolik berusaha untuk memberikan panduan atau pedoman sejelas mungkin mengenai penanganan mereka terhadap mereka yang menderita sakit tidak boleh sembuh langsung, sehubungan dengan ajaran moral gereja mengenai eutanasia dan sistem memanjangkan hidup. Paus Pius XII - yang bukan sahaja menjadi saksi dan mengutuk program-program eugenik dan eutanasia Nazi, tetapi juga kepada saksi pemulaan sistem-sistem moden penunjang hidup, merupakan tokoh pertama yang menguraikan secara jelas masalah moral ini dan menetapkan pedoman. Pada tanggal 5 Mei 1980, Kongregasi Ajaran Iman telah menerbitkan suatu perisytiharan mengenai eutanasia ("Declaratio de euthanasia") [12] yang menguraikan pedoman ini lebih lanjut, khususnya dengan semakin meningkatnya kerumitan sistem-sistem penunjang hidup dan dan semakin giatnya penggalakkan langkah eutanasia sebagai sarana yang sah untuk mengakhiri hidup. Paus Ioannes Paulus II yang prihatin dengan semakin meningkatnya amalan eutanasia ini, dalam ensiklik Injil Kehidupan (Evangelium Vitae) nomor 64 yang memperingatkan kita agar melawan "gejala yang paling mengkhuatirkan dari `budaya kematian' di mana jumlah orang-orang lanjut usia dan lemah yang meningkat dianggap sebagai beban yang mengganggu." Beliau juga menegaskan bahawa eutanasia merupakan tindakan belas kasihan yang keliru dan kelabu: "Belas kasihan yang sejati mendorong agar ikut menanggung sesuatu penderitaan itu bersama-sama. Belas kasihan itu tidak membunuh orang, yang penderitaannya tidak dapat kita tanggung" (Evangelium Vitae, nombor 66)[13][14]
Mazhab Protestan
Gereja Protestan terdiri dari berbagai-bagai denominasi yang memiliki pendekatan yang berbeza-beza dalam pandangannya terhadap eutanasia dan orang yang membantu melaksanakan pematian sedemikian.
Beberapa pandangan dari berbagai-bagai denominasi tersebut misalnya:[15]
- Gereja Metodis (United Methodist church) dalam buku ajarannya menyatakan bahawa "penggunaan teknologi perubatan untuk memanjangkan hayat pesakit terminal memerlukan suatu keputusan yang dapat dipertanggungjawabkan tentang hingga masa peralatan penyokong kehidupan tersebut benar-benar dapat mendukung kesempatan hidup pesakit, dan bilakah batasan akhir kesempatan hidup tersebut".
- Gereja Luteran Amerika Syarikat menggolongkan nutrisi buatan dan hidrasi sebagai suatu rawatan perubatan yang bukan merupakan suatu rawatan asas. Dalam keadaan di mana rawatan perubatan tersebut menjadi sia-sia dan membebankan, maka penghentian kelangsungan hidup lalu membiarkan kematian terjadi kepada pesakit yang menderita mula dibenarkan sebagai suatu tanggungjawab moral.
Para penganut Kristian percaya bahawa mereka berada dalam suatu posisi yang unik untuk melepaskan pemberian kehidupan dari Tuhan atas kepercayaan bahawa kematian tubuh adalah merupakan suatu awal perjalanan menuju ke kehidupan yang lebih baik dan abadi.
Lebih jauh lagi, pemimpin gereja Katolik dan Protestan mengakui bahawa apabila pembenaran mengakhiri kehidupan ini secara sah bererti suatu pembenaran tindakan melakukan dosa, juga di masa depan merupakan suatu racun bagi dunia perawatan kesihatan, memusnahkan harapan mereka berubat.
Sejak awalnya, cara pandang yang dilakukan kaum Kristian dalam menanggapi masalah "bunuh diri" dan "pembunuhan berdasarkan belas kasihan (mercy killing) adalah dari sudut "kekudusan kehidupan" sebagai suatu pemberian Tuhan. Mengakhiri hidup dengan alasan apapun juga adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan pemberian tersebut.
mazhab Gereja Ortodoks
Pada ajaran Gereja Ortodoks, gereja senantiasa mendampingi orang-orang beriman sejak kelahiran hingga sepanjang perjalanan hidupnya hingga kematian dan alam baqa dengan doa, upacara/ritual, sakramen, khutbah, pengajaran dan kasih, iman dan pengharapan. Seluruh kehidupan hingga kematian itu sendiri adalah merupakan suatu kesatuan dengan kehidupan gereja. Kematian itu adalah sesuatu yang buruk sebagai suatu simbol pertentangan dengan kehidupan yang diberikan Tuhan. Gereja Ortodoks memiliki pendirian yang sangat kuat terhadap prinsip pro-kehidupan dan oleh kerananya menentang anjuran eutanasia.[16]
Rujukan
- ^ Mystakidou, Kyriaki; Parpa, Efi; Tsilika, Eleni; Katsouda, Emanuela; Vlahos, Lambros (2005). "The Evolution of Euthanasia and Its Perceptions in Greek Culture and Civilization". Perspectives in Biology and Medicine. 48 (1): 97–98. doi:10.1353/pbm.2005.0013. PMID 15681882.
- ^ Lihat artikel Aktion T4
- ^ Situs religionfacts.com tentang ajaran Hindu
- ^ "Euthanasia: Murder or Compassion?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-28. Dicapai pada 2018-09-26.
- ^ "Harian Pikiran Rakyat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2018-09-26.
- ^ Situs infoplease.com
- ^ Fatwa-fatwa kontemporer
- ^ Media Isnet
- ^ Euthanasia and Judaism: Jewish Views of Euthanasia and Suicide
- ^ Teks Asli Versi King James Version : "Surely for your lifeblood I will demand [a reckoning]; from the hand of every beast I will require it, and from the hand of man. From the hand of every man's brother I will require the life of man.situs sabda.org
- ^ The Jewish view on euthanasia
- ^ Kongregasi kudus tentang doktrin kehidupan. "Declaration on Euthanasia," May 5, 1980
- ^ Evangelium Vitae
- ^ "Lihat artikel "Eutanasia Menurut Ajaran Gereja" yang diterjemahkan oleh Yesaya atas izin The Arlington Catholic Herald."
- ^ diambil dari situs christianitytoday.com
- ^ Stand of the Orthodox Church - Euthanasia
Pautan luar
Cari eutanasia dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Neutral
- Euthanasia and Religion - various religious views of euthanasia
- The Ethics of Euthanasia - a UK site that looks at the issues, case studies and ethical and Christian responses
- Religion and Ethics - Euthanasia - many views of euthanasia, for, against, and religious, from the BBC
- Euthanasia ProCon.org - "Should euthanasia be legal?" - Pros, cons, history, laws, polls, and biographies of key players in debate
- Issue Guide on the Right to Die Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine - Analysis of public opinion and policy alternatives from Public Agenda Online
- Dutch Ministry of Foreign Affairs - FAQ brochures explaining Dutch policy on euthanasia (Inggeris)
- Ministry of Health, Welfare and Sport - Information on Dutch euthanasia legislation (Inggeris)
Oleh pihak yang menyokong
- Stanford Encyclopedia of Philosophy entry
- - Euthanasia World Directory international information on voluntary euthanasia, assisted suicide, and self-deliverance
- Final Exit Network provides guides to self-deliverance for the terminally and hopelessly ill to end their suffering
- Compassion & Choices - provides education, support and advocacy for the choice-in-dying movement
- Dignity in Dying - leading campaigning organisation promoting patient choice at the end of life
- World Federation of Right To Die Societies
- Assisted Suicide
- Suicide & Euthanasia Diarkibkan 2009-04-18 di Wayback Machine- Presents pro-choice arguments from a Biblical perspective.
- Voluntary Euthanasia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine- Atheist Foundation of Australia Inc
- A defense of euthanasia
- Bioethics and euthanasia Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine
- Pro Euthanasia Dr Philip Nitschke - (Australian) Euthanasia law reform advocacy website, currently based in New Zealand.
- Euthanasia and the Right to Life
- Euthanasia Clinic Diarkibkan 2015-08-01 di Wayback Machine - Roger Graham. Founder of Assisted Euthanasia Society of Paradise (AESOP), expelled from Cambodia for proposing Euthanasia Tourism, advocate for a Compassionate Law, an activist for Euthanasia since 1971.
Oleh pihak yang membantah
- Euthanasia.com
- Not Dead Yet (the disability rights group opposing Assisted Suicide)
- Is Killing Kind?
- Christian Study on euthanasia
- www.carenotkilling.org.uk - Care, NOT Killing: a UK alliance promoting palliative care, opposing euthanasia and assisted suicide
- National Right to Life articles on euthanasia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- International Task Force against Euthanasia- many resources
- Non-religious arguments against euthanasia
- A Papal encyclical dealing with a number of issues of life and death including euthanasia
- A brief presentation of the issue and the Christian Catholic viewpoint on it Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- The Rosicrucian Fellowship's viewpoint: Suicide and Euthanasia
- Scholarly articles on Euthanasia from the Wisconsin Lutheran Seminary Library Diarkibkan 2007-02-12 di archive.today