Ensefalitis | |
---|---|
Imbasan MRI menunjukkan isyarat tinggi di lobus temporal dan girus frontal inferior kanan dalam pesakit ensefalitis HPV. | |
Pengkhususan | Neurologi, Penyakit berjangkit |
Gejala | Sakit kepala, demam, kekeliruan, tegang leher, muntah[1] |
Kerumitan | Sawan, sukar bertutur, masalah ingatan, masalah pendengaran[1] |
Tempoh | Berminggu hingga berbulan untuk pulih[1] |
Jenis | Herpes simpleks, Nil Barat, rabies, kuda timur, lain-lan[2] |
Punca | Jangkitan, autoimun, ubat, tidak diketahui[2] |
Berdasarkan gejala, disokong ujian darah, pengimejan perubatan, analisis cecair serebrospinal[2] | |
Rawatan | Ubat antivirus, antikonvulsan, kortikosteroid, pernafasan buatan[1] |
Prognosis | Pelbagai[1] |
Kekerapan | 4.3 juta (2015)[3] |
Kematian | 150,000 (2015)[4] |
sunting |
Ensefalitis ialah keradangan di otak.[5] Kadangkala ensefalitis dapat disebabkan oleh jangkitan bakteria, seperti meningitis, atau komplikasi dari penyakit lain seperti penyakit anjing gila (disebabkan oleh virus) atau sifilis (disebabkan oleh bakteria). Penyakit parasit dan protozoa seperti toksoplasmosis, malaria, atau meningoensefalitis ameba utama, juga dapat menyebabkan ensefalitis pada orang yang sistem kekebalan tubuhnya kurang.[1][2] Penyakit autoimun serta ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan ensefalitis.[2] Kerosakan otak terjadi disebabkan otak terdorong terhadap tengkorak dan menyebabkan kematian.
Keterukan ensefalitis adalah pelbagai mengikut gejala, termasuk kemerosotan kesedaran diri, sakit kepala, demam, kekeliruan, tegang leher dan muntah.[1][6] Komplikasi termasuk sawan, halusinasi, sukar bertutur, masalah ingatan dan masalah pendengaran.[1]
Sebilangan jenis ensefalitis dapat dicegah dengan vaksin.[5] Rawatan mungkin termasuk ubat antivirus seperti asiklovir, antikonvulsan dan kortikosteroid.[1] Rawatan lazimnya dibuat di hospital.[1] Sebilangan pesakit memerlukan pernafasan buatan.[1] Apabila masalah utama dapat dikawal, rehabilitasi mungkin diperlukan.[2] Pada 2015, ensefalitis dianggarkan telah dihidap oleh 4.3 juta orang, dan menyebabkan 150,000 kematian di seluruh dunia.[3][4]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k "Meningitis and Encephalitis Information Page". NINDS. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2017. Dicapai pada 29 October 2017.
- ^ a b c d e f "Meningitis and Encephalitis Fact Sheet". National Institute of Neurological Disorders and Stroke. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2017. Dicapai pada 29 October 2017.
- ^ a b Vos T, Allen C, Arora M, Barber RM, Bhutta ZA, Brown A, Carter A, Casey DC, Charlson FJ, Chen AZ, Coggeshall M, dll. (GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence Collaborators) (October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
- ^ a b Wang H, Naghavi M, Allen C, Barber RM, Bhutta ZA, Carter A, Casey DC, Charlson FJ, Chen AZ, Coates MM, Coggeshall M, dll. (GBD 2015 Mortality and Causes of Death Collaborators) (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/S0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
- ^ a b "Encephalitis". NHS Choices (dalam bahasa Inggeris). 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2017. Dicapai pada 29 October 2017.
- ^ Ellul M, Solomon T (March 2018). "Acute encephalitis - diagnosis and management". Clinical Medicine. 18 (2): 155–159. doi:10.7861/clinmedicine.18-2-155. PMC 6303463. PMID 29626021.
Pautan luar
- http://www.encephalitis.info resource providing evidence based support to people affected and professionals
- WHO: Encephalitis
- eMedicine-1 Diarkibkan 2006-03-25 di Wayback Machine and eMedicine-2 Diarkibkan 2008-07-06 di Wayback Machine Information on the causes, symptoms, and treatment options for Encephalitis.
- Encephalitis Global, Inc. Website offering information and support to encephalitis survivors, caregivers and loved ones. Encephalitis Global Inc. is a USA 501(c)(3) public charity; annual FACES Encephalitis Conference information available at the website.
- A case study of a Limbic Encephalitis patient Diarkibkan 2008-01-21 di Wayback Machine