Burung Enggang Belulang | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. albirostris
|
Nama binomial | |
Anthracoceros albirostris |
Kelingking Biasa atau Burung Enggang Belulang ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Anthracoceros albirostris.[2], [3] Burung ini turut dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai burung langling, lilin, merlilin atau o'. Selain itu, namanya dalam pelbagai bahasa lain termasuk kahaar, tahaar atau téraaj (Temiar), hĕnwang (Semnam), tĕhteh (Jahai), kléngkéng (Semelai), bruie (Iban) dan alau pedada (Brunei/Sarawak).
Ciri-ciri
Burung Enggang Belulang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Enggang Belulang adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Enggang Belulang tidak bergigi.
Makanan
Kelakuan mencari makan ( Foraging Behavior )
Burung Enggang Kelingking gemar untuk makan buah-buahan seperti buah Pinang, Buah Ara, dan buah pokok hujan-hujan , namun demikian Enggang ini juga akan makan serangga kecil atau ulat sebagai sumber tambahan mereka .
kajian terhadap Enggang terhadap pemakanan Enggang ini yang dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan, (Mohamad luqman Amin) . Enggang ini juga akan memakan anak burung kecil, biawak kecil dan kelawar sebagai nutrien tambahan.
Salah satu keunikan terhadap tabiat pemakanan Enggang ini adalah , setiap pasangan akan saling menyuap antara jantan dan betina manakala jika si betina telah tinggal di di dalam sarang untuk bertelur , si betina akan bergantung sepenuhnya kepada si jantan untuk mencari makanan untuk si betina dan anak-anak dalam jangka masa yang agak panjang sementara menunggu anak enggang membesar dan mampu untuk keluar mencari makanan sediri.
Burung Enggang Kelingking juga akan mencari makan sepanjang hari iaitu bermula pada awal pagi sehingga lewat petang .
Pembiakan
Burung Enggang Belulang membiak dengan bertelur. Telur Burung Enggang Belulang bercengkerang keras.
Habitat
Galeri
-
Di Seria, Brunei
-
Di Pulau Ubin, Singapura
Rujukan
- ^ BirdLife International (2012). "Anthracoceros albirostris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
- ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
Pautan luar
Senarai burung | ![]() |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |