Empangan Tiga Gaung (Cina Ringkas: 长江三峡大坝 ; Cina Tradisional: 長江三峽大壩 ; pinyin: Chángjiāng Sānxiá Dà Bà, bahasa Inggeris; Three Gorges Dam) ialah sebuah empangan sungai hidroelektrik China yang terletak di Sungai Yangtze di Sandouping, Yichang, Hubei, China. Pada tahun 2007, empangan ini menjadi empangan sungai hidroelektrik terbesar di dunia.
Empangan Tiga Gaung امڤڠن تيݢ ݢاؤڠ 三峡大坝 | |
---|---|
Negara | Republik Rakyat China |
Lokasi | Sandouping, daerah Yiling, Hubei |
Purpose | Kawalan banjir, penjanakuasa, navigasi |
Status | Beroperasi |
Pembinaan bermula | Disember 14, 1994 |
Tarikh pembukaan | 2003[1] |
Kos pembinaan | ¥203 billion (US$31.765 billion)[2] |
Pemilik | China Yangtze Power (anak syarikat China Three Gorges Corporation) |
Empangan dan limpahan | |
Jenis empangan | Empangan graviti |
Tampungan | Sungai Panjang China |
Ketinggian | 181 m (594 ka) |
Panjang | 2,335 m (7,661 ka) |
Lebar (rabung) | 40 m (131 ka) |
Lebar (asas) | 115 m (377 ka) |
Isi padu empangan | 27.2 juta m3 (35.6 juta cu yd) |
Muatan alur limpah | 116,000 m3/s (4,100,000 ka3/s) |
Takungan | |
Wujudan | Three Gorges Reservoir |
Jumlah muatan | 39.3 km3 (31,900,000 ekar kaki) |
Kawasan tadahan | 1,000,000 km2 (390,000 bt2) |
Kawasan permukaan | 1,084 km2 (419 bt2)[3] |
Panjang maksimum | 600 km (370 bt)[4] |
Ketinggian normal | 175 m (574 ka) |
Stesen janakuasa | |
Tarikh mula operasi | 2003–2012 |
Jenis | Konvensional |
Kepala hidraulik | Rated: 80.6 m (264 ka) Maximum: 113 m (371 ka)[3] |
Turbin | 32 × 700 MW 2 × 50 MW Francis-type |
Muatan dipasang | 22,500 MW |
Faktor muatan | 45% |
Janaan tahunan | 101.6 TWh (366 PJ) (2018) |
Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 meter (7,661 ka), dan tingginya 185 meter (607 ka). Empangan ini lebarnya 115 meter (377.3 ka) pada hilirnya dan 40 meter (131.2 ka) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000 m³ (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometer (373 Batu|bt) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.
Empangan Tiga Gaung adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan loji kuasa pembakaran arang. Jumlah muatan kuasanya boleh mencapai 22,400 MW dan menjadikannya stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di dunia mengikut muatan kuasa apabila siap pada tahun 2009.[5] Pemasangan penjana masih perlu disiapkan, dan empangan ini tidak dijangka beroperasi penuh sehingga sekitar tahun 2009. Kini, (pada bulan Ogos 2007), muatan stesen jana kuasanya ialah 11,900 MW. Janaan elektrik tahunannya dijangka kira-kira 84.7 TWh, menjadikan empangan ini empangan hidroelektrik kedua terbesar di dunia, mengekori Itaipu yang menjana 93.4 TWh setiap tahun.
Konsep empangan ini dibayangkan oleh Sun Yat-sen sebagai Pembangunan Antarabangsa China pada tahun 1919. Setelah penubuhan Republik Rakyat China, beberapa pemimpin berkeinginan untuk memulakan projek empangan ini tetapi oleh sebab kekurangan sumbers,[perlu rujukan] mereka mengerjakan Empangan Gezhouba terlebih dahulu.
Setelah menerima kelulusan Kongres Rakyat Kebangsaan pada 3 April 1992, pembinaan dimulakan pada tahun 1994. Kerja-kerja struktur disiapkan pada 20 Mei 2006, sembilan bulan lebih awal daripada apa yang dijadualkan.[6]
Takungan air mula berisi pada 1 Jun 2003, dan bakal menduduki sebahagian kawasan Tiga Gaung, di antara bandaraya-bandaraya Yichang, Hubei dan Fuling, Chongqing.[5]
Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar.[6]
Rujukan
- ^ Ma, Yue (November 26, 2010). "Three Gorges Dam". Stanford University. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2016. Dicapai pada February 13, 2016.
- ^ "Three Gorges Dam Hydro Electric Power Plant, China". Power Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2018. Dicapai pada May 27, 2018.
- ^ a b "Three Gorges Project" (PDF). Chinese National Committee on Large Dams. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada March 5, 2014. Dicapai pada January 1, 2015.
- ^ Engineering Geology for Society and Territory – Volume 2: Landslide Processes. Springer. 2014. m/s. 1415. ISBN 978-3-319-09057-3.
- ^ a b "Three Gorges Dam". UNEP. 20 Mei 2006. Dicapai pada 27 Mei. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ a b "Three Gorges dam wall completed". china-embassy. 20 Mei 2006. Dicapai pada 21 Mei. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Empangan Tiga Gaung |
- Chinese government press release Diarkibkan 2011-05-19 di Wayback Machine
- China Digital Times' coverage on Three Gorges Dam
- China Yangtze Power Co. Ltd. Diarkibkan 2012-02-17 di Wayback Machine
- Official site of Three Gorge Project Co. Ltd.
- Three Gorges Dam Diarkibkan 2010-02-20 di Wayback Machine
- International Rivers Network
- BBC News Online - Troops to protect dam against terrorists - 14 September 2004.
- BBC News Online - Dam wall completed - 20 Mei 2006.
- BBC News Online - In pictures: Three Gorges Dam - 20 Mei 2006.
- chinadialogue 中国与世界,环境危机大家谈 - rencana mengenai politik air di China (Cina)
- Mao Pin Xi Dam, A part of the Three Gorges Dam Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine
- Bill Zorn Photo Documentary
- Three Gorges Dam Project photographs of Canadian Photographer Edward Burtynsky. Click on "THREE GORGES" link.
- Peta daripada Multimap atau Globalguide atau Peta-peta Google
- Imej udara daripada TerraServer
- Imej satelit daripada WikiMapia
- Photos from Three Gorges Dam Group on Flickr
- Megaprojects and risk
- Article by ABB on use of HVDC-technology for distribution of power generated at the Three Gorges Dam
- "Three Gorges dam's social impact" by Jill McGivering, BBC News, 20 Mei 2006, dipetik pada 20 Mei 2006