Embok Suloh | |
---|---|
![]() pada s. 1934 | |
Kelahiran | Sooloh bin Omar Ali 1891 |
Meninggal dunia | 1963 (aged 72) Singapore |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Jalan Kubor |
Pekerjaan | Peniaga |
Pasangan | 2 |
Anak-anak | 10 |
Embok Suloh[1] (Jawi: امبوق سولوه, 1891–1963) seorang saudagar Bugis Singapura. Beliau antara pengasas utama akhbar Utusan Melayu serta mengerusikan Kesatuan Melayu Singapura dari 1934 hingga 1937.
Awal hayat
Beliau anak bongsu[2] kepada Omar Ali, seorang asal Pontianak yang memiliki seberapa ladang lada hitam dan gambir di pulau-pulau Borneo and Sumatera.[3] Beliau berhijrah ke Singapura tahun 1880.
Embok mengambil alih perniagaan ayahnya selepas pemergiannya pada 1921.[2]
Kerjaya politik
Beliau dilantik sebagai seorang jaksa pendamai pada 1927.[2] Beliau mengetuai kumpulan mewakili komuniti Melayu Negeri Selat Singapura menyerahkan surat taat setia kerajaan jajahan Negeri Selat kepada Gabenor Shenton Thomas pada tahun 1934.[2]
Beliau dilantik sebagai pengerusi Kesatuan Melayu dan wakil Melayu Majlis Undangan berikutan pemergian Mohamed Eunos bin Abdullah.[4] dari 1934 hingga 1937.[5]
Penubuhan Utusan Melayu
Kesatuan Melayu bersidang besar pada Januari 1938[6] dengan rancangan mengasaskan surat khabar berbahasa Melayu milik penuh orang Melayu Malaya.[7] Mereka berjaya menggalang dana sebanyak $8,500 untuk tampungan Utusan Melayu Press Limited mereka yang bakal didirikan;[8]
Keluaran pertama akhbar Utusan Melayu mula terbit pada 29 Mei 1939.[9][2] Lembaga pengarah akhbar tersebut diduduki Embuk, Abdul Hamid bin Mohamed, Ismail bin Mohamed Taib, Abdul Ghani bin Omar, Abdul Jalil bin Harun dan Yusof Ishak; Daud bin Mohamed Shah bertindak selaku pengarah.[10]
Akhir hayat
Embok meninggal dunia tahun 1963 pada usia 72 tahun.[2] Jasad beliau dikebumikan sebelah kubur ayahnya di Tanah Perkuburan belakang Masjid Malabar di Jalan Kubor.[2][11]
Rujukan
- ^ National Heritage Board 2012, m/s. 55.
- ^ a b c d e f g Musa Kasbi 1988, m/s. 4.
- ^ Roff 2009, m/s. 78.
- ^ Rahim 2010, m/s. 63.
- ^ Nik Ahmad 1963, m/s. 62.
- ^ Nik Ahmad 1963, m/s. 63.
- ^ Sulaiman 1988, m/s. 6.
- ^ Nik Ahmad 1963, m/s. 64.
- ^ Nik Ahmad 1963, m/s. 65.
- ^ Nik Ahmad 1963, m/s. 64–65.
- ^ Zaccheus 2014.
- Sumber
- "Kampong Glam Heritage Trail" (PDF). National Heritage Board. October 2012.
- "Sultan Mosque repairs". The Straits Times. 22 June 1948. m/s. 8.
- Musa Kasbi (26 January 1988). "Ambo Sooloh helped set up Utusan Melayu". The Straits Times. m/s. 4.
- Ng, Yew Peng (2017). What's In The Name? How The Streets And Villages In Singapore Got Their Names. World Scientific. ISBN 9789813221475.
- Nik Ahmad (1963). "The Malay Press". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 36 (1): 37–78. JSTOR 41505523.
- Rahim, Lily Zubaidah (2010). "Daring to Challenge the Status Quo: The Lateral Vision and Meandering Political Journey of Left Malay Nationalists from Singapura". Dalam Rick Hosking (penyunting). Reading the Malay World. Wakefield Press. ISBN 9781862548947.
- Roff, William R. (2009). Studies on Islam and Society in Southeast Asia. NUS Press. ISBN 978-9971694890.
- Sulaiman, Jeman (7 November 1988). "The rise of Malay newspapers". The Straits Times. m/s. 6.
- Turnbull, C.M. (2009). A History of Modern Singapore, 1819–2005. NUS Press. ISBN 978-9971694302.
- Zaccheus, Melody (5 September 2014). "Uncovering secrets of 19th century Singapore".