Mohammad Eunos bin Abdullah (lahir di Singapura?, 00 Disember 1876 – meninggal di Singapura, 12 Disember 1933 pada umur 57 tahun) merupakan seorang wartawan, ahli politik, dan pengasas Kesatuan Melayu Singapura.[1]
Kehidupan peribadi
Eunos merupakan anak seorang pedagang Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Dia belajar di Raffles Institution pada tahun 1893. Pada tahun 1907 ia menjadi editor akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malayu pada tahun 1907 sehingga 1914, kemudian berpindah ke Lembaga Malayu pada tahun sama sehingga 1931.[2][3][4] Beliau juga digelar sebagai "Bapa Wartawan Melayu" pada zaman kegemilangan Sastera Melayu pada tahun 1900 hingga 1920.[5] Dia merupakan salah seorang Melayu pertama yang menjadi Hakim Perdamaian pada tahun 1922.
Pada tahun 1926, ia mendirikan "Kesatuan Melayu Singapura" (Singapura Melayu Union), sebuah organisasi politik yang membela hak-hak kaum Melayu Singapura. [6] Destinasi utama dari Kesatuan Melayu Singapura adalah untuk mempromosikan kemajuan Melayu, serta meningkatkan pendidikan dan minat dalam politik. Boleh dikatakan bahawa Kesatuan Melayu Singapura merupakan pelopor organisasi Nasionalis Melayu di Singapura.
Ketika Muhammad Eunos menjadi seorang ahli Dewan Perundangan Straits Settlements, pada tahun 1927 dia meminta kepada pemerintah sebidang tanah untuk membina sebuah Kampung Melayu. [7] Kerajaan meluluskan rancangan tersebut dan memberikan wang sejumlah $ 700,000 kepada Eunos yang digunakannya untuk membeli tanah seluas 600 hektar. Kampung ini akhirnya dikenali sebagai Kampung Melayu atau Kampung Eunos di Singapura.
Rujukan
- ^ "Mohamed Eunos bin Abdullah". National Library Board. 3 May 2010. Dicapai pada 31 March 2016.
- ^ Ainon Haji Kuntom (1973). Akhbar Melayu, 1876-1973: Tinjauan Sejarah Kesusasteraan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
- ^ "Malaya Tribune". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Perpustakaan Negara Singapura. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Dru C. Gladney, Making majorities, Stanford University Press, 1998
- ^ Annas Haji Ahmad (1964). Sastera Melayu Baru. Penerbit Buku-Buku Pelajaran Malaysia. m/s. 30. Diperolehi pada 11 Jun 2022.
- ^ Anthony Milner, The Malays, Wiley-Blackwell
- ^ Joel S. Kahn, Other Malays: Nationalism and Cosmopolitanism in the Modern Malay World, Singapore University Press, 2006