Elly Arifin | |
---|---|
Kelahiran | Nurul Elyana binti Kamalul Arifin 21 November 1989[1] |
Pendidikan | Diploma In Broadcasting Bachelor Degree in Creative Industry Management |
Pusat pendidikan | Malaysia Institute of Integrative Media (Academy TV3)
|
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Jiggy Masin (k. 2016; c. 2020)[2] |
Nurul Elyana Kamalul Arifin (lahir 21 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Elly Arifin ialah pelakon, pengacara, wartawan penyiaran, penyanyi dan penerbit wanita Malaysia. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan televisyen seperti hLive, Unplugged dan Propaganza di saluran Astro Ria. Memulakan kariernya dalam industri hiburan selepas beliau melanjutkan praktikal diploma di Astro Awani menerusi program Gala TV. Kemudian Elly bekerja sebagai wartawan penyiaran separuh masa di situ selama setahun sehingga dipanggil untuk berkhidmat di dalam program Propaganza.
Selepas menimba pengalaman di situ, beliau ditawarkan bekerja sebagai penyampai radio separuh masa di radio nombor satu Malaysia, Era FM selama 5 tahun. Beliau juga sempat belajar menjadi penerbit program pagi iaitu Johara Pagi Era menggantikan penerbit asal yang sedang bercuti. Dalam masa yang sama, program baru, hLive melamar Elly untuk menjadi salah seorang wartawan penyiaran bersama barisan wartawan baru yang lain. Setelah beberapa tahun, Elly ditawarkan untuk menjadi pengacara seterusnya penerbit dan menerbit beberapa program di bawah pengelolaan Thinker Studios sehingga tahun 2021.
Beliau membuat keputusan untuk berhenti bekerja di Astro untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penerbit secara freelance.
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di Klinik Melawati dan tinggal di Taman Keramat sehingga berusia 9 tahun. Anak kelima dari lima orang adik beradik. Beliau dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu dari usia 9 tahun sehingga tamat persekolahan.
Ketika menetap di Terengganu, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring dan berpindah ke Sekolah Rendah Kompleks Gong Badak pada usia 10 tahun. Selepas tamat persekolahan rendah, beliau memilih untuk belajar di Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak di Kuala Terengganu. Selepas PMR, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan untuk melanjutkan pembelajarannya di sana. Semasa persekolahan beliau juga aktif dalam sukan seni bela diri iaitu Taekwondo (tali pinggang hitam) dan Silat Terlak Empat di Kelantan. Beliau pernah mewakili peringkat daerah ke kejohanan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) untuk sukan Taekwondo dan Kejohanan Silat Olahraga Peringkat Negeri Kelantan dalam sukan Silat Olahraga. Sehingga kini beliau masih berminat dengan sukan lasak.
Sebelum menduduki SPM, ayah beliau iaitu Kamalul Arifin telah meninggal dunia. Beliau menamatkan pembelajaran SPM dan memasuki institut pengajian swasta yang dipanggil sebagai Malaysia Institute of Integrative Media atau MIIM. Elly mengambil jurusan Diploma In Broadcasting selama 3 tahun. Kemudian beliau meneruskan pembelajarannya di peringkat ijazah dalam jurusan Bachelor Creative Industry Management dari tahun 2018 sehingga 2023 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kuala Lumpur.
Beliau berkahwin dengan pelakon dan pelawak Jiggy Masin pada 9 September 2016, tetapi memfailkan perceraian pada Januari 2020. Elly pernah mengalami keguguran pada tahun 2019 dan tidak dikurniakan anak selepas itu.[3][4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Bunga dan Kayu | Zara Iman | |
2024 | Anak Perjanjian Syaitan 2 | Cik Hana | |
Korsakoff | Jelita | - Filem pertama dan pertama kali memegang watak utama.
- Memenangi anugerah - Filem Psikologikal Terbaik di Festival Filem Cannes (2022). - Penggambaran berlangsung pada tahun Disember, 2020 | |
Don Dukun | Halimah Hassan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Semusim Rindu[5] | Nisda | Astro Prima | Drama pertama |
2018 | Split TV Series | Dhia | Astro Citra | |
2019 | Penjejak Ifrit | Umaira | Astro Ria | Bersama Norlia Ghani |
Jihan Spooky Show | Elly | Astro Warna | Cameo | |
2020 | One Two Hantu | — | Awesome TV | |
2021 | Kalau Dah Berbini | Marsha | Astro Warna | |
28 Hari Mencari Cinta | Airin | TV3 | ||
Nota Di Alam Barzakh | Suhana | TV2 | ||
2022 | Antara Ikhlas & Kaca | Aisyah | Awesome TV | |
AI.5YA | Maya | Viu | ||
Perhentian | Mira | TV2 | ||
Lockdown 2 | Fimie | Astro Ria | ||
2023 | Sempurnakah Cinta Kita? | Anita | Awesome TV | |
2024 | Rampas Cintaku 2 | Datin Aira | IQIYI | |
Malang Si Puteri | Jojo Eddy | Astro Ria | ||
Nafsu | Tina | Viu | ||
Apartment Putra | Elly | TV2 | Sitkom | |
Berbahagi Suami | Zurin | Astro Prima | ||
2025 | Menantu Dari Amsterdam | Adira | TV2 | |
Manuskrip Cinta Ayaana | Myra | TV Okey | ||
Obsesi Omar | Badariah | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Gala TV | Wartawan Penyiaran | Astro Awani | |
2011-2013 | Propaganza | Wartawan Penyiaran | Astro Ria | |
2013 | Sains Comot (Musim 3) | Pengacara | Astro TVIQ | Bersama Keroz Nazri |
2014–2021 | hLive & hLive International | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | |
2016 | Akademi Fantasia 2016 Live+ | Pengacara | Astro Gempak | |
2017 | Pusing-Pusing Jakarta Bersama Shae | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | Artis undangan Shae |
Pusing-Pusing Phuket Bersama Aisyah Aziz | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | Artis undangan Aisyah Aziz | |
2018-2021 | Unplugged (Musim 1-5) | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | |
2018 | Pusing-Pusing Taiwan Bersama Dato' Fazley Yaakob | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | Artis undangan Dato' Fazley Yaakob |
Pesta Muda Mudi | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | ||
Gema Unplugged | Penerbit | Astro Oasis | ||
2019 | Red Carpet FFM30 Astro First Exclusive Xtra On Set | Pengacara | Astro First | Bersama Sean Lee |
Muzikal Lawak Superstar Unplugged | Penerbit | Astro Warna | Dihoskan oleh Jiggy Masin | |
Jomovie | Pengacara/Penerbit | Astro Citra | ||
Kapsul Big Stage 2 | Pengacara/Penerbit | Astro Ria | ||
Anugerah Buku Negara Telenovela | Pengacara | - | Bersama Fahrin Ahmad | |
2020 | Hero Remaja 2020 Roasting | Pengacara | Astro Go | |
Lawak Edisi #DudukRumah | Pengacara | Astro Warna | Bersama Haniff Hamzah | |
The Masked Singer Malaysia (Musim 1) Live + | Pengacara | Astro Gempak | Bersama Izzue Islam | |
2021 | Gaya Mod | Pengacara | TV Okey | |
Didik TV | Pengacara | NTV7 | ||
2022 | Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Live + | Pengacara | Astro Gempak | Bersama Jiggy Masin |
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV | |
Behind The Scene All Stars Gegarvaganza | Pengacara | Astro Ria | ||
2024 | Kilauan Emas 2024 Live + | Pengacara | Astro Gempak | Bersama Keanu Azman |
Hits! | Pengacara | TVS |
Komersial
Tahun | Tajuk | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Rempah Tok Ma | Digital | Watak utama |
2021 | JKKN Bersyukur | Digital | Bersama Ahmad Tarmimi Siregar |
2022 | Dutch Lady | TV Indonesia | Watak sampingan |
Muzik Video
Tahun | Tajuk Lagu | Penyanyi | Rujukan |
---|---|---|---|
2021 | Cinta Kita | Muzza | Pelakon dalam MV |
Rujukan
- ^ "Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara ke Pentas Lakonan". Azhan.co. 11 Jun 2017.
- ^ "Elly Arifin & Jiggy dari radio ke jenjang pelamin". Utusan Malaysia. 4 September 2016.
- ^ Najiy Jefri (25 Mac 2020). Elly dan Jiggy Masin sudah bercerai sejak Januari Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2020.
- ^ Fatin Farhana Arifin (25 Mac 2020). Siapa yang kahwin mahu cerai? - Elly Arifin Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020.
- ^ Norhayati Nordin (31 Disember 2017). Elly puas buru impian Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2018.