Manuskrip Cinta Ayaana ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Ayu Habib. Ia dibintangi oleh Zaki Azeman dan Reen Rahim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Drama Okey, TV Okey bermula 10 Februari 2025 menggantikan Rona Bosphorus.
Manuskrip Cinta Ayaana | |
---|---|
Genre | Drama Komedi romantik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Manuskrip Cinta Ayaana karya Khairul Aswad Ramli |
Pengarah | Ayu Habib |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Tekun Resmi Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Okey |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 10 Februari 2025 – kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Rona Bosphorus |
Sinopsis
Naara Ayaana yang femenis dan lantang dengan slogan ‘girl power’nya lantaran dibayangi kehidupan silamnya yang mempunyai seorang ayah yang tak berguna, terdesak untuk menulis sebuah novel cinta. Namun kehadiran seorang pelajar intern di Ayaana Publication bernama Ameer Hakimi merubah segalanya.
Sikap Ameer yang lurus bendul dan gemar mengusik, memikat hati Ayaana untuk mempergunakan lelaki itu bagi kepentingan peribadinya. Ameer diupah dengan sejumlah wang yang besar yang tak mampu ditolak oleh lelaki itu untuk menjadi kekasih gelapnya selama sebulan demi menyiapkan sebuah manuskrip novel cinta.
Namun bila tempoh sebulan itu hampir berakhir, Ayaana mula sedar yang hatinya mula terpaut dengan kebaikkan Ameer dan keluarga lelaki itu yang tulus menerimanya.
Mampukah Naara Ayaana memecahkan tembok keegoaannya dan menyatakan perasaannya kepada Ameer sebelum segalanya terlewat?
Pelakon
- Reen Rahim sebagai Ayaana
- Zaki Azeman sebagai Ameer
- Lia Natalia sebagai Noreen
- Meor Mohd sebagai Zailan
- Amanda Misbun sebagai Faridah
- Omar Abdullah sebagai Haji Zaman
- Mustaqim Bahadon
- Mimi Ernida
- Syuhaida Abraz
- Kazar