Ekonomi Amerika Syarikat | |
---|---|
Kedudukan | pertama |
Mata wang | Dolar Amerika Syarikat (USD) |
Tahun fiskal | 1 Oktober - 30 September |
Pertubuhan perdagangan | NAFTA, WTO, OECD dan lain-lain |
Perangkaan | |
KDNK | $14.441 trilion (2008)[1] |
Pertumbuhan KDNK | 0.4% (2008) -2.3% (Q3 2008 – Q3 2009)[1] |
KDNK per kapita | $47,422 (2008)[2] (ke-10) |
KDNK mengikut sektor | pertanian (0.9%), industri (20.6%), perkhidmatan (78.5%) |
Inflasi (CPI) | -1.3% (Sep. 2008-09)[3] |
Populasi dibawah garis kemiskinan | 13.2% (2008)[4] |
Tenaga buruh | 155 juta (termasuk yang menganggur) (2008)[5] |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | pengurusan dan profesional (35.5%), sokongan teknikal, jualan dan pentadbiran (24.8%), perkhidmatan (16.5%), perkilangan, perlombongan, pengangkutan, dan kraf (24%), perladangan, perhutanan dan perikanan, (0.6%) (tidak termasuk yang menganggur) (2007) |
Pengangguran | 10.2% (Oktober 2009)[6] |
Industri utama | petroleum, keluli, kenderaan bermotor, aeroangkasa, telekomunikasi, kimia, industri kreatif, elektronik, pemprosesan makanan, barangan pengguna, pembalakan, perlombongan, pertahanan |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | $1.283 trilion f.o.b. (2008) |
Barangan yang dieksport | bekalan industri, 29.8%; jentera penghasilan, 29.5%; barangan pengguna bukan kereta, 12.4%; kenderaan bermotor, 9.3%; makanan, suapan dan minuman, 8.3%; pesawat, 6.6%; lain-lain, 4.1%. (2008) |
Rakan dagangan eksport utama | Kanada, 21.4%; Mexico, 11.7%; China, 5.6%; Jepun, 5.4%; Jerman, 4.3%; United Kingdom, 4.1%.[7] |
Import | $2.115 trilion c.i.f. (2008) |
Barangan yang diimport | barangan pengguna bukan kereta 23.0%; bahan api, 22.1%; jentera dan kelengkapan pengeluaran, 19.9%; bekalan industri bukan bahan api, 14.8%; kenderaan bermotor, 11.1%; makanan, suapan dan minuman, 4.2%; pesawat, 1.7%; lain-lain 3.2%. (2008) |
Rakan dagangan import utama | China, 16.9%; Kanada, 15.7%; Mexico, 10.6%; Jepun, 7.4%; Jerman, 7.4%.[7] |
Kewangan awam | |
Hutang awam | $12 trillion (November 2009)[8] 83% of GDP |
Hasil negara | $2.106 trilion (2009)[9] |
Perbelanjaan | $3.515 trilion (2009)[9] |
Bantuan ekonomi | ODA $19 bilion, 0.2% KDNK (2004)[10] |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Ekonomi Amerika Syarikat mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $14.441 trilion pada tahun 2008[1]. Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi campuran di mana perbadanan dan firma swasta lain membuat majoriti keputusan mikroekonomi sambil dikawal oleh kerajaan.
Hakikatnya, hubungan antarabangsa yang cukup luas berjaya memahat kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia. Menyedari kekuasaan ini, kebanyakkan negara didunia telah membuat simpanan matawang Amerika Syarikat dengan jumlah yang begitu banyak sekali. Cuma semenjak peristiwa 11 September, ekonomi Amerika Syarikat mulai merudum yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dan berlakunya defisit.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah ekonomi Amerika Syarikat berakar umbi di penempatan pendatang Eropah dari abad ke-16 hingga ke-18. Koloni-koloni Amerika berkembang sebagai ekonomi pertanian kecil tetapi bebas, sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1776. Selama 230 tahun, Amerika Syarikat berkembang menjadi sebuah ekonomi perindustrian bersepadu yang besar, yang membentuk lebih daripada sesuku ekonomi dunia, ekoran pasaran bersatu yang besar, sokongan dari sistem politik dan perundangna, tanah ladang berproduktiviti tinggi yang luas kawasannya, kekayaan sumber alam (terutamanya balak, arang dan minyak), dan semangat dan komitmen keusahawanan untuk melaburkan bahan mentah dan modal insan. Hasilnya, KDNK per kapita AS GDP berjaya menyaingi U.K. dan negara-negara lain yang pernah diekorinya dari segi ekonomi. Ekonomi ini sentiasa memastikan gaji lumayan, maka menarik berjuta-juta pendatang dari seluruh dunia.
Selepas Kemelesetan Besar
[sunting | sunting sumber]Selama bertahun-tahun selepas Kemelesetan Besar pada 1930-an, kerajaan cuba memperkukuhkan ekonominya dengan berbelanja secara berlebihan atau memotong cukai agar para pengguna berbelanja lebih juga, serta memupuk pertumbuhan pesat dalam bekalan wang yang turut menggalakkan peningkatan perbelanjaan. Pada 1970-an, masalah ekonomi akibat kerugian perang Vietnam, kenaikan harga besar terutamanya bagi bekalan tenaga, menyebabkan kegusaran akan berlakunya inflasi. Oleh itu, kepimpinan kerajaan memberi tumpuan kepada pengawalan inflasi dengan mengehadkan perbelanjaan.
Cadangan-cadangan langkah terbaik untuk menstabilkan ekonomi banyak berubah dari 1960-an hingga 1990-an. Pada 1960-an, kerajaan amat mempercayai dasar fiskal dalam bentuk manipulasi pendapatan kerajaan untuk mempengaruhi ekonomi. Disebabkan perbelanjaan dan cukai dikawal oleh presiden dan Kongres Amerika Syarikat, pegawai-pegawai terpilih ini memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju ekonomi negara. Keyakinan terhadap dasar fiskal sebagai pengawal kegiatan ekonomi mudah terjejas oleh inflasi tinggi, pengangguran tinggi dan kurangan belanjawan kerajaan yang besar, sehingga diatasi oleh dasar kewangan.
Sejak mengalami stagflasi pada 1970-an, ekonomi A.S. disifatkan lebih perlahan pertumbuhannya dan mengalami kurangan perdagangan dengan negara lain. Kemelesetan terburuk dari segi pengurangan keluaran, berlaku ketika krisis minyak pada tahun 1973-75, yang menyebabkan KDNK jatuh 3.1%, diikuti kegawatan 1981-82, apabila KDNK jatih 2.9%.[11] Keluaran turut terjejas 1.3% pada kegawatan 1990-91, dan cuma 0.3% dalam kemelesetan 2001 yang hanya bertahan selama lapan bulan.[11]
Amerika Syarikat menyambut tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar.[12] Pada 1 Disember 2008, NBER mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengalami kemelesetan ekonomi sejak Disember 2007.[13]
China, memegang $801.5 bilion bon perbendaharaan, ialah pembiaya luar negara terbesar untuk hutang awam Amerika Syarikat yang tercatat.[14] China owns an estimated $1.6 trillion of U.S. securities.[15]
Am
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri terpenting dalam ekonomi Amerika Syarikat ialah kebebasan ekonomi yang membolehkan sektor swasta melakukan kebanyakan keputusan ekonomi dalam penentuan arah dan skala penghasilan ekonomi A.S.[16] yang dipertingkatkan lagi dengan kurangnya pengawalan dan campur tangan kerajaan,[17] di samping sistem kehakiman yang sentiasa melindungi hak milik harta dan menguat kuasa kontrak.
Amerika Syarikat kaya dengan sumber galian dan tanah pertanian yang subur, dan juga bertuah kerana beriklim sederhana, tidak lupa juga berpesisiran panjang di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, dan Teluk Mexico. Sungai-sungainya mengalir jauh dari pedalaman benua, dan Tasik-Tasik Besar, iaitu lima tasik besar di atas sempadannya dengan Kanada, menyediakan kemudahan perkapalan tambahan. Keluasan perairan ini banyak membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi selama ini serta menyatukan kesemua 50 negerinya dalam satu unit ekonomi tunggal.[18]
Bilangan pekerjanya dan, penting sekali, daya pengeluaran mereka membantu menentukan kesihatan ekonomi A.S. Sepanjang sejarahnya, Amerika Syarikat telah mengalami pertumbuhan berterusan dalam bilangan tenaga kerja, yang menyebabkan dan juga disebabkan oleh peluasan ekonomi tanpa henti. Sehingga akhir Perang Dunia I, kebanyakan pekerjanya ialah pendatang dari Eropah, keturunan mereka, atau hamba abdi yang dibawa dari Afrika, atau keturunan mereka. Mulai awal abad ke-20, datangnya ramai orang Amerika Latin, disusuli oleh ramai pendatang Asia berikutan pemansuhan kuota imigresen berasaskan negara asal. Janji-janji gaji tinggi menarik ramai pekerja berkemahiran tinggi dari seluruh dunia ke Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat, wujudnya konsep perbadanan sebagai persatuan pemilik (pemegang saham) yang membentuk perusahaan niaga yang dikawal oleh peraturan dan adat yang rumit. Hasil proses penghasilan besar-besaran, perbadanan-perbadanan seperti General Electric memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi Amerika Syarikat. Melalui pasaran saham, bank-bank dan pelabur-pelabur Amerika menjana pertumbuhan ekonomi dengan melaburkan dan mengeluarkan modal dari perbadanan yang menguntungkan. Kini pada zaman globalisasi, pelabur dan syarikat Amerika kuat berpengaruh di seluruh dunia. Kerajaan Amerika juga tergolong di kalangan pelabur utama dalam ekonomi A.S. Pelaburan kerajaan telah ditujukan ke arah kerja-kerja raya (seperti Empangan Hoover), kontrak industri tentera, dan industri kewangan.
Sungguhpun pengguna dan pengeluar melakukan kebanyakan keputusan yang membentuk ekonomi, namun kerajaan berpengaruh besar terhadap ekonomi A.S. di sekurang-kurangnya empat bidang, kerana kerajaan mengamalkan sistem kapitalis. Pengawalan ketat oleh kerajaan terhadap ekonomi A.S. bermula pada awal 1900-an berikutan bangkitnya Progressive Movement; sebelum ini, kerajaan memupuk pertumbuhan ekonomi melalui tarif dan subsidi untuk melindungi industri, membina prasarana, dan menetapkan dasar perbankan, termasuk piawaian emas, untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan dalam perusahaan yang berdaya pengeluaran.
Penghijrahan
[sunting | sunting sumber]Amrika Syarikat menerima 4.31 pendatang untuk 1000 orang pada tahun 2009, iaitu kadar ke-16 tertinggi di dunia.[19]
Hampir 8 juta pendatang tiba di A.S. dari tahun 2000 hingga 2005, iaitu lebih daripada mana-mana tempoh lima tahun sepanjang sejarah negara ini.[20] Analisa menunjukkan bahawa 31% pendatang dewasa gagal menyempurnakan persekolahan menengah; satu pertiganya juga ketiadaan insurans kesihatan.[21]
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Pada Mei 2009, kadar penganggurannya berada pada 9.4%.[22] Pengangguran wanita lebih rendah berbanding pengangguran lelaki (7.5% vs. 9.8%). Pengangguran kaum Afrika-Amerika masih tinggi berbanding pengangguran kulit putih (14.9% vs. 8.6%).[22] Kadar pengangguran belia berada pada 18.5% pada Julai 2009.[23]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "National Economic Accounts". BEA. Dicapai pada 2009-06-17.
- ^ BEA: NIPA tables[pautan mati kekal]
- ^ "Consumer Price Index Summary". Bureau of Labor Statistics. 2009. Dicapai pada 2009-02-20. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ "Poverty". Census Bureau. Dicapai pada 2008-11-17.
- ^ "Employment Situation May 2009". Bureau of Labor Statistics. Dicapai pada 2009-06-17.
- ^ "Bureau of Labor Statistics Employment Situation Summary". U.S. Dept. of Labor. Dicapai pada 2009-04-03.
- ^ a b "Depat. of Commerce: Top trade partners" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-12-11. Dicapai pada 2009-12-04.
- ^ "The Debt to the Penny". Treasury Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-18. Dicapai pada 2009-11-10.
- ^ a b "Monthly Budget Review" (PDF). CBO. October 7, 2009. Dicapai pada 2009-10-08.
- ^ "Biggest donors by GDP". BBC News. Dicapai pada 2008-11-17.
- ^ a b "Worries grow of deeper U.S. recession". CNN.com. Dicapai pada 2008-11-17.
- ^ "dollar hits record low against euro, oil prices rally".
- ^ BBC News (2008-12-01). "US recession 'began last year'". BBC News. Dicapai pada 2008-12-01.
- ^ "Washington learns to treat China with care". CNNMoney.com. July 29, 2009.
- ^ "China must keep buying US Treasuries for now-paper". Reuters. 19 Ogos 2009.
- ^ "Index of Economic Freedom - United States". Heritage.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-16. Dicapai pada 2008-11-17.
- ^ Anderson, Jack (2006-05-22). "Tax Misery & Reform Index". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-12. Dicapai pada 2008-11-17.
- ^ U.S. Department of state:How the U.S. Economy Works Diarkibkan 2008-11-14 di Wayback Machine Diterima pada 1 Disember 2008.
- ^ "Country Comparison :: Net migration rate". CIA Factbook. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 2009-12-04.
- ^ "Immigration surge called 'highest ever'". Washington Times. December 12, 2005.
- ^ "Study: Immigration grows, reaching record numbers". USATODAY.com. 12 Disember 2005.
- ^ a b "Current Population Survey". Bureau of Labor Statistics, US Government. June 5, 2009. Dicapai pada 2009-06-199. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Employment and Unemployment Among Youth Summary". United States Department of Labor.