Dream High | |
---|---|
Genre | Komedi Romantis Muzik Drama |
Format | Siri televisyen (drama) |
Ditulis oleh | Park Hye-ryun |
Pengarah | Lee Eung-bok |
Dibintangi oleh | Suzy, Kim Soo-hyun, Ok Taec-yeon, Eunjung, Wooyoung, IU |
Lagu pembukaan | Dream High |
Lagu penutup | If |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan musim | 1 Kedua dalam produksi |
Bilangan episod | 16 (1 khusus) |
Penerbitan | |
Penerbit | Bae Yong-joon Park Jin-young |
Lokasi | Seoul, Korea Selatan |
Sinematografi | Korean Broadcasting System |
Pemasangan kamera | Korean Broadcasting System |
Tempoh siaran | Isnin dan Selasa pada (UTC+09:00) 21:55 KST |
Syarikat penerbitan | Korean Broadcasting System |
Syarikat pengedaran | Korean Broadcasting System |
Penyiaran | |
Saluran asal | KBS 2TV |
Format gambar | 480i SDTV |
Format audio | Dolby Digital DTS Digital Sound Sony Dynamic Digital Sound |
Julung kali ditayangkan di | 3 Januari 2011 |
Siaran asal | 3 Januari 2011 – 28 Februari 2011 |
Status | Off air |
Kronologi | |
Mengikuti | Mary Stayed Out All Night |
Diikuti oleh | Crime Squad |
Pautan luar | |
Laman rasmi |
Dream High (Korea: 드림하이) adalah sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang disiarkan Sistem Pernyiaran Korea (KBS). Drama ini menampilkan Suzy, Ok Taec-yeon, Kim Soo-hyun, IU, Ham Eun-jung dan Woo-young. Ditayangkan bermula pada 3 Januari 2011 dan tamat pada 28 Februari 2011 selepas 16 buah episod. Drama ini popular di kalangan remaja dan mempunayi kadar tonton yang tinggi. Episod khas dengan para pelakon drama ini membuat persembahan Konsert Istimewa Dream High telah diadakan di Seoul, Korea Selatan dan disiarkan oleh pihak KBS pada 1 Mac 2011. Musim kedua Dream High telah diumumkan pihak KBS pada 17 Mac 2011 dan akan mula ditayangkan pada 30 Januari 2012. Drama bersiri ini juga tersedia untuk penstriman di Viu di wilayah tertentu.
Plot
Enam pelajar di Sekolah Tinggi Seni Kirin bekerja bagi mencapai impian mereka menjadi bintang dalam industri muzik Korea. Dalam drama ini, para pelajar belajar bagaimana untuk memajukan kemahiran nyanyian, menulis lagu dan menari mereka dan pada masa yang sama juga mengalami perkembangan dalam diri mereka sendiri. Setiap seorang daripada pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri, tetapi dengan sokongan dan bimbingan antara satu sama lain, mereka berusaha untuk membuat kemunculan di atas pentas.
Watak
- Suzy sebagai Go Hye-mi
- Go Hye-mi adalah watak utama drama ini. Berasal dari keluarga yang kaya, setelah kematian ibunya, perniagaan ayahnya gagal dan keluarga mereka dibebani hutang dan ayahnya pergi ke Kanada untuk mendapatkan bantuan daripada makciknya Hye Mi. Dia dikejar oleh pemungut hutang, Ma Doo Shik dan anak buahnya hampir sepanjang permulaan drama.
- Kim Soo-Hyun sebagai Song Sam-dong
- Song Sam-dong merupakan budak kampung yang naif yang jatuh cinta pandang pertama dengan Hye Mi dan mengikutnya ke Seoul. Mempunyai bakat muzik semula jadi yang luar biasa tanpa sebarang pendidikan formal.
- Ok Taec-yeon sebagai Hyun Si-hyuk (namun disebut oleh rakannya sebagai Jin Guk)
- Jin Guk adalah kawan semasa kecil Go Hye Mi dan selalu mencuba membantunya. Dia cuba mengingatkan Hye Mi tentang kenangan masa kecil mereka. Seorang yang berbakat terutama dalam tarian dan rap.
- Ham Eun-jung sebagai Yoon Baek-hee
- Baek Hee adalah rakan karib dan sahabat Hye Mi di sekolah lama mereka, tapi dia dikhianati oleh Hye Mi ketika ujibakat di Sekolah Kirin. Dia merasa terpukul oleh pengkhianatan tersebut dan menjadi saingan terbesar bagi Hye Mi.
- IU sebagai Kim Pil-suk
- Kim Pil-suk pertama kalinya muncul sebagai seorang gadis yang mengenakan kostum maskot sushi ketika ujibakat. Dia adalah seorang gadis dengan suara yang indah dan nada yang sempurna tetapi mengalami masalah kegemukan.
- Woo-young sebagai Jason
- Jason adalah pelajar pertukaran Amerika yang berkebolehan terutamanya dalam tarian tetapi juga pandai bernyanyi. Dia seorang yang sopan dan memiliki sikap yang baik, yang membawa salah faham oleh Pil Suk, yang percaya bahawa Jason melakukan ini kerana menyukainya.
Runut bunyi
Dream High: Original Sound Track | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh berbagai artis | ||||
Dilancarkan pada | 14 Februari 2011 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | Pop, K-pop, Soundtrack, Ballad, R&B, teen pop | |||
Panjang | 60:00 | |||
Bahasa | Bahasa Korea | |||
Syarikat | LOEN Entertainment | |||
Pengedar | Sistem Penyiaran Korea | |||
Penerbit | Park Jin Young | |||
Kronologi berbagai artis | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "드림하이" ("Dream High" / "Impian yang Tinggi") | Taecyeon, Wooyoung, Suzy, Kim Soo Hyun, IU, JOO | 3:47 | |||||||
2. | "Someday" ("Suatu Hari") | IU | 3:38 | |||||||
3. | "My Valentine" ("Valentine Ku") (bersama Park Jin-young) | Taecyeon & Nichkhun | 4:07 | |||||||
4. | "못 잊은 거죠" ("If" / "Tidak Lupa") | Park Jin-young | 3:55 | |||||||
5. | "Maybe" ("Mungkin") | Sunye | 3:01 | |||||||
6. | "사랑하면 안될까" ("Can't I Love You" / "Bila Aku Boleh Mencintaimu") | Changmin & Jinwoon | 3:35 | |||||||
7. | "가지마" ("Don't Leave" / "Jangan Pergi") | Junsu & Lim Jeong Hee | 4:20 | |||||||
8. | "어떤이의 꿈" ("A Part of This Dream" / "Antara Impian") (bersama So Hyang dari POS) | San E | 3:16 | |||||||
9. | "겨울아이" ("Winter Child" / "Kanank-kanak Musim Salju") | Suzy | 3:39 | |||||||
10. | "Dreaming" ("Bermimpi") | Kim Soo-hyun | 3:42 | |||||||
11. | "못 잊은 거죠" (Instrumental) | Park Jin-young | 3:55 | |||||||
12. | "Maybe" (Instrumental) | Sunye | 3:01 | |||||||
Jumlah masa: 43:47 |
Penerimaan
Penilaian
Episod | Tarikh pernyiaran | Penilaian TNMS [1] | Penilaian AGB [2] | ||
---|---|---|---|---|---|
Korea Selatan | Seoul (kawasan metropolitan) | Korea Selatan | Seoul (kawasan metropolitan) | ||
1 | 3 Januari 2011 | 11.3% | 14.2% | 10.7% | 11.2% |
2 | 4 Januari 2011 | 11.5% | 13.9% | 10.8% | 11.4% |
3 | 10 Januari 2011 | 11.7% | 13.8% | 13.1% | 13.3% |
4 | 11 Januari 2011 | 13.4% | 15.4% | 13.8% | 14.3% |
5 | 17 January 2011 | 13.7% | 15.8% | 15.5% | 17% |
6 | 18 Januari 2011 | 13.1% | 15.9% | 15.8% | 17.1% |
7 | 24 Januari 2011 | 15.3% | 17.5% | 15.9% | 17.2% |
8 | 31 Januari 2011 | 14.9% | 17.4% | 16.3% | 17.7% |
9 | 1 Februari 2011 | 14.9% | 16.9% | 16.7% | 18.3% |
10 | 7 Februari 2011 | 16.7% | 19.2% | 17.6% | 19.3% |
11 | 8 Februari 2011 | 16.6% | 19.3% | 17.9% | 19.3% |
12 | 14 Februari 2011 | 15.8% | 17.8% | 16.7% | 18.9% |
13 | 15 Februari 2011 | 17.2% | 20.1% | 17.9% | 20.1% |
14 | 21 Februari 2011 | 16.4% | 18.9% | 17.6% | 19.3% |
15 | 22 Februari 2011 | 17.2% | 19.7% | 17.9% | 19.5% |
16 | 28 Februari 2011 | 18.2% | 20.7% | 17.2% | 18.6% |
Purata | 14.87% | 17.28% | 15.71% | 17.03% |
Rujukan
- ^ TNmS Multimedia Homepage(Korea)
- ^ AGB Nilson Media Research Homepage(Korea)