| Do Drama | |
|---|---|
| Fail:DoDrama Logo.png | |
| Pembangun | Drama Byte Sdn Bhd |
| Pelancaran pertama | 8 Mei 2025 |
| Pelantar | Aplikasi Mudah Alih |
| Tersedia dalam | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina & Bahasa Indonesia |
| Genre | Drama pendek / OTT |
| Lesen | Percuma dengan pembelian dalam aplikasi |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | dodrama |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Do Drama ialah sebuah platform dan aplikasi penstriman mudah alih dari Malaysia yang memfokuskan drama bersiri berdurasi pendek. Perkhidmatan ini menekankan kandungan asli tempatan yang dihasilkan khusus untuk tontonan skrin menegak, dan menyasarkan pengguna yang gemar episod pendek dan ringkas untuk tontonan ketika bergerak.
Sejarah
Do Drama dilancarkan pada 8 Mei 2025 oleh syarikat produksi Malaysia, Drama Byte Sdn Bhd, dan dipromosikan sebagai aplikasi drama pendek pertama di Malaysia.[1] Platform ini dibangunkan untuk menyediakan pengalaman penceritaan ringkas melalui format video menegak, sesuai untuk tontonan mudah alih di antara aktiviti harian.[2] Ketika pelancaran, Do Drama menampilkan lapan siri drama original dalam bahasa Melayu dan Cina, dibangunkan bersama penggiat industri tempatan.[3]
Platform dan Ciri
Do Drama dibangunkan khusus untuk tontonan mudah alih, dengan ciri-ciri berikut:
- Format video menegak yang dioptimumkan untuk telefon pintar, bersama episod pendek.[4]
- Kandungan original Malaysia merangkumi Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Indonesia.[5]
- Ciri interaktif seperti daftar masuk harian, kod buka kunci dan penglibatan penonton.[6]
- Boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store.[7]
- Menurut penyenaraian App Store, aplikasi ini menawarkan “100+ bite-size episodes” dan percuma untuk dimuat turun serta ditonton, dengan pembelian dalam aplikasi untuk akses VIP.[8]
Program Asli
Platform ini menawarkan pelbagai genre termasuk romantik, thriller, drama kekeluargaan dan suspens, dengan penekanan pada latar Malaysia dan penceritaan pelbagai budaya. Antara siri original yang diterbitkan di Do Drama termasuk:
- Paku Hatiku (The Cursed Nail) — diarahkan oleh Aidilfitri Mohamad Yunos.[9]
- Rumah Pusaka (The Heirloom) — diterbitkan oleh Pekin Ibrahim.[10]
- Magika! Bulan Mengambang (Magika! The Lunar Secret)— diterbitkan oleh Pekin Ibrahim, lakonan Mona Allen.[11]
- Suara Hati (What’s the Heart Says) — siri drama pendek bertema luar biasa.[12]
- Jutawan Seribu Ringgit (The RM1000 Millionaire)
- Dilarang Bercinta di Pejabat (No Romance in Workplace)
- Takdir Kedua (The Destiny Loop)
- Anak Kandung Panggil Aku Mak Tiri (I Married My Daughter’s Father!)
- Pahlawan Cosplay (The Warrior Coser)
- Isteriku itu kakakku? (Married to My Own Sister?!)
- Puteri Katak (Frog Princess)
- Puteri Gantian (The Replaced Bride’s Revenge)
- Dia RampasSemua Milik Aku (She Took Everything From Me)
- Pewaris Sebenar (The True Heir)
- Dosa Seorang Isteri (Too Late to Love a Billionaire)
- Viral (Whispers Of The Island)
- Misteri Cempaka Tersepit (Mystery Cempaka)
- 40 Sahaja (Just 40)
Kebolehcapaian
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui:
- [App Store](https://apps.apple.com/gd/app/do-drama-malaysia-short-drama/id6739724477) (iOS)
- [Google Play Store](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dodrama.shorts) (Android)
Pengguna boleh menonton kandungan percuma terpilih, manakala episod tambahan atau ciri lain boleh dibuka melalui kod atau pembelian dalam aplikasi.
Penerimaan
Beberapa laporan media menyambut baik pelancaran Do Drama sebagai sebahagian daripada perkembangan kandungan mudah alih di Malaysia. Sebuah akhbar tempatan menggambarkan platform ini sebagai “cara baharu menikmati drama tempatan”.[13]
Rujukan
- ^ Tan, Heng Hong (2025-05-08). "Big Stories, Small Screens: Do Drama Debuts to Bring Bite-Sized Local Dramas for Malaysians On-the-Go". Mini Me Insights. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ "Do Drama aplikasi drama bersiri pendek pertama di Malaysia". Sinar Harian. 2025-05-08. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Norman, AiN (2025-05-08). "'Do Drama' ketengah format drama pendek, lancar 8 siri original berbahasa Melayu". mStar. Dicapai pada 2025-11-14.

- ^ "Revolutionising Streaming: Do Drama Leads Malaysia's Short Drama Movement". Drama Byte Sdn Bhd. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ "Do Drama App Launches in Malaysia". Drama Byte Sdn Bhd. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ "Do Drama: Malaysia Short Drama App". Apple App Store. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Tan, Heng Hong (2025-05-08). "Big Stories, Small Screens: Do Drama Debuts to Bring Bite-Sized Local Dramas for Malaysians On-the-Go". Mini Me Insights. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Norman, AiN (2025-05-08). "'Do Drama' ketengah format drama pendek, lancar 8 siri original berbahasa Melayu". mStar. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Tan, Heng Hong (2025-05-08). "Big Stories, Small Screens: Do Drama Debuts to Bring Bite-Sized Local Dramas for Malaysians On-the-Go". Mini Me Insights. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Zainal, Ramlah (2025-05-11). "Cara baharu nikmati drama tempatan". Harian Metro. Dicapai pada 2025-11-14.
- ^ Zainal, Ramlah (2025-05-11). "Cara baharu nikmati drama tempatan". Harian Metro. Dicapai pada 2025-11-14.
Pautan luar
- [Laman rasmi](https://www.dodrama.com)
- [Facebook](https://www.facebook.com/dodrama.my)
- [Instagram](https://www.instagram.com/dodrama.my)
- [TikTok](https://www.tiktok.com/@dodrama.my)