| 40 Sahaja | |
|---|---|
| Genre | Drama, Kerjaya, Romantik |
| Pengarah | Vesyee |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Penerbitan | |
| Lokasi | Malaysia |
Syarikat penerbitan | Drama Byte Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Do Drama |
40 Sahaja ialah sebuah drama bersiri Malaysia yang diterbitkan oleh Do Drama dan akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Do Drama pada 13 November 2025.[1][2] Drama ini mempunyai 60 episod dan diarahkan oleh Vesyee.
Pelakon
- Efraim sebagai Nazir
- SYUE sebagai Sofea
- Mizy Razuan sebagai Aziz
- Puteri Wawie sebagai Lina
- Tracy Jantom sebagai Diana
- El-Umar Mukhtar sebagai Edy
- Suzana sebagai Ibu Mertua
- Fieq Firdaus sebagai Zaki
- Carolyne Kamba sebagai Suzana
- Alya Amani sebagai Elaine
- Aria sebagai Shalini
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Hanya Ada Aku
- Penyanyi: Danial Zain
- Komposer: Muhd, Hanna Shannon, CJ
- Lirik: Danial Zain
Sinopsis
Seorang wanita berusia 40 tahun ditinggalkan sehelai sepinggang selepas perceraian, tanpa harta dan tanpa maruah. Pada hari yang sama, bekas suaminya berkahwin dengan sahabat baik yang pernah menjadi tempat dia meluahkan segalanya. Desas-desus mula timbul—adakah hubungan mereka sudah bermula sebelum perceraian itu lagi?[3]
Dalam hiruk-pikuk fitnah dan luka yang masih segar, wanita itu bangkit mengubah hidupnya sebagai seorang hos siaran langsung di media sosial, dan tanpa diduga menjadi tumpuan seluruh negara.[4]
Logline
Mimpi ngeri terbesar Sofea datang bertubi-tubi: selepas seorang bomoh meramalkan dia “tidak akan mampu hamil seumur hidup,” dia pulang dengan hati yang berat hanya untuk mendapati suaminya, Aziz, sedang menggeledah barang berharga, bahkan berniat menjual satu-satunya hantaran peninggalan arwah ibunya bagi melunaskan hutang besar.
Tidak lama kemudian, along datang menagih hutang, dan Aziz menggadaikan hantaran tersebut sebelum melarikan diri. Ibu mertua pula muncul, menyalahkan Sofea sepenuhnya dan memaki hamun. Sofea terkejut apabila melihat Aziz bersekongkol dengan sahabat baiknya, Lina, demi populariti dan wang.
Sofea berdepan dengan mereka, namun menerima pengumuman cerai dari Aziz sebelum dihalau keluar sehelai sepinggang. Ditinggalkan sendirian di malam hujan, Sofea berjalan dalam keputusasaan sehingga sebuah kereta hampir melanggarnya—tetapi satu tangan hangat menariknya tepat pada waktunya. Pertemuan ini bakal mengubah takdirnya selamanya.
Rujukan
- ^ "Sofea bangkit dari luka, 40 Sahaja menjadi cerminan realiti wanita moden". Suara.TV. 13 November 2025.
- ^ "Drama 40 Sahaja bongkar kisah pedih live-host popular". kaypoh.my. 13 November 2025.
- ^ "Sofea bangkit dari luka, 40 Sahaja menjadi cerminan realiti wanita moden". Suara.TV. 13 November 2025.
- ^ "Drama 40 Sahaja bongkar kisah pedih live-host popular". kaypoh.my. 13 November 2025.








