"Diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" (bahasa Inggeris: necessary in a democratic society ) ialah salah satu syarat sekatan hak yang termaktub dalam Perkara 8-11 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia mengenai hak ke atas kehidupan peribadi, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, dan kebebasan perhimpunan.[1] Menurut buku pedoman Dewan Eropah, frasa ini "boleh dikatakan merupakan salah satu klausa terpenting dalam Konvensyen [Eropah]".[2] Tujuan dari penambahan syarat sekatan ini ialah untuk memastikan bahawa sekatan hak itu amat "diperlukan" hanya untuk keperluan politik sahaja.[2] Syarat "diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" dan juga syarat-syarat sekatan lain dalam Perkara 8-11 telah disebut-sebut sebagai "sekatan meluas"; ini bertentangan dengan undang-undang Amerika Syarikat yang memperakui hak kebebasan bersuara yang hampir tidak terjad sesuai dengan Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.[3]
Dalam bidang kuasa Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, "diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" diperincikan lagi menjadi "keperluan sosial yang mendesak" dan "pembahagian".[4][2] Mahkamah Eropah memperincikan syarat-syarat ini dalam perkara Handyside v. United Kingdom, Silver v. United Kingdom, dan Lingens v. Austria yang dikaitkan dengan kebebasan berekspresi.
Rujukan
- ^ Zysset, Alain (2016). "Searching for the Legitimacy of the European Court of Human Rights: The Neglected Role of 'Democratic Society'". Global Constitutionalism. 5 (1): 16–47. doi:10.1017/S2045381716000022.; Tajadura Tejada, Javier (2012). "La doctrine de la Cour européenne des droits de l'homme sur l'interdiction des partis politiques". Revue française de droit constitutionnel. 90 (2): 339. doi:10.3917/rfdc.090.0339.; Zand, Joseph (2017). "The Concept of Democracy and the European Convention on Human Rights". University of Baltimore Journal of International Law. 5 (2). ISSN 2471-6723.; Pounder, C. N. M. (2008). "Nine principles for assessing whether privacy is protected in a surveillance society". Identity in the Information Society. 1 (1): 1–22. doi:10.1007/s12394-008-0002-2.; Arai-Takahashi, Yutaka. "Necessary in a democratic society". The Margin of Appreciation Doctrine and the Principle of Proportionality in the Jurisprudence of the ECHR (dalam bahasa Inggeris). Intersentia nv. m/s. 11–. ISBN 978-90-5095-195-1.
- ^ a b c Greer, Steven (1997). The exceptions to Articles 8 to 11 of the European Conventionon Human Rights (PDF). Human Rights Files. Council of Europe. ISBN 9287133735.
- ^ Tsakyrakis, S. (2009). "Proportionality: An assault on human rights?". International Journal of Constitutional Law. 7 (3): 468–493. doi:10.1093/icon/mop011.
- ^ Gerards, J. (2013). "How to improve the necessity test of the European Court of Human Rights". International Journal of Constitutional Law. 11 (2): 466–490. doi:10.1093/icon/mot004.