Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia | |
---|---|
Konvensyen untuk Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Fundamental | |
Ditandatangani | 4 November 1950 di Rom |
Berkuat kuasa | 3 September 1953 |
Penandatangan | Negara-negara anggota Majlis Eropah |
Pemegang simpanan | Setiausaha Agung Majlis Eropah |
Bahasa | Inggeris dan Perancis |
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia di Wikisumber | |
sunting |
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia atau dalam bahasa Inggeris European Convention on Human Rights atau ECHR (secara formalnya Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms atau Konvensyen untuk Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Fundamental) adalah suatu perjanjian antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan di Eropah. Digubalkan pada tahun 1950 oleh Majlis Eropah[1] konvensyen ini telah berkuatkuasa pada 3 September 1953. Kesemua negara anggota Majlis Eropah merupakan anggota konvensyen ini dan ahli-ahli baru diwajibkan menjadi anggota seawal yang mungkin.[2]
Konvensyen ini memperkenalkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Rakyat Eropah yang merasakan hak asasinya di bawah Konvensyen ini dicabuli boleh membawa pengaduannya ke Mahkamah ini. Penghakiman yang mendapati bahawa negara anggota telah melanggar hak asasi di bawah Konvensyen ini mengikat negara tersebut dari segi undang-undang dan ia seharusnya bertindak menurut penghakiman tersebut, terutama dari segi pampasan kewangan kepada mangsa pelanggaran hak asasi tersebut. Jawatankuasa Menteri-Menteri Eropah menyelia pelaksanaan kehakiman mahkamah ini. Penubuhan Mahkamah untuk melindungi hak-hak asasi individu difikirkan suatu pendekatan inovatif di bawah undang-undang antarabangsa kerana lazimnya individu bukanlah terlibat secara langsung di bawah undang-undang antarabangsa. Konvensyen Eropah ini masih merupakan satu-satunya konvensyen hak asasi manusia yang memberikan perlindungan tertinggi. Negara anggota juga boleh membawa negara anggota yang lain ke mahkamah melalui Konvensyen ini tetapi ini amatlah jarang.
Konvensyen ini mempuyai beberapa protokol-protokol. Sebagai contoh, Protokol 13 melarang hukuman mati. Protokol-protokol ini berbeza antara Negara Anggota ke Negara Anggota yang lain. Tetapi kesemua negara anggota mestilah menjadi anggota kepada seberapa banyak protokol yang mungkin.
Sejarah
Sistem perlindungan hak asasi manusia di Eropah boleh dilihat sebagai hasil daripada perkembangan situati berkembar. Satu, dalam keadaan selepas Perang Dunia Kedua, konvensyen ini lahir hasil inspirasi daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang boleh dilihat sebagai respons lebih meluas Kuasa Perikatan dalam membentuk agenda hak asasi manusia yang boleh beroperasi sebagai pencegah pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua itu (seperti Holukus). Keduanya, Konvensyen ini juga merupakan tindak balas kepada perkembangan Komunisme di Eropah Timur dan bertindak melindungi negara-negara anggota Majlis Eropah kepada penyelewengan komunis. Maka inilah yang sering dirujuk sebagai nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang “perlu dalam masyarakat demokratik” melalui Konvensyen ini, meskipun prinsip-prinsip ini tidak terhurai dalam Konvensyen ini sendiri.[3]
Konvensyen ini digubalkan oleh Majlis Eropah selepas Perang Dunia Kedua sebagai tindak balas kepada rakyat Eropah dari serata jenis yang berhimpun di Kongres Hague pada tahun 1948. Apabila lebih daripada 100 ahli-ahli parlimen daripada dua belas negara ahli Majlis Eropah berkumpul bersama di Strasbourge pada musim panas 1949 untuk perbincangan pertama Perhimpunan Konsultatif Majlis berkenaan, matlamat mendraf “piagam hak asasi manusia” merupakan antara focus utama dalam agenda mesyuarat. Ahli Parlimen British dan peguam Sir David Maxwell-Fyfe, Tuan Pengurusi Jawatankuasa Persoalan Perundangan dan Pentadbiran Perhimpunan itu, menyelia pendrafan Konvensyen. Sebagai pendakwaraya di Perbicaraan-perbicaraan Nuremberg, dia telah melihat dengan sendirinya bagaimana keadilan antarabangsa boleh diaplikasikan. Dengan pertolongannya, bekas menteri dan pejuang Perancis, Pierre-Henri Teitgen menghantar laporan[4] kepada Perhimpunan yang mempunyai mempunyai beberapa senarai hak-hak asasi yang hendak dilindungi dengan beberapa daripadanya diilhamkan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang baru dipersetujui di New York, dan mendefinasikan bagaimana mekanisme kehakiman di bawah cadangan Konvensyen ini hendak beroperasi. Selepas debat-debat yang berpanjangan,[5] Perhimpunan itu menghantar cadangan akhirnya[6] kepada Jawatankuasa Menteri-Menteri Majlis itu, yang kemudiannya membentuk sekumpulan pakar untuk mendraf Konvensyen ini dengan sendirinya.
Konvensyen ini digubal untuk merangkumi pendekatan tradisional kebebasan sivil untuk mencapai “demokrasi politik yang efektif”, daripada tradisi-tradisi paling utama United Kingdom, France dan juga negara-negara lain Majlis Eropah. Konvensyen ini dibuka untuk tandatangan pada 4 November 1950 di Rome. Ia kemudiannya diratifikasikan dan berkuatkuasa pada 3 September 1953. Ia diselia oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourge, dan Majlis Eropah. Ia juga pernah diselia oleh Suruhanjaya Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.
Penggubalan
Konvensyen ini digubal memakai takrifan-takrifan istilah yang menyeluruh dalam cara yang serupa (meskipun lebih moden berbanding) Perakuan Hak Inggeris, Perakuan Hak Amerika, Perisytiharan Hak-Hak Manusia Perancis, atau bahagian pertama undang-undang asas Jerman. Penyataaan prinsip dari sudut undang-undang bukanlah jelas dan perlukan tafsiran menyeluruh daripada mahkamah-mahkamah untuk memberikan makna menurut situasi semasa.
Perkara-perkara Konvensyen
Sebagaimana dipinda oleh Protokol 11, Konvensyen ini mengandungi tiga bahagian. Hak-hak dan kebebasan-kebebasan utama termasuk dalam Seksyen 1, yang mempunyai Perkara-Perkara 2 hingga 18. Seksyen II (Perkara-perkara 19 hingga 51) menubuhkan Mahkamah dan kaedah-kadah pengoperasiannya. Seksyen III mengandungi beberapa peruntukkan-peruntukkan penghakhiran.
Sebelum berkuatkuasanya Protokol 11, Seksyen II (Perkara 19) mendirikan Suruhanjaya dan Mahkamah, Seksyen III (Perkara-perkara 20 hingga 37) dan IV (Perkara-perkara 38 hingga 59) merangkumi mekanisme tinggi pengoperasian Suruhanjaya dan Mahkamah dan Seksyen V mengandungi beberapa peruntukkan-peruntukkan akhir.
Beberapa Perkara di dalam Seksyen I distrukturkan dalam dua perenggan: pertamanya menggariskan hak atau kebebasan asasi (seperti Perkara 2(1) yang memberikan hak hidup) tetapi keduanya mengandungi beberapa pengecualian, ketidakaplikasian dan batasan kepada hak demkian (seperti Perkara 2(2) – yang mengecualikan beberapa tindakan kekerasan yang mempunyai kesan kematian).
Perkara 1 - menghormati hak
Perkara 1 mengikat anggota yang menandatangani untuk menjamin hak-hak di bawah Perkara-Perkara lain Konvensyen “dalam bidang kuasa masing-masing”. Dalam sesetengah kes, “”bidang kuasa” mungkin tidak hanya termasuk wilayah negara anggota yang dirujuk sahaja, malah turut merangkumi wilayah lain dan keperluan menjamin hak-hak Konvensyen turut terpakai ke wilayah lain, sebagai contoh, wilayah jajahan atau tahlukan negara berkenaan.
Perkara 2 - hidup
Perkara 2 melindungi hak setiap insan kepada kehidupannya. Perenggan pertama perkara ini mengandungi pengecualian sekiranya hukuman mati dijalankan mengikut lunas undang-undang manakala perenggan kedua menyatatakan kematian yang disebabkan oleh perlindungan diri daripada tindakan orang lain, menangkap seseorang penjahat, atau cubaan meredakan perhimpunan haram tidak akan bertentangan dengan Perkara ini apabila paksaan yang diaplikasikan “tidak melebihi apa yang sepatutnya”.
Hak ini tidak boleh boleh diketepikan di bawah perkara 15 semasa masa aman. Pengecualian untuk hukuman mati turut dibataskan oleh Protokol 6 dan Protokol 13 (lihat di bawah) untuk negara-negara anggota protokol-protokol berkenaan.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah tidak membuat penghakiman terhadap hak untuk hidup sehingga 1995, dalam kes McCann lwn United Kingdom[7] ia memutuskan bahawa perenggan kedua tidak mengandungi situasi di mana ia dibenarkan membunuh, tetapi situasi di mana paksaan bolhe digunakan yang mungkin menyebabkan kematian.[8]
Mahkamah telah memutuskan bahawa negara-negara anggota mempunyai tiga tanggungjawab di bawah Perkara 2:
- tanggungjawab untuk tidak membunuh tanpa menurut lunas undang-undang,
- tanggungjawab untuk menyiasat kematian yang sangsi dan,
- dalam sesetengah situasi, peranan untuk mencegah kematian yang boleh dijangkakan.[9]
Perkara 3 - penyeksaan
Perkara 3 melarang penyeksaan, dan “layanan atau hukuman tidak berperikemanusiaan atau berbentuk penghinaan”. Tidak wujudnya sebarang pengecualian atau batasan terhadap hak ini. Peruntukkan ini lazimnya terpakai, selain daripada ke situasi penyeksaan, kepada situasi keganasan polis atau persekitaran yang buruk semasa penahanan.
Mahkamah telah menekankan sifat fundamental Perkara 3 dengan keputusannya bahawa larangan ini dibuat “secara mutlak… tidak kira apa jua tindak-tanduk pihak pemunya hak yang dilanggari."[10] Mahkamah juga telah memutuskan bahawa negara-negara tidak boleh menghantar pulang atau mengekstradisikan individu-individu yang mungkin akan diseksa atau dilayan secara buruk atau tidak berperikemanusiaan di negara penerimanya.[11]
Pada awalnya Mahkamah telah menaifsir secara ketat apa yang disifatkan sebagai penyeksaan, dan lebih cenderung mendapati bahawa negara-negara telah melakukan layanan buruk atau tidak berperikemanusiaan. Maka mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan-tindakan seperti melarang daripada tidur, meyebabkan supaya didengar bunyi bising dan memaksa untuk berdiri berhadapan dinding dengan kaki terbuka untuk tempoh yang lama bukan berbentuk penyeksaan.[12] Mahkamah hanya mendapati negara yang menyeksa pada tahun 1996 dalam kes tahanan yang digantung melalui bahunya semasa tangannya diikat di belakang badan.[13] Semenjak masa itu Mahkamah telah lebih bersedia untuk mendapati tindakan penyeksaan dan telah menghakimi bahawa disebabkan Konvensyen adalah “instrumen bernyawa”, layanan yang dulunya dianggap sebagai layanan buruk atau tidak berperikemanusiaan mungkin akan dianggap sehagai penyeksaan pada masa hadapan.[14]
Perkara 4 - perhambaan
Perkara 4 melarang perhambaan dan buruh paksaan tetapi mengecualikan kerja yang:
- lazim dilakukan semasa pemenjaraan,
- dalam bentuk khidmat ketenteraan atau mana-mana pekerjaan alternatif yang dilakukan oleh pembantah perihatin,
- diperluan semasa darurat, dan
- menjadi tanggungjawab dalam kehidupan masyarakat.
Perkara 5 - kebebasan dan keselamatan
Perkara 5 memperuntukkan bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai hak kebebasan dan keselamatan diri. Kebebasan dan keselamatan diri ditafsirkan secara "kompaun" - keselamatan diri seseorang tidak lagi pernah ditafsirkan secara berasingan oleh Mahkamah.
Perkara 5 memperuntukkan hak kebebasan terbatas hanya oleh penahanan yang sah di sisi undang-undang di bawah keadaan-keadaan tertentu, sebagai contoh penahanan disebabkan perlakuan jenayah atau pemenjaraan yang dijatuhkan oleh penghakiman. Perkara ini juga memperuntukkan hak diberitahu dalam bahasa yang difahami akan sebab-sebab pemenjaraaan dan apa jua dakwaan yang dikenakan, hak akses kepada prosiding penghakiman yang menentukan kesahihan penahanan diri seseorang dan pembicaraan dalam masa yang munasabah atau pembebasan semasa penantian pembicaraan, dan juga hak kepada pampasan sekiranya Perkara ini dilanggari.
Perkara 6 - perbicaraan adil
Perkara 6 memperuntukkan hak perbicaraan adil yang terperinci, termasuk hak untuk mendapatkan pendengaran awam di hadapan tribunal yang bebas dan saksama dalam masa yang munasabah, anggapan tidak bersalah, dan lain-lain hak minima untuk mereka yang didakwa dibawah undang-undang jenayah (fasiliti dan masa yang mencukupi untuk menyediakan pembelaan, akses kepada peguam, hak menyoal saksi-saksi atau menyebabkan mereka disoal dan hak kepada penterjemahan secara bebas).
Pada masa kini, Mahkamah Eropah mendapati bahawa majoriti pelanggaran Perkara ini berkait rapat dengan penangguhan kerap yang melanggarai syarat "masa yang munasabah" terutama di mahkamah-mahkamah perbicaraan sivil dan jenayah nasional di Itali dan Perancis. Di bawah syarat "tribunal bebas" pula Mahkamah telah memutuskan bahawa hakim-hakim ketenteraan di dalam mahkamah-mahkamah sekuriti Turki tidak bertepatan dengan Perkara 6. Turki kemudiannya meluluskan undang-undang baru penghapusan mahkamah-mahkamah ini untuk menuruti keputusan berkenaan.
Satu lagi jenis pelanggaran yang ketara adalah "klausa konfrontasi" Perkara 6 (iaitu hak untuk menyoal saksi atau menyebabkan mereka disoal). Dalam perkara ini, masalah-masalah kepatuhan dengan Perkara 6 mungkin timbul apabila undang-undang nasional negara-negara membenarkan keterangan saksi-saksi yang tidak hadir, menyamar atau terdedah.
Perkara 7 - penguatkuasaan ke belakang
Perkara 7 melarang penguatkuasaan undang-undang ke belaking yang mengakibatkan kriminalisasi perbuatan-perbuatan. Tiada seorang pun boleh didakwa untuk perbuatan yang tidak merupakan kesalahan semasa perlakuannya. Perkara ini menyatakan bahawa kesalahan jenayah adalah perlakuan yang sama ada di bawah undang-undang kebangsaan mahupun antarabangsa membolehkan dakwaan dimulakan terhadapnya untuk jenayah yang tidak menyalahi undang-undang di bawah undang-undang tempatan pada masa perlakuan itu dilakukan, bersyarat ia dilarang undang-undang antarabangsa. Perkara ini juga melarang hukuman yang lebih berat dikenakan berbanding yang terpakai semasa perlakuan jenayah dilakukan.
Perkara 7 memasukkan prinsip nullum crimen, nulla poena sine lege dalam konvensyen ini.
Perkara 8 - privasi
Perkara 8 memperuntukkan hak menghormati "kehidupan peribadi dan keluarga seseorang, rumahnya dan perutusan-perutusannya" tertahluk kepada beberapa batasan yang "berlunaskan undang-undang" dan "perlu dalam masyarakat demokratik". Ini jelas termasuk kebebasan daripada pemeriksaan-pemeriksaan yang menyalahi undang-undang, tetapi Mahkamah memberikan perlindungan "kehidupan peribadi dan famili" yang lebih meluas dari segi rangkumannya. Ini boleh dibandingkan dengan jurisprudens Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang juga cenderung kepada definasi privasi yang meluas. Tambahan pula, Perkara 8 kadangkala termasuk obligasi-obligasi positif manakala hak asasi manusia klasik diperdasarkan supaya melarang Negara daripada mencampuri hak-hak, dan oleh yang demikian, hak untuk tidak membuat sesuatu (cth tidak memisahkan keluarga yang dilindungi perlindungan kehidupan keluarga) turut memerlukan Negara membuat sesuatu (cth menguatkuasakan akses seseorang ibubapa tercerai ke anaknya).
Perkara 9 - pegangan dan agama
Perkara 9 memperuntukkan hak untuk kebebasan berfikir, pegangan dan kebebasan beragama. Ini turut merangkumi kebebasan menukar agama atau pegangan, untuk menuruti ajaran agama dalam penyembahan, pengajaran, amalan dan pematuhan tertahluk kepada beberapa batas-batas yang "berlunaskan undang-undang" dan "perlu dalam masyarakat demokratik".
Perkara 10 - ekspresi
Perkara 10 memperuntukkan hak kebebasan ekspresi tertahluk kepada beberapa batasan yang "berlunaskan undang-undang" dan "perlu dalam masyarakat demokratik". Hak ini termasuklah hak berpendapat, untuk menerima dan mengutarakan maklumat dan idea, tetapi membenarkan batasan untuk:
- keselamatan dalam negara
- integriti sempadan atau keselamatan awam
- pencegahan rusuhan atau jenayah
- perlindungan kesihatan atau moral-moral
- perlindungan reputasi atau hak orang lain
- pencegahan pembocoran maklumat sulit
- mengekalkan kuasa dan kesaksamaan kehakiman
Perkara 11 - perhimpunan
Perkara 11 melindungi hak kebebasan berhimpun dan berpersatuan, termasuk hak membentuk kesatuan pekerja tertahluk kepada beberapa batasan yang "berlunaskan undang-undang" dan "perlu dalam masyarakat demokratik".
Perkara 12 - perkahwinan
Perkara 12 memperuntukkan hak untuk lelaki dan wanita yang telah mencapai usia perkahwinan untuk berkahwin dan mendirikan rumahtangga.
Meskipun didesak beberapa kali, Mahkamah enggan memakai Perkara ini dalam perlindungan perkahwinan sejenis. Mahkamah telahpun memutuskan bahawa Perkara ini hanya beraplikasi dalam takrifan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
Perkara 13 - remedi efektif
Perkara 13 memperuntukkan hak remedi undang-undang yang efektif terhadap pihak-pihak berkuasa nasional untuk pencabulan hak di bawah Konvensyen. Ketidakbolehan mendapatkan remedi di hadapan mahkamah nasional untuk pelanggaran hak Konvensyen adalah secara sendirinya menjadi kausa tindakan di bawah Konvensyen tanpa perlu didasarkan pelanggaran hak yang lain.
Perkara 14 - diskriminasi
Perkara 14 melarang diskriminasi. Larangan ini mempunyai takrifan meluas dalam beberapa hal dan lebih sempit dalam hal yang lain. Ia meluas dalam maksud ia melarang diskriminasi dalam apa jua hal. Walaupun Perkara ini secara spesifiknya melarang diskriminasi didasarkan ciri-ciri "jantina, bangsa, warna kulit, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain, asal dan keturunan, kaitan dengan minoriti nasional, hartanah, kelahiran atau status lain", ciri-ciri yang tidak disenaraikan secara spesifik pun boleh dilindungi misalnya apabila Mahkamah mengambil tindakan melarang diskriminasi didasarkan haluan seksual.
Pada masa yang sama, perlindungan di bawah Perkara ini terhad dalam maksud ia hanya melindungi daripada diskriminasi didasarkan hak-hak di bawah Konvensyen ini. Oleh itu, pemohon perlu membuktikan diskriminasi dalam penggunaan hak yang dilindungi di bawah Konvensyen ini, sebagai contoh, diskriminasi berdasarkan jantina (Perkara 14) dalam penggunaan hak ekspresi (Perkara 10).
Protokol 12 melanjutkan larangan ini dalam pemakaiannya terhadap diskriminasi dalam apa jua hak, walaupun hak berkenaan tidak dilindungi di bawah Konvensyen, bersyarat ia wujud dalam undang-undang kebangsaan negara ahli yang berkenaan.
Perkara 15 - kelonggaran
Perkara 15 membenarkan negara-negara ahli kelonggaran dalam penggunaan sesetengah hak-hak yang dijamin di bawah Konvensyen ini semasa "peperangan atau apa-apa darurat awam yang mengancam keselamatan negara". Kelonggaran yang dibenarkan mestilah mematuhi syarat-syarat substantif berikut:
- adanya darurat awam yang mengancam keselamatan negara;
- sebarang tindakan yang diambil mestilah "amat perlu dalam keadaan tersebut", dan
- tindakan-tindakan yang diambil adalah bertepatan dengan obligasi-obligasi undang-undang antarabangsa negara ahli tersebut yang lain
Sebagai tambahan kepada syarat-syarat substantif tersebut, kelonggaran tersebut mestilah menepati tatacara yang dibenarkan. Mestilah adanya perisytiharan rasmi kelonggaran dan notis kelonggaran, apa-apa tindakan yang diambil dibawahnya, dan pengahkhiran kelonggaran mestilah diberitahu kepada Setiausaha Agung Majlis Eropah[15]
Perkara 16 - warga asing
Perkara 16 membenarkan negara-negara ahli membataskan aktiviti-aktiviti politik warga asing. Mahkamah telah memutuskan bahawa negara-negara anggota Kesatuan Eropah tidak boleh mengira rakyat sesama negara-negara anggota sebagai warga asing.[16]
Perkara 17 - penyalahgunaan hak
Perkara 17 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menggunakan hak yang dijamin dibawah Konvensyen ini untuk memansuhkan atau membataskan hak-hak lain dalam Konvensyen ini. Ini bertujuan menghalang negara-negara yang membataskan satu hak dalam nama mempertahankan satu lagi hak, atau apabila individu-individu menggunakan hak untuk memusnahkan hak-hak lain (sebagai contoh, menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk mengancam nyawa).
Perkara 18 - pembatasan-pembatasan yang dibenarkan
Perkara 18 memperuntukkan bahawa sebarang batasan terhadap hak yang diperuntukkan dalam Konvensyen hanyalah boleh digunakan untuk tujuan yang mana ia diwujudkan. Sebagai contoh, Perkara 5, yang menjamin kebebasan peribadi, boleh dibataskan untuk membawa seseorang ke hadapan hakim untuk perbicaraan. Penyalahgunaan batasan yang dibenarkan ini berlaku apabila tahanan pra-perbicaraan digunakan untuk mengancam seseorang dibawah preteks palsu dan oleh yang demikian adalah batasan kebebasan yang tidak digunakan untuk tujuan yang diwujudkan iaitu untuk dibawa ke hadapan hakim sekaligus melanggari Perkara 18.
Protokol-protokol Konvensyen
Semenjak bulan Januari 2010 terdapatnya lima belas protokol Konvensyen yang dibuka untuk tandatangan. Ini boleh dibahagikan menurut dua kumpunan: yang menukar mekanisme konvensyen, dan seterusnya yang meletakkan beberapa hak-hak baru sebagai menambah hak-hak dalam konvensyen. Yang pertama memerlukan ratifikasi dari semua negara anggota sebelum berkuatkuasa manakala yang kedua berkuatkuasa hanya antara negara-negara yang meratifikasikannya (lazimnya selepas beberapa negara-negara telah meratifikasikannya).
Protokol 1
Protokol ini mengandungi tiga hak berbeza yang negara-negara anggota tidak boleh meyetujui untuk diletakkan dalam Konvensyen itu sendirinya. Monaco dan Switzerland telah menandatangani protokol ini tetapi tidak pernah meratifikasikannya.[17]
Perkara 1 - hartanah
Perkara 1 mengandungi hak untuk menikmati secara aman kesemua hartanah yang dimiliki.
Perkara 2 - pendidikan
Perkara 2 memperuntukkan hak untuk tidak dinafikan daripada mendapat pendidikan dan hak untuk ibubapa mendidik anak masing-masing menurut pandangan agama dan pandangan-pandangan lain mereka. Ia tidaklah menjamin tahap atau kualiti pendidikan tertentu.[18]
Perkara 3 - pilihanraya
Perkara 3 memperuntukkan hak pilihanraya yang selalu, bebas dan adil.
Protokol 4 - pemenjaraan sivil, kebebasan pergerakan, pengusiran
Perkara 1 melarang pemenjaraan orang disebabkan pelanggaran kontrak. Perkara 2 memperuntukkan hak untuk bergerak secara bebas dalam sesuatu negara apabila tiba di negara berkenaan menurut undang-undang dan juga untuk hak meninggalkan mana jua negara. Perkara 3 melarang pengusiran rakyat dan memperuntukkan hak seseorang individu memasuki negara kewarganegaraannya. Perkara 4 melarang pengusiran secara kolektif warga asing.
Sepanyol, Turki dan United Kingdom telahpun menandatangani tetapi masih belum meratifikasi Protokol 4. Andorra, Greece dan Switzerland masih belum menandatangani mahupun meratifikasikan protokol ini.
Kegagalan United Kingdom meratifikasikan protokol ini adalah disebabkan kebimbangan interaksi antara Perkara 2 dan 3 dengan undang-undang kewarganegaraan British. Secara spesifiknya, beberapa jenis "kewarganegaraan British" (seperti Kewarganegaraan British (Seberang Laut)) tidak mempunyai hak bermastautin di United Kingdom dan tertahluk kepada kawalan imigresyen di sana. Pada tahun 2009 Kerajaan British menyatakan bahawa ia tidak akan meratifikasikan Protokol 4 disebabkan kebimbangan bahawa perkara-perkaranya boleh memberikan hak bermastautin di Britain.[19]
Protokol 6 - pembatasan hukuman mati
Mewajibkan negara-negara anggota membataskan pemakaian hukuman mati pada masa peperangan atau "ancaman peperangan".
Setiap negara-negara ahli Majlis Eropah telah menandatangani dan meratifikasi Protokol; 6, kecuali Rusia yang menandatangani tetapi tidak meratifikasi.[20]
Protokol 7 - jenayah dan keluarga
- Perkara 1 memperuntukkan hak untuk tatacara adil bagi warga asing yang hendak diusir.
- Perkara 2 memperuntukkan hak untuk merayu dalam perkara-perkara jenayah.
- Perkara 3 memperuntukkan hak pampasan gantirugi bagi mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan.
- Perkara 4 melarang perbicaraan semula seseorang yang telahpun disabit atau digugurkan kesalahannya. (Bahaya berganda).
- Perkara 5 memperuntukkan kesamarataan antara suami dan isteri.
Meskipun telah menandatangani protokol ini lebih 20 tahun lalu, Belgium, Jerman, Belanda dan Turki tidak pernah meratifikasikannya. Sepanyol yang telah menandatangani protokol ini pada tahun 1984 meratifikasikannya pada tahun 2009 dan menjadi negara terbaru meratifikasikan protokol ini. United Kingdom tidak menandatangai mahupun meratifikasikan protokol ini.[21]
Protokol 12 - diskriminasi
Mengaplikasikan takrifan diskriminasi seperti yang wujud dalam Perkara 14 Konvensyen dengan lebih meluas merangkumi sebarang hak dan kepada tindakan-tindakan dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak berkuasa awam.
Protokol ini berkuatkuasa pada 1 April 2005 dan sejak bulan Julai 2009 telahpun diratifikasikan 17 negara-negara ahli. Beberapa negara-negara angguta — iaitu Bulgaria, Denmark, Perancis, Lithuania, Malta, Monaco, Poland, Sweden, Switzerland dan United Kingdom — masih belum menandatangai protokol ini.[22]
Kerajaan United Kingdom enggan menandatangai Protokol 12 bersebabkan kepercayaan bahawa susunatur ayat protokol ini terlalu meluas dan akan menyebabkan kes-kes baru yang mendadak menguji keluasan provisi ini. Mereka percaya bahawa istilah "hak-hak yang dilindungi undang-undang" mungkin termasuk konvensyen-konvensyen antarabangsa yang mana UK tidak menanggotainya, dan sekaligus merangkumi instrumen-instrumen ini secara tidak langsung. Ia dicadangkan bahawa protokol ini adalah sejenis tangkapan-22 dimana Britain akan terus enggan menandatangani mahupun meratifikasi protokol ini sehingga Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah membincangkan maksud peruntukkan ini, manakala Mahkamah terhalang daripada melakukan sedemikian kerana negara-negara anggota terbesar Eropah — termasuk UK — enggan meratifikasikan protokol ini. Kerajaan British meskipun begitu mengakui bahawa "Konvensyen ini perlu mempunyai peruntukan menentang diskriminasi yang bediri bebas daripada cengkaman dasaran kepada hak-hak Konvensyen lain".[23] Penghakiman pertama mengenai pelanggaran Protokol No. 12 diwujudkan pada tahun 2009 — Sejdić dan Finci lwn Bosnia dan Herzegovina.
Protokol 13 - penghapusan secara menyeluruh hukuman mati
Memperuntukkan untuk penghapusan secara menyeluruh hukuman mati.[24] Kini majoriti negara-negara anggota Majlis Eropah telah meratifikasikan Protokol 13. Poland dan Armenia telah menandatangani tetapi belum meratifikasikan protokol ini, manakala Rusia dan Azerbaijan tidak menandatanganinya.[25]
Protokol-protokol tatacara dan institusi
Peruntukan-peruntukan Konvensyen ini yang berkait dengan tatacara dan institutsi-institusi telah dipinda beberapa kali melalui protokol. Pindaan-pindaan ini telah, dengan pengecualian Protokol 2, meminda teks konvensyen. Protokol 2 tidak meminda teks konvensyen secara langsung tetapi memperuntukkan bahawa ia hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripadanya. Kesemua protoko-protokol ini memerlukan ratifikasi daripada kesemua negara-negara anggota Majlis Eropah sebelum dapat berkuatkuasa.
- Protokol 11
Protokol-protokol 2, 3, 5, 8, 9 dan 10 kini digantikan oleh Protokol 11 yang berkuatkuasa pada 1 November 1998.[26] Ia mewujudkan perubahan fundamental dalam pengoperasian konvensyen. Ia menghapuskan Suruhanjaya dan membenarkan individu-individu memohon terus kepada Mahkamah, yang diberikan bidang kuasa wajib dan megubah struktur Mahkamah berkenaan. Sebelum ini negara-negara dibenarkan meratifikasi Konvensyen ini tanpa menerima bidang kuasa Mahkamah Hak Asasi Manusia. Protokol ini juga menghapuskan fungsi-fungsi kehakiman Jawatankuasa Menteri-Menteri.
- Protokol 14
Protokol 14 juga selari dengan Protokol 11 dalam menambahbaiki keberkesanan Mahkamah. Ia bertindak sebagai "penapis" kes-kes yang berkemungkinan tidak berjaya bersama dengan kes-kes yang serupa yang pernah dibawa menentang negara anggota yang sama terlebih dahulu. Tambahan pula, suatu kes tidak boleh dimulakan sekiranya pemohon tiada "kerugian ketara". Alasan ini hanya boleh digunakan apabila peneletian permohoan berdasarkan merit-meritnya tidak diperlukan dan apabila perihal permohonan berkenaan telahpun dipertimbangkan suatu mahkamah kebangsaan.
Mekanisme baru diperkenalkan oleh Protokol 14 untuk membantu menguatkuasakan penghakiman-penghakiman oleh Jawatankuasa Menteri-Menteri. Jawatankuasa ini boleh meminta Mahkamah untuk penafsiran penghakiman dan juga boleh membawa sesebuah negara anggota di hadapan Mahkamah disebabkan ketidakpatuhan negara berkenaan terhadap penghakiman lalu yang tidak berpihak kepadanya. Protokol 14 juga membenarkan Kesatuan Eropah sebagai satu badan kendiri menyertai Konvensyen ini. Ia telahpun diratifikasikan oleh kesemua negara-negara anggota Majlis Eropah dengan Rusia sebagai peratifikasi terahkir pada bulan Februari 2010. Ia berkuatkuasa pada 1 Jun 2010.[27]
Lihat juga
- Skop pemakaian Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia mengikut wilayah
- Hak asasi manusia di Eropah
- Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah
- Akta Hak Asasi Manusia 1998 berkenaan bagaimana Konvensyen ini dipakai di United Kingdom.
- Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah
- Hukuman mati di Eropah
Nota
- ^ The Council of Europe should not be confused with the Council of the European Union or the European Council. The European Union is not a party to the Convention and has no role in the administration of the European Court of Human Rights.
- ^ Resolution 1031 (1994) on the honouring of commitments entered into by member states when joining the Council of Europe
- ^ Ovey, Clare. The European Convention on Human Rights. Oxford University Press. m/s. 1–3. ISBN 9789199288106 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Report by Pierre-Henri Teitgen of France, submitted to the Consultative Assembly of the Council of Europe
- ^ Verbatim of the speech given by Pierre-Henri Teitgen when he presented his report to the Consultative Assembly of the Council of Europe
- ^ Recommendation 38 of the Consultative Assembly of the Council of Europe on 'Human rights and fundamental freedoms'
- ^ (1995) 21 EHRR 97
- ^ (1995) 21 EHRR 97 at para. 148
- ^ Jacobs & White, p. 56
- ^ Chahal v. United Kingdom (1997) 23 EHRR 413.
- ^ Chahal v. United Kingdom (1997) 23 EHRR 413; Soering v. United Kingdom (1989) 11 EHRR 439.
- ^ Ireland v. United Kingdom (1979-80) 2 EHRR 25.
- ^ Aksoy v. Turkey (1997) 23 EHRR 553. The process was referred to by the Court as "Palestinian hanging" but more commonly known as Strappado.
- ^ Selmouni v. France (2000) 29 EHRR 403 at para. 101.
- ^ Perkara 15(3).
- ^ Dalam kes Piermont lwn France 27 April 1995, 314 ECHR (siri A).
- ^ protocol signatory and ratification info, Council of Europe treaties office.
- ^ Lihat Kes linguistik Belgium.
- ^ http://www.publications.parliament.uk/pa/ld200809/ldhansrd/text/90115w0003.htm
- ^ Rusia menghapuskan hukuman mati.
- ^ "Protocol No. 7 to the Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms CETS No.: 117". conventions.coe.int. Council of Europe Treaty Office. 28 January 2012. Dicapai pada 28 January 2012.
- ^ Information on the current state of the protocol.
- ^ "2004 UK Government's position" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-02-25. Dicapai pada 2011-03-31.
- ^ "Protocol No. 13 to the Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms, concerning the abolition of the death penalty in all circumstances". Council of Europe. Dicapai pada 27 June 2008.
- ^ Treaty Office Website.
- ^ "List of the treaties coming from the subject-matter: Human Rights (Convention and Protocols only)". Dicapai pada 21 February 2009.
- ^ Protocol No. 14 to the Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms
Rujukan
- Ovey, Clare; White, Robin C. A. (2006). Jacobs & White: The European Convention on Human Rights (ed. 4th). Oxford University Press. ISBN 0-19-928810-0.
Pautan luar
- (Inggeris) Teks penuh Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
- (Inggeris) Simpanan alasan penghakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg
- (Inggeris) Senarai kesemua triti dan protokol Eropah
- (Inggeris) Status terkini Protokol 12
- (Inggeris) Status terkini Protokol 14
- (Inggeris) Indeks penapisan
- CS1 errors: ISBN
- Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
- Instrumen Hak Asasi Manusia
- Konvensyen-konvensyen Majlis Eropah
- Hak asasi manusia
- Perjanjian dibuka pada 1950
- Perjanjian berkuatkuasa pada 1953
- Perjanjian Albania
- Perjanjian Andorra
- Perjanjian Armenia
- Perjanjian Austria
- Perjanjian Azerbaijan
- Perjanjian Belgium
- Perjanjian Bosnia dan Herzegovina
- Perjanjian Bulgaria
- Perjanjian Croatia
- Perjanjian Cyprus
- Perjanjian Republik Czech
- Perjanjian Denmark
- Perjanjian Estonia
- Perjanjian Finland
- Perjanjian Perancis
- Perjanjian Georgia
- Perjanjian Jerman Barat
- Perjanjian Yunani
- Perjanjian Hungary
- Perjanjian Iceland
- Perjanjian Ireland
- Perjanjian Itali
- Perjanjian Latvia
- Perjanjian Liechtenstein
- Perjanjian Lithuania
- Perjanjian Luxembourg
- Perjanjian Malta
- Perjanjian Moldova
- Perjanjian Monaco
- Perjanjian Montenegro
- Perjanjian Belanda
- Perjanjian Norway
- Perjanjian Poland
- Perjanjian Portugal
- Perjanjian Romania
- Perjanjian Rusia
- Perjanjian San Marino
- Perjanjian Serbia dan Montenegro
- Perjanjian Slovakia
- Perjanjian Slovenia
- Perjanjian Sepanyol
- Perjanjian Sweden
- Perjanjian Switzerland
- Perjanjian Makedonia Utara
- Perjanjian Turki
- Perjanjian Ukraine
- Perjanjian United Kingdom