| Dinasti Muradid | |
|---|---|
| Negara | Tunisia Uthmaniyyah |
| Gelaran | Bey |
| Diasaskan | 1613 |
| Pengasas | Murad I |
| Pemerintah terakhir | Murad III |
| Penggulingan | 1702 |
Dinasti Muradid adalah sebuah dinasti para bey yang telah memerintah Tunisia bermula pada tahun 1613 sehingga 1702.[1][2][3] Ia telah digantikan pada tahun 1705 oleh dinasti Husainid.
Sejarah
Dinasti ini telah diasaskan oleh Murad I Bey, seorang janissari yang berketurunan Corsica.[4][5] Ramdan Bey, pemerintah Tunis, telah menjaga Murad sejak zaman muda beliau.[2] Selepas kematian Ramdan pada tahun 1613, Murad kemudian mengikuti jejak langkah penjaga beliau dengan bekerja di pejabat Bey, yang mana beliau laksanakan dengan efektif sehingga tahun 1631. Akhirnya beliau dilantik sebagai seorang Pasha oleh sultan Uthmaniyyah[6] meskipun kedudukan beliau sebagai seorang Bey kekal berada di bawah pangkat Dey. Beliau kemudian meletak jawatan[7](m/s.14) dan anak lelaki beliau Hamuda Bey (memerintah 1631–1666) mewarisi kedua-dua jawatan, dengan sokongan para bangsawan tempatan di Tunis. Berdasarkan gelaran beliau sebagai seorang Pasha, Bey menikmati keistimewaan hubungan dengan Sultan-Khalifah di Constantinople. Pada tahun 1640, semasa kematian Dey, Hamuda Bey mengambil kesempatan untuk mewujudkan kawalan ke atas semua lantikan di pejabat.
Di bawah Murad II Bey (memerintah pada 1666 – 1675), anak lelaki kepada Hamuda, Diwan sekali lagi berfungsi sebagai majlis para bangsawan. Bagaimanapun pada tahun 1673 para dey janissari, melihat kuasa mereka berkurangan, bangkit untuk memberontak. Sepanjang tempoh pertempuran, pasukan tentera urban di bawah pada dey janissari menentang tentera Muradid di mana sebagaian besar pasukan tentera luar bandar mereka di bawah kekuasaan para syeik puak, dan dengan sokongan popular di bandar daripada para bangsawan. Apabila para Bey mendapat kemenangan, begitu juga dengan Bedouin luar kota dan para bangsawan Tunisia, yang memperoleh kemenangan. Bahasa Arab kembali digunakan dalam pejabat tempatan, bagaimanapun Muradid terus menggunakan bahasa Turki dalam kerajaan pusat, menampak status elit mereka dan hubungan dengan Uthmaniyyah.[perlu rujukan]
Semasa kematian Murad II Bey, pertikaian dalaman dalam keluarga Muradid mencetuskan pergolakan bersenjata,[7] yang dikenali sebagai Revolusi Tunis. Zaman kekacauan ini berlangsung pada permukaan kematian Murad II Bey pada tahun 1675 sehingga rampasan kuasa Husainid Al-Husayn I ibn Ali at-Turki pada tahun 1705.[8] The Turkish rulers of Algeria intervened on behalf of one side in the conflict; the Algerian forces did not withdraw and proved unpopular. Muradid Bey terakhir, Murad III, telah dibunuh pada tahun 1702 oleh Ibrahim Sharif, yang kemudian memerintah untuk beberapa tahun dengan sokongan Algeria.[perlu rujukan]
Pemerintah dinasti Muradid
| No. | Nama pemerintah | Pemerintahan bermula | Pemerintahan berakhir |
|---|---|---|---|
| 1. | Murad I | 1613 | 1631 |
| 2. | Hammuda Bey | 1631 | 1666 |
| 3. | Murad II Bey | 1666 | 1675 |
| 4. | Mohamed Bey | 1675 | 1696 |
| 5. | Ramadan bey | 1696 | 1699 |
| 6. | Murad III Bey | 1699 | 1702 |
| 7. | Ibrahim Sharif of | 1702 | 1705 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Tunisie : Histoire - LAROUSSE".
- ^ a b Abun-Nasr, Jamil (1987). A history of the Maghrib in the Islamic period. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 168–179. ISBN 0521337674.
- ^ Masri, Safwan M. (2017). Tunisia: An Arab Anomaly (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. ISBN 978-0-231-54502-0.
- ^ Arnold, Felix (2017). Islamic Palace Architecture in the Western Mediterranean: A History. Oxford University Press. m/s. 300. ISBN 9780190624552.
- ^ Perkins, Kenneth J. (2016). Historical Dictionary of Tunisia (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield. m/s. 176. ISBN 978-1-4422-7318-4.
- ^ Philip Naylor, Historical Dictionary of Algeria, Scarecrow Press, 2006 p.432
- ^ a b Revault, Jacques (1967). Palais et demeures de Tunis (XVIe et XVIIe siècles). Études d'Antiquités africaines. 1. Dicapai pada 1 May 2017.
- ^ Kessler, P L. "Kingdoms of North Africa - Tunisia". www.historyfiles.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-14.
Pautan luar
Kategori berkaitan Muradid dynasty di Wikimedia Commons








