Didi & Friends The Movie | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis |
|
Lakon layar |
|
Cerita oleh | Khairul Ammar Jamal |
Berdasarkan | Didi & Friends oleh Sinan Ismail & Zainul Wahab |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Saiful Ridzuan Sharafuddin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 6 juta |
Pecah panggung | RM 8.1 juta |
Didi & Friends The Movie (tajuk asal: Didi & Friends The Movie - Legenda Muzika[1]) ialah filem pengembaraan muzikal animasi Malaysia 2023 terbitan bersama Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).[2][3] Diarahkan bersama oleh Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin, ia ditulis oleh Roshfaizal, Sumie Azil dan Akmal Aziz dan berdasarkan daripada francais Didi & Friends. Ia menampilkan lakonan suara oleh Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri dan turut menampilkan Awie, Amelia Henderson, W.A.R.I.S dan Ruminah Sidek.[4]
Ia mengisahkan tentang tiga sekawan — Didi, Jojo dan Nana diberi tugas oleh Pak Atan untuk menganjurkan Konsert Hora Horey di Pekan Horey. Ketika semua persiapan kelihatannya berjalan lancar, tiba-tiba timbul masalah melibatkan Pak Beruang, menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang terpaksa mengembara ke Pulau Legenda untuk mencari penawar. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 23 Februari 2023,[5][6] menerima ulasan positif daripada pengkritik dan telah memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM8.195 juta di Malaysia dan Singapura.[7]
Sinopsis
Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?
Pelakon suara
- Nur Insyeerah sebagai Didi
- Adilia Myra sebagai Nana
- Adam Muqri sebagai Jojo
- Dato’ Awie sebagai Tok Chip
- W.A.R.I.S sebagai Torra
- Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Kura
- Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
- Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang
- Hael Husaini sebagai Pak Beruang pada akhir filem
Penerbitan
Pembangunan
Idea untuk penerbitan filem Didi & Friends telah lama dirancang.[8][9] Pada 13 Ogos 2018, New Straits Times melaporkan bahawa Digital Durian sedang menjalani proses pra-penerbitan filem ini dengan tajuk asalnya ialah Didi the Movie dan dijangka untuk tayangan pada 2020.[10] Akan tetapi, CEO Digital Durian, Sinan Ismail mengumumkan pada Disember 2021 bahawa Digital Durian telah melepaskan hak pemilikannya terhadap francais tersebut dan menjualnya kepada studio animasi baharu, Warnakala Studios yang diasaskan oleh bekas pengasas bersama Digital Durian, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.[11][12] Meskipun francais itu telah bertukar hak milik, penerbitan filem Didi & Friends The Movie tetap diteruskan.
Pengasas dan CEO Digital Durian, Sinan dalam satu temubual bersama The Star pada Februari 2023 berkata: "Ketika kami memulakan Didi & Friends, anak saya berusia setahun [...] Ramai kanak-kanak membesar dengan menonton Didi & Friends, jadi menjadi impian kami untuk menghasilkan filem". Menurut Sinan, filem ini ialah "hadiah daripada kami kepada jutaan peminat Didi & Friends yang telah menyokong kami selama 11 tahun".[8] Pengasas dan CEO Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan berkata Didi & Friends The Movie diberikan sentuhan baharu dari segi tekstur, reka bentuk, pemodelan, animasi, warna tema dan aspek teknikal yang lain berbanding dengan siri televisyennya.[8] Kos pembikinan dianggarkan berjumlah RM6 juta.[13]
Untuk filem ini, hidupan liar hampir pupus diangkat sebagai tanda sokongan terhadap pelestarian hidupan liar yang mana sebahagian watak direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, burung enggang dan badak sumbu.[14]
Ia juga mencatat lembaran sejarah apabila menjadi filem animasi Malaysia yang pertama menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya (Reprise) termasuk Hora Horey Instrumental.
Pemilihan pelakon
Nur Insyeerah, Adilia Myra dan Adam Muqri meminjamkan kembali suara mereka untuk watak Didi, Nana dan Jojo.[8]
Penyanyi dan pelakon, Awie menyumbangkan suaranya untuk watak Tok Chip. Menurut Awie, beliau menerima tawaran untuk terbabit dalam projek filem animasi itu khas untuk anak keenamnya, Putra Ahmad Andeeka. Ditanya mengenai wataknya dalam Didi & Friends The Movie, Awie berkata: "Saya juga berusaha untuk menjiwai watak Tok Chip dengan hanya menggambarkan saja watak itu dari lukisan yang disediakan". Menurutnya, selain meminjamkan suara, beliau turut menyanyi untuk filem animasi ini. Didi & Friends The Movie menandakan kali kedua beliau terlibat dalam filem animasi.[15][16]
Pelakon, Amelia Henderson menyumbangkan suaranya untuk watak Kapten Zee. Amelia mengakui watak Kapten Zee banyak memiliki persamaan dengan dirinya sambil menyifatkan "ia memang berlaku kerana dia [Kapten Zee] macam saya".[17] Selain menyumbangkan suara, Amelia turut menyanyi rap dalam filem ini.[18]
Turut meminjamkan suara ialah penyanyi rap, W.A.R.I.S sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.[19]
Muzik
Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) terlibat dalam pembikinan lagu dalam muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO dan DFP termasuk sebuah lagu instrumental. Kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam Didi & Friends The Movie dicipta oleh pengarah muzik filem ini yang juga bekas vokalis kumpulan Seven Collar T-Shirt, Saiful Ridzuan Sharafuddin.[19]
Hael Husaini menyumbangkan lagu bertajuk "Luar Biasa" yang digubah sendiri olehnya.[20] Turut dimuatkan ialah lagu "Kembali Bersama" yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh ahli kumpulan ini, Shah.
Runut bunyi
Berikut merupakan senarai runut bunyi daripada album Didi & Friends.
Didi & Friends (From Didi & Friends The Movie Original Soundtrack) | |
---|---|
Runut bunyi oleh | |
Dilancarkan pada | 27 Januari 2023 |
Dirakamkan pada | 2022 |
Tempat | Dewan Filharmonik Petronas |
Panjang | 29:25 |
Syarikat | Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd |
Pengedar | Universal Music Malaysia Sdn Bhd |
sunting · sunting di Wikidata |
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Hora Horey" (performed by Nur Insyeerah, Adam Muqri, Adilia Myra & Voice actors Didi & Friends) | 2:53 | ||||||||
2. | "Percaya" (performed by Nur Insyeerah Ahmad Shahir & Khairul Ammar) | 3:03 | ||||||||
3. | "Kapten Zee Dan Krew" (performed by Amelia Henderson & Didi & Friends) | 2:38 | ||||||||
4. | "Lagu Manet" | 1:17 | ||||||||
5. | "Torra Torra" (performed by W.A.R.I.S & Senja) | 2:53 | ||||||||
6. | "Kembali Bersama" (performed by Modescape) | 3:22 | ||||||||
7. | "Irama Dan Lagu" (performed by Dato' Awie, Nur Insyeerah & Adam Muqri) | 2:20 | ||||||||
8. | "Percaya (Reprise)" (performed by Nur Insyeerah, Adam Muqri & Adilia Myra) | 3:50 | ||||||||
9. | "Hora Horey Konsert" (performed by Nur Insyeerah, Adam Muqri & Adilia Myra) | 1:45 | ||||||||
10. | "Luar Biasa" (performed by Hael Husaini) | 3:28 | ||||||||
11. | "Hora Horey - Instrumental" (performed by Nur Insyeerah, Adam Muqri & Adilia Myra) | 1:52 | ||||||||
Jumlah masa: 29:25 |
Single
- "Kembali Bersama" nyanyian kumpulan Modescape. Single ini ditulis dan diterbitkan oleh Arez Adnan dan kumpulan Modescape. Single ini boleh distrim di Spotify dan YouTube
- "Luar Biasa" nyanyian dan ditulis oleh Hael Husaini sendiri tanpa bantuan sahabat beliau, Ezra Kong dan diterbitkan oleh Jee. Single ini juga boleh distrim di Spotify dan YouTube
Keluaran
Tayangan
Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 19 Januari 2023 di saluran YouTube rasmi Astro Shaw, Astro Gempak dan saluran rasmi Didi & Friends.[21][22] Video acah filem ini yang menampilkan kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikeluarkan pada 28 Disember 2022 dan telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton.[23]
Didi & Friends The Movie ditayangkan pada 23 Februari 2023 di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.[19][24][25] Filem ini ditayangkan di Singapura pada 20 April 2023, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Promosi
Bagi mempromosikan filem ini, satu jelajah jalan telah diadakan pada 24, 25, dan 26 Februari di pawagam terpilih di Utara dan Selatan; 3, 4 dan 5 Mac di pawagam di Pantai Timur dan di Lembah Klang pada 10,11 dan 12 Mac.[26][27]
Sambutan
Kutipan
Didi & Friends The Movie berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.1 juta dalam tempoh dua hari selepas tayangan perdana rasminya.[28][29] Kutipan terus meningkat sebanyak RM5 juta dalam tempoh 10 hari selepas ditayangkan.[30] Selepas lebih 3 minggu ditayangkan, filem ini berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta.[31]
Ulasan kritis
Filem ini menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik filem. Mohd Haikal Isa, menulis untuk Kosmo! memuji filem ini dengan berpendapat naratif dan plotnya "mudah".[3]
Ahmad Faez dari The Rakyat Post dalam ulasannya mengenai filem ini berpendapat visual yang dipaparkan memiliki "banyak kemajuan" dengan "muzik latar yang begitu menarik".[7]
Fahim Zahar dari Aksiz menyifatkan filem ini "adalah satu lagi filem AniMy (Animasi Malaysia) yang akan mencipta sejarah".[32]
Portal filem, Sembang Filem memberikan penarafan 5 bintang secara keseluruhan untuk filem ini dan mengulas: "Didi & Friends The Movie ternyata agak lari dari kebiasaan, sesuatu yang tak dijangka dan mempunyai putar belit tersendiri sehingga mampu menjentik rasa dan naluri sesiapa yang menontonnya".[33]
Syafiqah Jalal dari Astro Gempak menyifatkan wajah baharu Didi, Nana dan Jojo dalam filem ini "lebih matang".[14]
Trivia
- Tajuk asal bagi filem ini ialah Didi & Friends The Movie - Legenda Muzika[1] menurut pengarah filem ini, Akmal Aziz Asmawi. Walau bagaimanapun, tajuk tersebut tidak digunakan kerana terlalu panjang dan ejaan Legenda di mana lazimnya ramai yang keliru sama ada ia 'Legenda' atau 'Lagenda'. Tajuk tersebut boleh dilihat di laman web box office FINAS.[34]
- Filem ini ditayangkan bersama-sama ImagiNur arahan Nik Amir Mustapha menyaksikan filem dengan dua genre berbeza bertembung pada satu tarikh yang sama (23 Februari 2023) sempena cuti sekolah. Kedua-dua filem ini mendapat sambutan baik di pasaran dengan jumlah kumulatif kedua-dua filem ini bergabung berjumlah RM14.177 juta (RM6.033 juta daripada ImagiNur, RM8.144 juta daripada Didi & Friends The Movie)
- WAU Animation, syarikat yang terkenal melalui siri animasi Ejen Ali membantu dalam penerbitan filem ini melalui skrip dan papan cerita.
- Di rumah Didi, terdapat 3 poster yang merupakan poster "The Beagles" diinspirasikan daripada kumpulan The Beatles yang berjalan di Jalan Abbey (Abbey Road), "David Crowie" pula daripada penyanyi UK, David Bowie dan "Rock n Roll" beserta gaya tangan rock. [35]
- 'Omar & Hana' terbitan Digital Durian telah disebut pada filem ini menerusi Tok Chip lakonan suara Dato' Awie kerana tertukar nama dengan Nana dan Jojo
- Terdapat beberapa rujukan kedai-kedia mewah di Bandar Skyway (Skyway City) seperti "BOHH" (dialek Kelantan dan Terengganu, asalnya 'boh') merujuk kepada kedai BOSS, Pavillion ditambah beberapa huruf menjadi "Pavililyon", "Rahman" merujuk kepada kedai pengeluar jam tangan premium Rolex dan banyak lagi
- Hael Husaini membuat kemunculan pada akhir filem dengan memegang watak suara Pak Beruang yang asalnya disuarakan oleh salah satu pengarah filem ini, Akmal Aziz Asmawi kerana meminum air daripada bahan-bahan semulajadi yang dipetik oleh Pak Atan semasa berhenti dalam perjalanan ke Pulau Legenda.
- Terdapat beberapa adegan di sebalik tabir ditunjukkan di YouTube dan TikTok menyatakan bahawa filem ini merupakan satu filem di mana para pelakon animasi melakonkan filem seakan-akan dalam filem sebenar seperti filem-filem animasi Disney[36]
- Didi mempromosikan filem Polis EVO 3 yang merupakan filem terbitan utama Astro Shaw juga apabila melakukan Scene 12 Take 3. Didi menyanyikan lagu "Percaya" nyanyian sendiri pelakon suara Didi, Nur Insyeerah Ahmad Shahir dan pelakon suara Pak Atan, Khairul Ammar Jamal (dikreditkan Khairul Ammar) di rumahnya kemudian bertukar arah kepada nyanyian lagu "Sang Saka Biru" bahagian SonaOne yang merupakan komposer lagu tersebut beserta bunyi instrumen "EVO" juga komposer oleh SonaOne. Terdapat poster tertera di dinding rumah Didi dengan bertulis Polis Evo 3 Coming Soon In Cinemas bersama logo rasmi Polis EVO 3 bersebelahan poster "The Beagles".[37] Teaser filem tersebut dikeularkan pada 16 Mac 2023, dua minggu selepas acahan tersebut di saluran rasmi YouTube Astro Shaw[38] manakala tayangan penuh filem ini di pawagam pada 25 Mei 2023. Penerbit filem ini, Hairul Sofian memuat naik satu gambar beliau bersama Dato' Yusof Haslam untuk mengucapkan tahniah kepada Skop Productions atas pengeluaran filem tersebut[39]. Walau bagaimanapun, filem tersebut memintas filem ini dalam masa 3 hari sahaja (lebih RM10 juta) menurut TGV Cinemas, salah satu produksi filem tersebut juga[40]
Rujukan
- ^ a b @akazkucha (22 Ogos 2023). "Trivia: Tajuk asal filem kami sebenarnya Didi & Friends The Movie - Legenda Muzika. Sesuai dengan kembara Didi, Nana & Jojo memasuki dunia Muzika demi mencari Pulau Legenda. Walaupun kami suka sangat tajuk ni, tapi ada sebab kami tak gunakannya. 1/4 #didiandfriendsthemovie" (Twit). Dicapai pada 9 September 2023 – melalui Twitter.
- ^ "Didi & Friends The Movie animasi luar biasa, penuh keseronokan untuk seisi keluarga". Astro Awani. 16 Februari 2023. Dicapai pada 26 Februari 2023.
- ^ a b Mohd Haikal Isa (9 Mac 2023). "Berhabuk mata tengok Didi & Friends The Movie". Kosmo!. Dicapai pada 20 Mac 2023.
- ^ "Giliran animasi popular Didi & Friends beri kejutan di pawagam 23 Februari ini". Utusan Borneo. 25 Januari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Budiey (21 Januari 2023). "Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "DIDI & FRIENDS THE MOVIE ANIMASI LUAR BIASA & PENUH DENGAN KESERONOKAN UNTUK TONTONAN SEISI KELUARGA". Farhana Jafri. 20 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ a b Ahmad Faez (16 Februari 2023). "[Review] Didi & Friends The Movie Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak Tapi Semua Peringkat Umur". The Rakyat Post. Dicapai pada 20 Mac 2023.
- ^ a b c d Mumtaj Begum (27 Februari 2023). "Popular animated characters Didi, Nana and Jojo get an upgrade in 'Didi & Friends The Movie'" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak, Peminat Teruja Dengan Rupa Terkini Didi & Friends". The Vocket. 20 Januari 2023. Dicapai pada 26 April 2020.
- ^ Nur Zarina Othman (13 Ogos 2018). "Winning the hearts of children" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ Zeanaaima Mohd Yusof (1 Disember 2021). "Selamat tinggal 'Didi & Friends', selamat datang 'Little Ammar'". Free Malaysia Today. Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ Izwan Isa (14 Disember 2021). "Didi & Friends Kini Diterajui Oleh Warnakala Studios". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Oktober 2022.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (24 Januari 2023). "Filem Didi & Friends makan kos RM6 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ a b Syafiqah Jalal (22 Februari 2023). "Tampil Artis Terkenal, 11 Lagu Baharu, Jalan Cerita 'Touching'- Ini 5 Sebab Didi & Friends The Movie Filem Wajib Untuk Seisi Keluarga!". Astro Gempak. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ Ramlah Zainal (19 Januari 2023). "Pembabitan Awie dalam Didi & Friends The Movie hadiah buat Putra". Harian Metro. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Januari 2023). "Awie pinjamkan suara kerana anak-anak". Berita Harian. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Marcus Lee (2 Mac 2023). "We Spoke to Amelia Henderson About Didi & Friends the Movie and Her Role As Captain Zee" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Amelia Henderson menyanyi, rap dalam "Didi & Friends The Movie"". Miss Mynah. 17 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ a b c "DIDI & FRIENDS THE MOVIE PENGEMBARAAN MUZIKAL ORKESTRA YANG MENGHIBURKAN". Ruby.my. 18 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Rubini Nagarajah (20 Februari 2023). "'Didi & Friends The Movie' Hadiah Buat Penyokong Sejak 11 Tahun Lalu - Hael Husaini Pinjam Suara Watak Pak Beruang". Getaran. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Trailer Rasmi Didi & Friends The Movie Didedah, Masuk Pawagam Bermula 23 Feb Ini". Siakap Keli. 19 Januari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Farizul Izwany Ibrahim (19 Januari 2023). "Trailer 'Didi & Friends The Movie', Reaksi Awal Seperti Ibu Bapa Pula Lebih Excited Dari Anak". Maskulin. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Banyak Kejutan, Didi & Friends The Movie Janjikan Animasi Hebat". Getaran. 24 Januari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Didi & Friends The Movie Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 23 Februari 2023". Kakimuvee. 29 Disember 2022. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ Rajwin Paul Singh (20 Februari 2023). "DIDI & FRIENDS THE MOVIE MAKES ITS WAY TO 155 CINEMAS ACROSS MALAYSIA AND BRUNEI" (dalam bahasa Inggeris). Kr8tif Express. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik". Sinar Harian. 17 Februari 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "DIDI & FRIENDS THE MOVIE ANIMASI LUAR BIASA & PENUH DENGAN KESERONOKAN UNTUK TONTONAN SEISI KELUARGA". Femag Online. 17 Februari 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ Syafiqah Jalal (25 Februari 2023). "Didi & Friends The Movie Berjaya Kutip RM1.1 Juta Dalam Masa 2 Hari Tayangan!". Astro Gempak. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ "Didi & Friends The Movie berjaya kutip RM1.1 juta selepas 2 hari tayangan". Berita Mediacorp. 26 Februari 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ ""Yes Aku Salah Seorang Yang Pergi Tengok Walaupun Umur Dah 22 Tahun!"- Didi & Friends The Movie Kini Sudah Kutip RM5 Juta!". Astro Gempak. 6 Mac 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ ""Didi & Friends The Movie", "Imaginur" raih kutipan pecah panggung". Miss Mynah. 20 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ Fahim Zahr (21 Februari 2023). "Ulasan Didi And Friends The Movie". Aksiz. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Review Filem Didi & Friends The Movie (2023) - Tepat Untuk Cuti Sekolah!". Sembang Filem. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Malaysian Box Office - 2023". FINAS. Dicapai pada 9 September 2023.
- ^ "Didi & Friends The Movie - Teaser - Di pawagam 23 FEBRUARI 2023". YouTube. Astro Shaw. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ "Di Sebalik Tabir I Didi Skate I Didi & Friends The Movie". YouTube. Didi & Friends - Lagu Kanak Kanak. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ "Didi & Friends x Polis Evo 3? Kini Di Pawagam!". YouTube. Astro Shaw. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ "POLIS EVO 3 - OFFICIAL TEASER (DI PAWAGAM MEI 2023)". YouTube. Astro Shaw. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ "Bergambar dengan Datuk Yusof Haslam. Seseorang yang legend dalam filem industri yg saya kagumi dengan semua movie die dan yang terbaru tahniah Skop Production atas new filem mereka Polis Evo 3 yang akan ditayangkan esok". Facebook. Hairul Sofian. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ TGV Cinemas. "INI SEMUA GILA!!! KORANG RAKYAT MALAYSIA MEMANG GILA!!! 🔥🔥🔥 Nak tahu kenapa? Jangan buang masa, beli tiket #PolisEvo3 dan #TontondiTGV SEKARANG! YA, SEKARANG!!! 🎟️ bit.ly/TGV-PE3". Facebook. Dicapai pada 4 Ogos 2023.