Jinggo - Hikayat Si Pemburu | |
Genre | Pengembaraan, Fiksyen sains, Komedi |
---|---|
Novel grafik | |
Jinggo | |
Ilustrasi | Kenny Chua |
Penerbit | Kumpulan Art Square |
Demografik | Remaja lelaki |
Majalah Asal | Gempak |
Terbitan | 1998 |
Jilid | 3 |
Novel grafik | |
Jinggo Eksplorasi | |
Ilustrasi | Puppeteer |
Penerbit | Kumpulan Art Square |
Demografik | Remaja lelaki |
Majalah Asal | Gempak |
Terbitan | September 2008 |
Jilid | 1 |
Anime | |
The Animated Siries: Jinggo | |
Studio | Backbone Entertaiment |
Penyiaran Asal | TV2 |
Dikeluarkan pada | 18 Julai 2014 – kini |
Jinggo - Hikayat Si Pemburu atau lebih dikenali sebagai Jinggo adalah sebuah novel grafik daripada pelukis komik Kenny Chua. Sirinya bermula dalam Gempak sejak tahun 1998 lagi. Komik ini mula dijilidkan pada tahun 2001. Pada ulang tahun ke-7 komik ini, Kenny menampilkan sebuah lagi novel grafik berkaitan iaitu "Jinggo Concluded" yang merupakan jilid yang terakhir dengan penamat tambahan yang bertajuk "Deus Ex Machina". Pada tahun 2013, kesemua jilid Jinggo telah dikompilasikan sempena ulang tahun ke-15 yang bertajuk "Kompilasi Jubli 15: Jinggo". Novel grafik ini mengisahkan tentang pengembaraan Jinggo dan anak kapalnya yang merupakan pemburu ganjaran yang sentiasa mencari 'kontrak besar' untuk meneruskan hidup mereka.
Versi animasi 3D telah dihasilkan oleh studio Backbone Entertaiment dengan kerjasama GempakStarz akan menayangkan 26 episod berdurasi 11 minit di TV2. Animasi ini disiarkan setiap hari Jumaat pukul 10 pagi bermula pada 18 Julai 2014.
Jinggo Eksplorasi adalah karya yang ditulis dan dilukis oleh Puppeteer.
Sinopsis
Novel grafik
Jinggo dan anak kapalnya yang merupakan pemburu ganjaran yang sentiasa mencari yang 'kontrak besar' untuk meneruskan hidup mereka. Disebabkan mereka mempunyai kaedah pelik dan tidak ortodoks, mereka sentiasa mendapat pekerjaan pelik – hal ini menyebabkan ramai pemburu ganjaran yang lain tidak mampu menangani masalah ini. Dari makhluk asing membuli lembu sehingga ikan duyung dalam kesusahan, Jinggo dan krewnya sentiasa menawarkan 'ganjaran hebat' untuk masalah mereka, tetapi jika terdapat perkara yang menyebabkan rancangan itu rosak, ganjarannya pun akan 'rosak'.
Animasi
Jinggo adalah protagonis utama siri animasi tersebut. Beliau adalah seorang penembak tepat dari Pasukan Khas Negara. Sering keliru dengan konsep dan gagal melalui apa-apa hal dia akan diberi. Alat yang dicipta oleh apa yang dipanggil "Genius", Dr. No sering menganggapnya sebuah alat yang tidak berguna. Sikap panas kepala dan kesilapan kekok yag menyeksakan berkaitan dengan persekitaran dan persekitaran semasa sentiasa membawa dia ke dalam bahaya, tetapi dia sentiasa keluar dari masalah melalui alat daripada Dr. No, pembantu-pembantu Jinggo (Joned dan Kido), atau nasib baik.
Media
Novel grafik
Ditulis dan dilukis oleh Kenny Chua telah disirikan dalam majalah Gempak sejak 1998 lagi. Komik ini mula dijilidkan pada tahun 2001, versi Inggeris pada Oktober 2008 dan Mandarin pada November 2008. Jilid kedua yang bertajuk "Jinggo Replay telah diterbitkan dalam Bahasa Melayu (tarikh penjilidan tidak dinyatakan) dan Bahasa Mandarin pada April 2009. Jilid ketiga diterbitkan pada 25 Mei 2005 sempena ulang tahun yang ke-7 siri ini beserta menampilkan penamat tambahan yang bertajuk "Deus Ex Machina" dan komentari dari Kenny. Jilid 3 versi Bahasa Mandarin diterbitkan pada Julai 2009. Pada tahun 2013, kesemua jilid Jinggo telah dikompilasikan sempena ulang tahun ke-15 yang bertajuk "Kompilasi Jubli 15: Jinggo". Kompilasi ini menampilkan 8 muka surat komik sisipan istimewa dan 10 muka surat lakaran konsep animasi yang belum pernah diterbitkan.
Jinggo Eksplorasi adalah karya yang ditulis dan dilukis oleh Puppeteer.
Animasi
Backbone Entertaiment dengan kerjasama Gempak telah mengadaptasikan novel grafik Jinggo kepada animasi 3D Bahasa Inggeris yang juga bertajuk Jinggo. Animasi ini telah disiarkan di TV2 pada 18 Julai 2014. Studio Backbone telah menghasilkan 26 episod berdurasi 11 minit yang telah disiarkan setiap hari Jumaat pukul 10 pagi.
Muzik
Lagu tema bagi siri animasi ini dinyanyikan oleh Iqmal dalam versi Bahasa Inggeris.
Pencapaian
Novel grafik
- Pada tahun 2001 komik ini telah memenangi Anugerah Kartun Tanah Air Perpustakaan Negara.
- Pemenang Special Prize Multi Frames - Humor Comic Series OACC Beijing, 2004.
Rujukan
- "Komik Kenny Chua". Dicapai pada 19 Julai 2014.
- "JINGGO : theme song". Backbone Entertaiment. Dicapai pada 19 Julai 2014.
- "About Jinggo". Dicapai pada 19 Julai 2014.