Defective by Design adalah inisiatif anti-pengurusan sekatan digital oleh Yayasan Perisian Bebas. Teknologi DRM menyekatkan kebolehan pengguna menggunakan filem, muzik, penulisan dan perisian dibeli secara bebas, dalam jalan mereka yang digunakan, dengan media yang tidak disekatkan.
Falsafah inisiatif Defective by Design ialah DRM (Pengurusan hak digital juga dipanggil Pengurusan sekatan digital) direkakan rosak secara sengaja, untuk menyekat penggunaan produk. Ini, yang didakwa mereka, menyebabkan kebebasan digital masa depan lumpuh. Kumpulan itu mengarahkan kepada "Media Besar, pengilang-pengilang tidak dapat membantu, dan pengedar DRM" dan untuk membawa kesedaran awam kepada isu tersebut dan menaikkan penyertaan dalam inisiatif. Ia mewakili satu daripada usaha-usaha pertama Yayasan Perisian Bebas untuk mencari punca sama dengan aktivis sosial aliran utama. Mengikut akhir tahun 2006, kempen ini telah didakwa mempunyai lebih 12,000 ahli-ahli yang didaftarkan.
Istilah Inggeris defective by design (Rosak mengikut reka bentuk) yang digunakan oleh penguji beta yang susah hati tentang bagaimana pepijat dalam perisian beta yang diselesaikan pengurus ujian sebagai mengikut reka bentuk. Kesannya, penguji kemudiannya membantah keputusan untuk memanggil pepijat "isu mengikut reka bentuk", dan bertengkar bahawa produk adalah rosak mengikut reka bentuk.[perlu rujukan]
Pandangan kepada kesan DRM
DRM dienkodkan dalam bahan-bahan digital (termasuklah audio, video, dan permainan konsol), dan bertujuan untuk mencegah pelanggaran hak cipta dengan mengehadkan atau melarangkan penyalinan bahan-bahan digital. DRM boleh mencegah pengguna dari menyalin CD atau DVD, mencegah seseorang menonton DVD dari melompatkan pra-tonton, atau menimbulkan masalah dengan operasi antara produk-produk yang bersaing. Walaupun pengguna boleh menggunakan jalan DRM, ini adalah susah dan perlukan penggunaan lubang analog. Untuk selain DRM, mungkin tidak sahaja mencegah mereka dari menggunakan media mereka secara haram, tetapi jalan sah juga.
Sejarah
Defective By Design adalah usaha bersama oleh Yayasan Perisian Bebas dan CivicActions, syarikat yang memajukan kempen penyokong dalam talian. Ketua penganjurnya ialah Gregory Heller dari CivicActions, Peter T. Brown, pengarah eksekutif Yayasan Perisian Bebas, dan Henri Poole, ahli CivicActions yang juga adalah pengarah Yayasan Perisian Bebas.
Kempen itu dilancarkan pada Mei 2006 dengan bantahan anti-DRM di WinHEC. Dalam bantahan ini, ahli-ahli Yayasan Perisian Bebas berpakaian sut kuning memberikan risalah menjelaskan bahawa produk-produk Microsoft adalah — dalam perkataan cogan kata kunci untuk kempen itu — kerosakkan mengikut reka bentuk kerana teknologi-teknologi DRM dimasukkan di dalamnya[1].
Sejak kemudian, kempen telah melancarkan tindakan dengan kejayaan yang berbeza-beza. Kempen mendakwa bahawa kempen menelefon Persatuan Industri Perakaman Amerika dan organisasi berkaitan di sekeliling dunia yang mengakibatkan beribu-ribu panggilan dari orang ramai mempersoalkan kedudukan industri atas DRM. Di samping itu, usaha menemui Bono dari U2, penyokong iTunes dikawal dengan DRM, yang menemui tanpa kejayaan.
DefectiveByDesign.org mengisytiharkan 3 Oktober 2006 "Hari Terhadap DRM", dan mengatur peristiwa di luar kedai kunci Apple di Amerika Syarikat dan United Kingdom[2]. Tambahan pula, sut kuning yang telah dipakai oleh pembantah dan risalah yang diberikan kepada awam menjelaskan penggunaan Apple dengan DRM di kedai muzik iTunes mereka dan di pemain media iPod mereka[3].
Pada 30 Januari 2007, ahli-ahli Defective By Design dan aktivis BadVista memberikan sastera tentang keburukan Windows Vista dan ciri-ciri pengurusan hak digital, dan juga CD dengan perisian bebas untuk pengguna untuk mencuba sebagai alternatif kepada Vista[4].
Kempen teg
Laman Defective by Design menggalakkan pengguna untuk menggunakan ciri teg Amazon.com untuk menandakan produk-produk dengan teg 'defectivebydesign'.[5] Barang-barang ditanda memasukkan pemain DVD, Windows Vista, Zune, dan iPod.
Teg ini yang ditunjukkan di laman-laman lain yang membolehkan pelabelan. Di Slashdot teg ini dilihat di berita tentang DRM dan Windows Vista.
Rujukan
- ^ Bruce Byfield (23 Mei 2006). "FSF launches anti-DRM campaign outside WinHEC 2006". NewsForge. Dicapai pada 2007-04-18. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ PeterB (31 Ogos 2006). "3 Oktober Diisytiharkan "Hari Terhadap DRM"". defectivebydesign.org. Dicapai pada 2007-04-18. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Nate Anderson (3 Oktober 2006). "Welcome to "Day Against DRM"". Ars Technica, LLC. Dicapai pada 2007-04-18. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ John Sullivan (30 Januari 2007). "A BadVista at Microsoft's New York launch parties". BadVista.org. Dicapai pada 2008-01-12. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Amazon Product Tagging Campaign". defectivebydesign.org. Dicapai pada 2007-04-24.
Pautan luar
- Laman Defective by Design
- Bolehkah anda mempercayai komputer anda? — karangan oleh Richard Stallman dari FSF