Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Nota kaki merujuk kepada nota yang diletakkan di bawah rencana yang menerangkan lebih lanjut mengenai satu bahagian dalam teks. Hubungan di antara bahagian teks dengan nota kaki ditunjukkan dengan satu nombor atau simbol di teks berkenaan.
Nota kaki menambah bahan yang boleh menerangkan sesuatu fakta dengan lebih terperinci, tetapi boleh menganggu perhatian sekiranya dimasukkan dalam teks berkenaan.
Nota kaki juga digunakan dalam memetik sumber untuk mengukuhkan lagi kredibiliti suatu rencana. Rencana yang tidak mempunyai nota kaki boleh dicabar melalui Wikipedia:Pengesahan, yang mengatakan bahawa apa-apa bahan yang dicabar atau mungkin akan dicabar perlu mempunyai sumber. Bahan-bahan yang tidak bersumber mungkin akan dibuang dan sekiranya ingin dimasukkan kembali, menjadi tanggungjawab penyunting untuk membuktikannya.
Ingat bahawa adalah lebih penting untuk anda memetik sumber kandungan dengan tepat. Sekiranya satu rencana sudah pun menggunakan satu gaya petikan, anda seharusnya mengikut gayanya daripada menambah satu petikan lain mengikut gaya sendiri.
Tidak semua petikan sumber menggunakan nota kaki. Sila rujuk Wikipedia:Sumber petikan untuk panduan dan alternatif lain.
Tidak semua nota kaki adalah petikan sumber maklumat. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan atau memberi nota untuk sesuatu bahan.
- Perhatian
- Anda tidak dapat melihat nota kaki dalam paparan pratonton.
Cara penggunaan
[sunting sumber]Nota kaki: asas
[sunting sumber]Untuk menghasilkan penanda nota kaki, tentukan titik dalam kandungan halaman di mana penanda itu akan diletakkan bersama-sama dengan petikan dan nota di dalam teg <ref>...</ref>
. Contohnya:
Kandungan di dalam <ref>...</ref>
akan dipaparkan di senarai rujukan. Teg ref boleh ditambah di mana-mana bahagian apabila suatu petikan atau nota kaki diperlukan. Kandungan tersebut hendaklah wujud, jika tidak suatu ralat akan dipaparkan.
Senarai rujukan: asas
[sunting sumber]Apabila suatu nota kaki dimasukkan ke dalam kandungan halaman, senarai rujukan hendaklah dibuat. Untuk senarai rujukan yang asas, sila tambahkan {{reflist}} atau <references/>
. Apabila suatu halaman itu telah dicipta dan dipaparkan, nota-nota kaki akan dijana dan dinomborkan secara automatik dan senarai rujukan juga dijana. Senarai rujukan utama diletakkan di bahagian yang berasingan pada halaman dan kebiasaannya ia dilabel sebagai "Catatan", "Nota", "Rujukan" atau sebagainya.
Teks yang akan dirujuk.<ref>Teks ini merupakan nota kaki. Sila klik ^ di sebelah kanan "1" untuk kembali kepada teks yang akan dirujuk oleh nota kaki ini.</ref>
==Rujukan==
{{reflist}}
Catatan:
- Apabila membuat suntingan,
<references/>
mungkin akan kelihatan berbanding {{reflist}}. Ia merupakan sintaks yang sah, tetapi<references/>
tidak mempunyai ciri tambahan seperti templat {{reflist}}.
Nota kaki: digunakan lebih daripada sekali
[sunting sumber]Anda boleh memetik sumber yang sama lebih daripada sekali pada suatu halaman dengan menggunakan nota kaki bernama. Sintaks untuk mentakrifkan nota kaki tersebut adalah seperti berikut: