Das'ad Latif | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | ![]() |
Pusat pendidikan | IAIN AlauddinUniversiti HasanuddinUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Islam Makassar |
Pekerjaan | pendakwah ulama pensyarah |
Pasangan | Naurah Shiddiqiah binti Nasrum Hamdat |
Ustaz Dr. H. Das’ad Latif (lahir di Pinrang, Sulawesi Selatan, 21 Disember 1973; umur 51 tahun) ialah seorang ulama dan pensyarah dari Indonesia.[1]
Pendidikan
Das’ad Latif menyelesaikan pengajian sarjana muda di dua tempat sekaligus, iaitu Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar dalam bidang Kehakiman Islam (2000) dan di Universit Hasanuddin dalam bidang Pengajian Komunikasi (1998). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan sarjananya di Universiti Hasanuddin dalam bidang Komunikasi (2004). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian kedoktoran dan memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Pengajian Komunikasi (2016) dan memperoleh Ph.D kedua dari Universiti Islam Makassar dalam bidang Pengajian Syariah.[1][2]
Akademia
Selain berceramah, Das'ad Latif juga dikenali sebagai seorang pensyarah yang mengajar di pelbagai kampus seperti Sekolah Tinggi Ilmu Komunikasi (STIKOM) Fajar Makassar; Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Amkop Makassar; Universiti Islam Makassar, Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen (STIM) Nitro Makassar; dan Universiti Indonesia Timur Makassar dalam bidang pengajian komunikasi.[1][3]
Filemografi
Filem
- Atas Nama Surga (2022; penampilan istimewa)
Program televisyen
- Hikmah di Balik Kisah (NET.) (2021-2022)
- Barakallah (SCTV) (2021-sekarang)
- Ngopi (Ngobrol Perihal Iman) (tvOne) (2021-sekarang)
- Gaspoll bersama Ustadz Das'ad Latif (MetroTV) (2022-sekarang)
- Syiar Akbar (NET.) (2022)
Karya
Selain mengajar dan berceramah. Das'ad Latif juga aktif menulis buku dan telah menghasilkan beberapa karya, antaranya:
- Das'ad Latif (2018). Pilkada: Nikmat atau Bencana?. Indonesia: Elex Media Komputindo. ISBN 9786020455662.
- Das'ad Latif (2018). Islam yang Diperdebatkan. Indonesia: Elex Media Komputindo. ISBN 9786020477534.
- Ustadz Das’ad Latif, Ph.D. (2020). Dari Hati ke Hati. Jakarta Selatan: QultumMedia. ISBN 9789790174474.
- Das'ad Latif (2022). Media Sosial, Suatu Alternatif. Jakarta: Elex Media Komputindo. ISBN 9786230030758.
Politik
Das'ad pernah bergandingan dengan Tamsil Linrung menjadi calon timbalan Datuk bandar dalam pemilihan umum Wali Kota Makassar 2013.[4] Mereka dicalonkan oleh Partai Keadilan Sejahtera, Partai Hati Nurani Rakyat dan Partai Bintang Reformasi.[5] Pasangan calon ini walau bagaimanapun tewas dan mendapat tempat ketiga dengan memperoleh 93.868 undi.[6]
Rujukan
- ^ a b c "Profil Ustadz Dr. H. Das'ad Latif, S. Sos. S. Ag. M. Si. Ph.D". cariustadz.id. Dicapai pada 2021-10-24.
- ^ Das'ad Latif (2018). Islam yang Diperdebatkan. Indonesia: Elex Media Komputindo. m/s. 143. ISBN 9786020477534.
- ^ "Profil dan Biodata Ustadz Das'ad Latif Lengkap Umur hingga Pendidikan, Bukan Orang Sembarang". Mantra Sukabumi. 16 Julai 2021. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ M. Taufikul Basari (17 September 2013). "Profil 10 Calwakot Makassar: Tamsil, Penasehat Spiritual Zaskia Gotik". Kabar24. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ "KPU Loloskan 10 Pasang Calon Wali Kota Makassar". Tempo. 22 Julai 2013. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ "Muhammad Ramdhan Terpilih Jadi Wali Kota Makassar". KOMPAS. 25 September 2013. Dicapai pada 17 September 2022.
Pautan luar
- Dasad Latif di Instagram
- Dasad Latif di Facebook
- Saluran YouTube Das'ad Latif