Dandang tiub air (watertube boiler)[1] ialah sejenis jentera tenaga wap (dandang) yang mana air mengelilingi dalam tiub yang dipanaskan di luar oleh api. Bahan api dibakar dalam relau, mewujudkan gas panas yang menghangatkan air didalam tiub penjana wap. Didalam boiler yang lebih kecil, tiub penjana tambahan adalah berasingan dalam relau, manakala boiler utiliti yang lebih besar bergantung pada tiub berisi air yang membentuk dinding relau untuk menjana stim (wap).
Air yang dihangatkan kemudian naik kedalam gelendong stim (steam drum). Disini, wap yang mampat ditarik dari atas gelendong. Dalam sesetengah bahagian, wap akan kembali semula ke relau melalui pemanas lampau (superheater) yang menjadi panas lampau. Wap panas lampau ditakrifkan sebagai stim yang dihangatkan atas takat didih pada tekanan yang diberikan. Wap panas lampau adalah sejenis gas yang kering dan oleh itu digunakan untuk memacu turbin, kerana titisan air boleh merosak teruk bilah-bilah turbin.
Air sejuk pada bahagian bawah gelendong stim kembali ke dram air suapan melalui lubang salur besar 'downcomer tubes' (tiub bengkok), dimana ia pra-hangat bekalan air suapan. (Dalam boiler utiliti besar, air suapan dibekalkan ke steam drum dan tiub downcomer membekalkan air ke bahagian bawah dinding air). Bagi meningkatkan penjimatan boiler, gas ekzos juga digunakan untuk pra-hangat tiupan udara kedalam relau dan memanaskan bekalan air suapan. Dandang tiub air dalam stesen kuasa haba juga dipanggil unit penjanaan wap.
Reka bentuk dandang tiub api yang terdahulu, di mana air mengelilingi sumber haba dan gas daripada laluan pembakaran melalui tiub didalam kelompang air, adalah struktur yang lebih lemah dan jarang digunakan untuk tekanan atas 2.4 MPa (350 psi). Kelebihan ketara dandang tiub air ialah terdapatnya kurang kerosakan yang membawa bencana: tidak ada jumlah besar air dalam boiler tidak pula ada elemen-elemen besar mekanikal yang mudah rosak.
Lihat juga
- Dandang air elektrik (untuk air minuman)
- Janakuasa
- Relau
- Turbin stim
- Dandang
- Dandang tiub api
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dandang tiub air |
- Robertson, Leslie Stephen Water-tube boilers; based on a short course of lectures delivered at University college, London (1901) from the Internet Archive