Rencana ini mengenai wap air yang telah dipanaskan. Untuk proses atau cara memasak, sila lihat Pengukusan.
Kukus atau stim ialah istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih. Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.
IAPWS—sebuah persatuan yang mengekalkan korelasi piawaian antarabangsa untuk sifat termodinamik bagi kukus, termasuk IAPWS-IF97 (untuk kegunaan dalam simulasi dan pemodelan industri) dan IAPWS-95 (suatu korelasi tujuan am dan saintifik).