Collin Lawrence Sequerah | |
|---|---|
| Hakim Mahkamah Persekutuan | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 21 Oktober 1960 Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Tempat belajar | Universiti London |
| Pekerjaan | Peguam, hakim |
Dato' Collin Lawrence Sequerah (lahir 21 Oktober 1960) ialah seorang hakim Malaysia yang berkhidmat di Mahkamah Persekutuan. Beliau telah mengadili pelbagai kes-kes termasuklah kes skandal 1MDB.
Kehidupan awal dan pendidikan
Collin Lawrence Sequerah telah dilahirkan pada tahun 21 Oktober 1960 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Universiti London pada tahun 1984.[1]
Kerjaya
Beliau telah berkhidmat sebagai peguam pada tahun 1986 sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Jun 2014.
Pada 30 Januari 2017, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru kemudian pada 1 November 2018 beliau berpindah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau juga telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 17 Januari 2018 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember 2025.[1][2]
Anugerah
Pulau Pinang
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – Datuk (2021)[3]
Selangor
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2023)[4]
Rujukan
- ^ a b "MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN TAAT SETIA HAKIM BESAR MALAYA DAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN" (PDF). kehakiman.gov.my. 3 Disember 2025. Dicapai pada 29 Disember 2025.
- ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2023-01-17). "Dua hakim kes 1MDB naik pangkat ke Mahkamah Rayuan". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-12-29.
- ^ Nambiar, Predeep (2021-07-21). "1MDB trial judge Collin Sequerah now a Datuk". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-29.
- ^ ISMAIL, MOHAMAD ATHIR BIN (2023-12-10). "Raja Permaisuri Agong ketuai 97 penerima darjah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-12-29.








