Colin Powell | |
---|---|
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65 | |
Dalam jawatan 20 Januari 2001 – 26 Januari 2005 | |
Presiden | George W. Bush |
Timbalan | Richard Armitage |
Didahului oleh | Madeleine Albright |
Digantikan oleh | Condoleezza Rice |
Pengerusi Ketua Turus Bersama ke-12 | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1989 – 30 September 1993 | |
Presiden | George H. W. Bush Bill Clinton |
Timbalan | Robert T. Herres David E. Yeremia |
Didahului oleh | William J. Crowe |
Digantikan oleh | John Shalikashvili |
Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat ke-12 | |
Dalam jawatan 23 November 1987 – 20 Januari 1989 | |
Presiden | Ronald Reagan |
Didahului oleh | Frank Carlucci |
Digantikan oleh | Brent Scowcroft |
Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat | |
Dalam jawatan Disember 1986 – 23 November 1987 | |
Presiden | Ronald Reagan |
Didahului oleh | Peter Rodman |
Digantikan oleh | John Negroponte |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Colin Luther Powell 5 April 1937 Bandaraya New York, New York, A.S. |
Mati | 18 Oktober 2021 Bethesda, Maryland, A.S. | (umur 84)
Cause of death | COVID-19 |
Parti politik | Republikan (1995-2021) Bebas (sebelum 1995, 2021) |
Pasangan | Alma Johnson (k. 1962) |
Pendidikan | City College New York George Washington University |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun khidmat | 1985-1993 |
Pangkat | Jeneral |
Unit | Bahagian Perisai Ke-3 Bahagian Infanteri ke-23 |
Perang/Pertempuran | Perang Vietnam Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama Perang Teluk |
Colin Luther Powell (5 April 1937 – 18 Oktober 2021) ialah jeneral tentera dan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65 dari 20 Januari 2001 hingga 26 Januari 2005. Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang berpangkat tinggi dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat sehingga presiden Obama menjadi presiden pada tahun 2009.[1] Beliau dipilih oleh George W. Bush pada 16 Disember 2000 dan perlantikannya dipersetujui oleh Senat. Powell dipecat sebelum bermulanya penggal kedua presiden Bush akibat daripada justifikasi beliau yang tidak tepat terhadap Perang Iraq Amerika pada tahun 2003.[2] Beliau kemudiannya digantikan oleh Condoleezza Rice yang dipilih oleh presiden Bush dan ditetapkan oleh Senat pada 26 Januari 2005. Powell juga pernah menjawat sebagai Ketua Penasihat Keselamatan A.S. (1987-1989) dan Pengerusi Ketua Turus Bersama A.S. (1989-1993).
Latar belakang peribadi
Powell dilahirkan di Bandaraya New York dan dibesarkan di Bronx Selatan. Ibu bapa beliau, Luther Theophilus dan Maud Ariel Powell, berhijrah ke Amerika Syarikat dari Jamaica. Powell belajar di sekolah negeri Bandaraya New York, lulus dari City College of New York (CCNY), di mana dia mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang geologi.
Dia juga menyertai ROTC di CCNY dan memperoleh pangkat Leftenan Muda Angkatan Tentera Darat AS setelah lulus pada Jun 1958. Pencapaian akademinya yang lain termasuk ijazah MBA dari Universiti George Washington.
Powell bernikah dengan Alma Vivian Johnson yang berasal dari Birmingham, Alabama. Dia mempunyai seorang anak lelaki, Michael (yang pernah menjadi ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan); anak-anak perempuannya Linda dan Anne; menantu Jane; dan cucu-cucunya Jeffrey dan Bryan.
Panggilan akrab Presiden George W. Bush untuk Powell adalah Pup Pup.
Powell terkenal sebagai orang yang mendorong terjadinya serangan Amerika Syarikat ke Iraq pada tahun 2003 setelah menunjukkan "bukti" adanya senjata pemusnah besar-besaran di Iraq dalam sebuah Persidangan Agung PBB yang ternyata sama sekali tidak ada.
Rujukan
- ^ The first African American secretary of state, Colin Powell Diarkibkan Jun 4, 2008, di Wayback Machine, The African American Registry.
- ^ Walter LaFeber berkata, "Presiden memaksa Powell untuk meletak jawatan." LaFeber "The rise and fall of Colin Powell and the Powell Doctrine." Political Science Quarterly 124.1 (2009) p. 71.