Cinta Buatan Malaysia | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Search | ||||
Dilancarkan pada | 1985 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Rock, Heavy Metal, Hard Rock | |||
Syarikat | Polygram Records | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi Search | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Cinta Buatan Malaysia ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran Search sejak diasaskan pada tahun 1977. Album terbitan M. Nasir (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, Singapura, di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada Julai 1985.
Kumpulan Search pada ketika itu dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu Suhaimi Abdul Rahman @ Amy (vokal), Nordin Mohd Taib @ Din (gitar irama) dan Yazit Ahmad @ Yazit (dram) setelah Hillary Ang (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) tidak dapat menyertai Search atas sebab-sebab tertentu. Tempat mereka digantikan oleh Amran Marsiman @ Yan (bass) dan Abdul Rahman Mahmood @ Man Kidal (gitar utama) dari kumpulan Lefthanded selaku anggota pinjaman selepas kumpulan Lefthanded telah berkubur dan dihidupkan kembali pada tahun 1986.
Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh The Kinks), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli. Dua buah lagu iaitu "Cinta Pertama" dan "Jiwa Jiwa Luka" adalah nyanyian Yan selainnya oleh Amy.
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Isi Atau Kulit" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 4:40 | |
2. | "Cinta Buatan Malaysia" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 3:50 | |
3. | "Cinta Sepi" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 6:00 | |
4. | "Cinta Pertama" | S. Amin Shahab | Amran Marsiman (Yan) | 3:48 | |
5. | "Sirih Gambir" | Bakri Johari | The Kinks | 2:51 | |
6. | "Balada Pemuzik Jalanan" | S. Amin Shahab | Zainol Ali | 4:42 | |
7. | "Kejora" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 4:56 | |
8. | "Nombor" | S. Amin Shahab | Earth Shaker | 4:04 | |
9. | "Jiwa-Jiwa Luka" | M. Nasir | M. Nasir | 2:51 | |
10. | "Musafir" | S. Amin Shahab | Rahman Mahmud (Man Kidal) | 4:22 | |