Selepas Banjir ialah album studio kesepuluh yang keluar di bawah nama kumpulan Search sebelum diumumkan bubar pada tahun 2001. Ketika ini, hanya tinggal seorang anggota asal Search, iaitu Yazid Ahmad sebagai pemain dram, setelah ditinggalkan oleh Amy, Nasir Daud, Hamzah Taib dan Noordin Taib yang menganggotai kugiran ini sepanjang zaman kegemilangannya pada 1980-an dan 1990-an. Kali ini, Ismail Mohd Ali, juga dikenali sebagai Moq, mengambil alih peranan Amy sebagai penyanyi, diiringi oleh Shah sebagai pemain gitar.