Chris Pratt | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Christopher Michael Pratt 21 Jun 1979 |
Pekerjaan | Pelakon, filem, drama, televisyen |
Tahun aktif | 2000 - kini |
Chris Pratt (lahir 21 Jun 1979) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat, terkenal dengan gabungan peranan komedi terutamanya di televisyen, dan peranan aksi — selalunya dengan nada komedi — dalam filem tayangan anggaran besar.
Dia menjadi terkenal untuk peranan televisyennya, terutama sebagai Andy Dwyer di sitkom NBC Parks and Recreation (2009-2015), yang mana dia mendapat pujian kritis dan dinominasikan untuk Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Siri Komedi pada tahun 2013. Dia juga pernah membintangi karirnya sebagai Bright Abbott dalam siri drama The WB Everwood (2002–2006) dan pernah berperanan dalam Wanted (2008), Jennifer Body (2009), Moneyball (2011), The Five-Year Engagement (2012), Zero Dark Thirty (2013), Delivery Man (2013), dan Her (2013).
Pratt meraih status sebagai tokoh utama pada tahun 2014, membintangi dua filem yang berjaya dan komersil: The Lego Movie sebagai Emmet Brickowski, dan Guardians of the Galaxy sebagai Star-Lord. Pada tahun 2015, Time menamakan Pratt sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam senarai Time 100 tahunan. Dia membintangi Jurassic World (2015) dan Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dan dia mengulangi peranan Marvelnya dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017), Avengers: Infinity War (2018), Avengers: Endgame (2019), dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang dirancang. Sementara itu, pada tahun 2016 ia menjadi bahagian dari peranan ensemble di The Magnificent Seven dan peranan utama lelaki dalam Passengers.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Cursed Part 3 | Devon | Filem pendek |
2003 | The Extreme Team | Keenan | |
2005 | Strangers with Candy | Brason | |
2007 | Walk the Talk | Cam | |
2008 | Wieners | Bobby | |
Wanted | Barry | ||
2009 | Bride Wars | Fletcher Flemson | |
Deep in the Valley | Lester Watts | ||
Jennifer's Body | Roman Duda | ||
The Multi-Hyphenate | Chris | Filem pendek | |
2011 | Take Me Home Tonight | Kyle Masterson | |
Moneyball | Scott Hatteberg | ||
What's Your Number? | Disgusting Donald | ||
10 Years | Cully | ||
2012 | The Five-Year Engagement | Alex Eilhauer | |
Zero Dark Thirty | Justin | ||
2013 | Movie 43 | Doug | Segmen: "The Proposition" |
Mr. Payback | Darren | Filem pendek | |
Delivery Man | Brett | ||
Her | Paul | ||
2014 | The Lego Movie | Emmet Brickowski (suara) | |
Guardians of the Galaxy | Peter Quill / Star-Lord | ||
2015 | Jurassic World | Owen Grady | |
Jem and the Holograms | Dirinya sendiri | Cameo | |
2016 | The Magnificent Seven | Joshua Faraday | |
Passengers | Jim Preston | ||
2017 | Guardians of the Galaxy Vol. 2 | Peter Quill / Star-Lord | |
2018 | Avengers: Infinity War | ||
Jurassic World: Fallen Kingdom | Owen Grady | ||
2019 | The Lego Movie 2: The Second Part | Emmet Brickowski / Rex Dangervest (suara) | |
The Kid | Grant Cutler | ||
Avengers: Endgame | Peter Quill / Star-Lord | ||
2020 | Onward | Barley Lightfoot (suara)[1] | |
2021 | The Tomorrow War | Rex | Pos-produksi |
2022 | Thor: Love and Thunder | Peter Quill / Star-Lord | Kameo |
Jurassic World: Dominion | Owen Grady | Peggambaran | |
2023 | The Super Mario Bros. Movie | Mario | Suara |
Guardians of the Galaxy Vol. 3 | Peter Quill / Star-Lord | ||
2024 | Garfield † | Garfield | Suara; dalam pengeluaran |
The Electric State † | Keats | Pos-produksi |
Rujukan
- ^ "Breaking: First Look at Characters Ian and Barley Lightfoot from Pixar's Suburban Fantasy Film, 'Onward' (In Theaters March 6, 2020)". Pixar Post. May 29, 2019. Dicapai pada October 13, 2019.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chris Pratt |
- Chris Pratt di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Chris Pratt di Twitter
- Chris Pratt di Instagram
- Chris Pratt di Facebook
Early life
Christopher MIchael Pratt dilahirakn pada 21 Jun, 1979, di Virginia, Minnesota.[1] Ibunya, Kathleen Louise "Kathy (née Indahl), berkerja di pasaraya Safeway dan ayahnya, Daniel Clifton Pratt, berkerja di sebuah lombong dan kemudian berkerja mengubah suai rumah.[2][3][4] Ayah Pratt meninggal dunia pada tahun 2014 akibat sklerosis berbilang.[5] Ibunya berketurunan Norway. Dia mempunyai dua orang adik-beradik yang lebih tua, Cully dan Angie. Ketika Pratt berumur tujuh tahun, keluarganya berpindah ke Lake Stevens, Washington. Pratt mendapat tempat kelima dalam kejohanan gusti peringkat negeri sekolah menengah. Dia juga merupakan atlet lontar peluru bagi pasukan olahraga sekolah menengahnya. Dia kemudian mengimbas kembali bahawa apabila jurulatih gustinya bertanya apa yang ingin dilakukannya dalam hidup, dia menjawab, "I don't know, but I know I'll be famous and I know I'll make a shit ton of money." ("Saya tak tahu, tapi saya tahu saya akan jadi terkenal dan saya tahu saya akan buat banyak duit gila-gila.")[2] Dia menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Lake Stevens pada tahun 1997.[6]
Pratt berhenti daripada kolej komuniti pada pertengahan semester pertama dan, selepas bekerja sebagai jurujual tiket diskaun dan penari bogel pada waktu siang, dia akhirnya menjadi gelandangan di Maui, Hawaii, tidur dalam van dan khemah di tepi pantai. Dia memberitahu The Independent, "It's a pretty awesome place to be homeless. We just drank and smoked weed and worked minimal hours, just enough to cover gas, food, and fishing supplies." ("Tempat tu memang agak hebat untuk jadi gelandangan. Kami cuma minum, hisap ganja dan kerja sikit-sikit, cukup untuk tampung minyak, makanan, dan barang memancing.")[2][7] Dia mengimbas kembali bahawa dia mendengar album 2001 oleh Dr. Dre setiap hari, sampai dia hafal semua lirik; bertahun kemudian, dia melontarkan bait-bait rap Eminem daripada lagu "Forgot About Dre" secara spontan semasa satu temu bual.[8] Semasa berada di Maui, dia bekerja untuk organisasi mubaligh Kristian Jews for Jesus.[9]
- ^ "Supplemental Information 2: Number of original research articles retrieved in the Web of Science search engine, from 2015 to 2019". doi.org. Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ a b c "How Chris Pratt Went from Zero to Hero". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ Buckley, Cara (2014-07-24). "Goofy Guy Takes a Galactic Leap". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ "Get to know a little about O.C./Everwood star, Chris Pratt". Seventeen (dalam bahasa Inggeris). 2006-03-23. Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ Heath, Chris (2015-06-17). "Chris Pratt on His Late Father and How He Feels About Him Now". GQ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ "Tribeca doc "On the Mat" goes inside Lake Stevens wrestling team". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 2012-04-26. Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ "Journey to the Star-Lord: How Chris Pratt Became a Movie Star". Yahoo Entertainment (dalam bahasa Inggeris). 2014-08-02. Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ Blistein, Jon (2014-08-05). "Chris Pratt Raps Eminem's 'Forgot About Dre' Verse". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-04.
- ^ Toone, Stephanie. "5 little-known facts about Chris Pratt". The Atlanta Journal-Constitution (dalam bahasa English). ISSN 1539-7459. Dicapai pada 2025-04-04.CS1 maint: unrecognized language (link)