Che Uda Che Nik A.M.N. | |
---|---|
![]() | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sik | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 481 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kedah, Malaysia | 11 Mac 1949
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Anak | Azli Che Uda |
Che Uda Che Nik A.M.N. (lahir 11 Mac 1949) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia sebelum menyertai Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Sik, Kedah bertanding di atas tiket PAS.
Pendidikan
Beliau memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974. Kemudian pada tahun 1995, beliau mendapat Diploma Pendidikan dari UKM juga.
Politik
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Osman Desa dengan majoriti sebanyak 481 undi. Che Uda Che Nik memperolehi 16,864 undi berbanding Datuk Osman Desa memperolehi hanya 16,383 undi.
Pautan luar
- Portal Rasmi Che Uda Che Nik Diarkibkan 2008-09-30 di Wayback Machine