Cendawan kukur | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Fungus |
Divisi: | Basidiomikota |
Kelas: | Agarikomiset |
Order: | Agaricales |
Keluarga: | Schizophyllaceae |
Genus: | Schizophyllum |
Spesies: | S. commune
|
Nama binomial | |
Schizophyllum commune Fr. (1815)
| |
Sinonim | |
|
Cendawan kukur atau juga disebut cendawan tapak tiung, kulat sisir, kulat sisik atau jamur gerigit (Schizophyllum commune)[1] ialah spesies cendawan yang tumbuh pada batang kayu reput. Ia tergolong dari keluarga Schizophylaceae, dan merupakan sejenis cendawan yang boleh dimakan dan banyak di jual di pasar tani.[2] Di Malaysia, cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular dikutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat.
Cendawan kukur tumbuh menyerupai alunan batu karang yang rapat. Insangnya berbeza dari warna kuning langsat hingga ke putih pucat. Bahagian atasnya kecil, selebar 1-4.5 cm dengan tekstur badan yang tebal namun lembut seperti span. Cendawan kukur ini boleh ditemui di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan India timur laut. Ia ditemui di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semula jadi.
Ia terkenal dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain.[perlu rujukan]
Penanaman
Cendawan kukur adalah sejenis cendawan yang boleh ditanam menggunakan kos yang lebih rendah daripada cendawan tiram kerana tidak memerlukan rak. Ia ditanam dengan cara diikatkan pada tali dan digantung.[3]
Gambaran
Ia pada asalnya digambarkan sebagai spesies morfologi penyebaran global dan kemudian didedahkan sebagai spesies kompleks yang merangkumi beberapa spesies kriptik dengan taburan yang lebih sempit, sebagaimana tipikal bagi banyak cendawan yang membentuk Basidiomycota.[4]
Insang yang menghasilkan basidiospora pada permukaannya, merekah apabila cendawan kering. Ia biasa tumbuh pada kayu reput tetapi juga boleh menyebabkan penyakit pada manusia.[5][6]
Hidrofobin pertama kali diasingkan daripada Schizophyllum commune ini.
Genetik
Genom bagi Schizophyllum commune pertama kali dijujukkan pada tahun 2010.[7]
Masakan
Cendawan kukur dikenali kerana teksturnya yang liat. Ia boleh dimakan secara liar di Asia dan Mexico.[8] Di timur laut India, wilayah Manipur menggelarnya sebagai "kanglayen" dan merupakan bahan kegemaran bagi masakan lempeng ala Manipuri yang dikenali sebagai "paaknam". Di Mizoram, nama tempatannya adalah "pasi" (pa bererti cendawan,si bererti kecil) dan merupakan cendawan yang paling digemari di kalangan masyarakat Mizo.
Galeri
-
Cendawan kukur, Schizophyllum commune di Elk Grove, IL
-
Cendawan kukur Schizophyllum commune di Grand Rapids, MI
-
Cendawan kukur Schizophyllum commune, di Estonia
Rujukan
- ^ "PANDUAN MENANAM CENDAWAN, Jabatan Pertanian Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-25. Dicapai pada 2011-12-18.
- ^ Cendawan, Keluaran Buku Prima
- ^ BAGAIMANA MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN KUKUR
- ^ Taylor, John; Turner, Elizabeth; Townsend, Jeffrey; Dettman, Jeremy; Jacobson, David (2006). "Eukaryotic microbes, species recognition and the geographic limits of species: examples from the kingdom Fungi". Phil. Trans. R. Soc. B. 361: 1947–1963. doi:10.1098/rstb.2006.1923.
- ^ Guarro, J; Genéj; Stchigel, Am (Jul 1999), "Developments in Fungal Taxonomy" (Free full text), Clinical Microbiology Reviews, 12 (3): 454–500, ISSN 0893-8512, PMC 100249, PMID 10398676
- ^ Chowdhary A, Kathuria S, Agarwal K, Meis JF. Recognizing filamentous basidiomycetes as agents of human disease: A review. Med Mycol. 2014 Nov;52(8):782-97. doi: 10.1093/mmy/myu047. PubMed
- ^ Robin A Ohm,; De Jong, JF; Lugones, LG; Aerts, A; Kothe, E; Stajich, JE; De Vries, RP; Record, E; dll. (Jul 2010), "Genome sequence of the model mushroom Schizophyllum commune", Nature Biotechnology, 28 (9): 957–63, doi:10.1038/nbt.1643, PMID 20622885CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Ruán-Soto, F.; Garibay-Orijel, R.; Cifuentes, J. (2006). "Process and dynamics of traditional selling of wild edible mushrooms in tropical Mexico". Journal of Ethnobiology and Ethnomedicine. 2 (1): 3. doi:10.1186/1746-4269-2-3.
Pautan luar
- Media berkenaan Schizophyllum commune di Wikimedia Commons
- Data berkenaan Schizophyllum commune di Wikispesies
- "Schizophyllum commune", MykoWeb
- "Tom Volk's Fungus of the Month for February 2000