"Butterfly" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Smile.dk | ||||
daripada album Smile | ||||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Dilancarkan | 2 November 1998 | |||
Genre | Eurodance | |||
Panjang | 2:57 | |||
Syarikat | EMI | |||
Penulis | Robert Uhlmann | |||
Penggubah | Robert Uhlmann | |||
Penerbit | Robin Rex | |||
Kronologi single Smile.dk | ||||
| ||||
"Smile - Butterfly (Official Music Video)" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Butterfly" (secara harfiah bermaksud "kupu-kupu") ialah lagu oleh kumpulan tarian bubblegum asal Sweden, Smile.dk daripada album mereka tahun 1998, Smile. Ia ditulis dan dihasilkan oleh Robert Uhlmann dan Robin Rex. Lagu ini mendapat populariti di luar Sweden apabila ia telah disertakan pada versi pertama permainan video muzik Konami's, Dance Dance Revolution dan Dance Dance Revolution 3rdMix. Sebagai penghormatan kepada popularitinya, lagu ini telah dicantumkan semula untuk ansuran francais 2008, Dance Dance Revolution X, yang bertujuan untuk meraikan ulang tahun 10 tahun siri ini.[1] Lagu ini juga menjadi meme Internet pada tahun 2010 sehingga kini setelah dimasukkan ke dalam mainan kanak-kanak buatan China.
Muzik video
Video muzik dimulakan dengan Smile.dk turun dari kapal berbentuk rama-rama berwarna jingga dan meneruskan misi untuk mencari dua samurai. Setelah menemui samurai, gadis-gadis itu membawa mereka ke kapal mereka.
Senarai remix rasmi
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Anaconda Remix" | 4:21 | |
2. | "China Power Mix" | 1:48 | |
3. | "Delaction Radio Remix" | 3:40 | |
4. | "Delaction Mix" | 5:48 | |
5. | "Extended Mix" | 4:21 | |
6. | "Hyper-K Mix" | 3:23 | |
7. | "KCP Kung-Fu Mix" | 1:34 | |
8. | "Pan-Ace Radio Mix" | 3:00 | |
9. | "Romance Mix" | 2:56 | |
10. | "S3RL Mix" | 4:50 | |
11. | "United Forces Airplay Edit" | 3:07 | |
12. | "Upswing Mix" | 5:25 | |
Rujukan
- ^ Chris Watters (2008-07-15). "E3 2008: Dance Dance Revolution X Hands-On". GameSpot. Dicapai pada 2008-07-16.