Ruak-ruak Wak-wak | |
---|---|
Burung dewasa di Singapura | |
Bunyi ruak-ruak, Bangalore | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Gruiformes |
Keluarga: | Rallidae |
Genus: | Amaurornis |
Spesies: | A. phoenicurus
|
Nama binomial | |
Amaurornis phoenicurus Pennant, 1769
| |
anggaran taburan | |
Sinonim | |
Erythra phoenicura |
Ruak-ruak Biasa, Ruak-ruak (Jawi: رواق٢ ) atau wak-wak (Jawi: واق٢ ; ) atau Kareo Padi nama saintifik: Amaurornis phoenicurus)[2] ialah salah satu spesies burung keluarga Rallidae.[1][3] Taburan spesies ini tersebar luas di India dan Sri Lanka, selatan tanah besar China, serta Asia Tenggara terutamanya di Semenanjung Malaysia, Filipina, Sulawesi, Sunda Besar dan Nusa Tenggara.[4]
Burung ini dapat ditemukan merandai di rumputan dan tanah basah bertakung air seperti paya rawa, semak belukar, sawah padi, hutan bakau malah juga parit-parit tepi jalan, padang dan taman.[5][6][7] Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.
Ciri fizikal
Badan burung ini mampu tumbuh mencapai 20 sm dengan panjang 15 sm[7] dengan ekor pendek tetapi paruh dan kaki kuningnya relatif panjang.[5] Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Paruh ruak-ruak tidak bergigi.
Bulu pada badan burung dewasa berwarna kelabu gelap kehitaman pada bahagian belakang dan sisi serta kepala, leher dan dada putih.[7] Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah.Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung berbulu warna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.
Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi.
Tabiat
Pemakanan
Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.
Pembiakan
Ia bersarang di tempat kering di kawasan berpaya bertelur 6-7 biji dalah satu-satu masa, setiap biji agak besar sekitar 32 cm dan bercengkerang keras. Telur-telur ini mengambil masa 19 hari eraman sebelum dapat menetas.[8]
Rujukan
- ^ a b BirdLife International (2016). "Amaurornis phoenicurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22692640A95217833. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 8 Mac 2010 di Wayback Machine
- ^ "Kareo padi". Bawor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2014. Dicapai pada 30 April 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Kareo padi". Kutilang Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 11 April 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b Holmes, Derek, penyunting (1999). Burung-burung di Jawa dan Bali. Diterjemahkan oleh Soenarto Adisoemarto. Jakarta: Puslitbang Biologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia. m/s. 17-1.
- ^ "Sensus Burung". Satu Harapan. Dicapai pada 15 Mei 2014.
- ^ a b c "Fauna Bukit Baka Bukit Raya Kalimantan Barat". Akademia. Dicapai pada 15 Mei 2014.
- ^ Dhindsa, Manjit S.; Sandhu, P.S.; Toor, H.S. (1983). "Some observations on the breeding of the Chinese Whitebreasted Waterhen Amaurornis phoenicurus chinensis (Boddaert)". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 80 (1): 213–214.
Pautan luar
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- "Amaurornis phoenicurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern - Birds of India by Grimmett, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
- White-breasted Waterhen Page from Sungei Buloh Nature Park, Singapore.