Bulu ketiak, (jawi: بولو کتياق) ialah komposisi bulu di kawasan ketiak. Seperti kebanyakan bulu badan yang lain, bulu ini biasanya mula tumbuh pada masa baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada penghujung usia remaja. Perembesan feromon daripada aksil pada peringkat perkembangan manusia ini menunjukkan perkaitan bulu ketiak dengan keseksualan. Respons positif terhadap rangsangan olfaktori di dalam mamalia dan desakan seks yang kuat yang disebabkan oleh perembesan feromon memberi petunjuk yang berguna mengenai tujuan dan kepentingan bulu ketiak kepada manusia.Pernah dikatakan bahawa bulu itu sendiri bertindak sebagai sifat "anti-geseran" semula jadi antara lengan atas dengan toraks. Lebih penting lagi, bulu ketiak secara semula jadi mengusir kelembapan daripada kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau.
Sikap budaya
Hari ini, dalam banyak negara, terutamanya di dunia Barat, adalah biasa bagi golongan wanita mencukur bulu ketiak dengan tetap berbanding golongan lelaki atas sebab estetik, satu amalan yang mungkin dikaitkan dengan taburan bulu badan luaran bagi kedua jantina. Penyebaran amalan ini berbeza-beza. Sebab-sebab keagamaan kadang kala diberi; dalam budaya Islam, golongan lelaki dan wanita mengamalkan pencukuran bulu ketiak atas sebab kebersihan.
Perenang-perenang pertandingan mencukur semua bulu badan, termasuklah ketiak, untuk menjadikan badan mereka lebih bergaris arus sebelum mengambil bahagian dalam perlumbaan. Amalan ini juga biasa di kalangan jurubina badan dan dalam erotika atas sebab estetik.
Sejarah pencukuran bulu ketiak
Di Barat, amalan ini bermula sekitar 1915 di AS dan UK apabila satu atau banyak majalah menunjukkan seorang wanita berpakaian dengan bulu ketiak yang telah dicukur[perlu rujukan]. Pencukuran tetap mula diterima dengan pengenalan pencukur keselamatan pada permulaan kurun ke-20[perlu rujukan]. Ketika pencukuran bulu ketiak diterimapakai dengan pantas di negara-negara pertuturan bahasa Inggeris, terutamanya di AS dan Kanada, amalan tidak meluas di Benua Eropah sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua.[1]
Kesan pencukuran
Mitos yang dipercayai umum ialah mencukur bulu ketiak akan menyebabkannya tumbuh lebih lebat selepas masa berlalu.[2] Tiada perkara yang membuktikan bahawa amalan mencukur bulu ketiak akan menghasilkan folikel baru bagi bulu untuk tumbuh; mitos ini mungkin sekali berterusan disebabkan janggut tidak berkurang sepertimana bulu yang tumbuh memanjang dan disebabkan bulu-bulu yang pendek terasa lebih kasar berbanding bulu-bulu yang panjang pada kelebatan yang sama. Bagaimana pun, mencukur bulu ketiak meningkatkan kemungkinan besar pertumbuhan bulu cekam. Pencukuran bulu ketiak seharusnya dilakukan lebih kerap berbanding pencukuran bulu kaki, kerana bulu ketiak tumbuh lebih pantas berbanding bulu kaki, dan sekiranya tidak dilakukan secara konsisten, janggut dapat muncul. Kawasan ketiak dapat menjadi gelap selepas satu tempoh masa dan sekalipun dengan pencukuran yang rapi, "bayang-bayang pukul lima" mungkin kelihatan. Disebabkan bulu di bawah kulit dapat menyumbang pada penampilan gelap ketiak, gilapan dengan mencabut bulu daripada akarnya mampu mengurangkan kegelapan ini dengan berkesan.[3] Bagaimana pun, membuang bulu ketiak samada dengan mencukurnya atau menggunakan cara lain, meningkatkan jumlah lembapan yang melekap di kulit dan sekiranya ia bergabung dengan litupan asid terganggu yang disebabkan oleh penggunaan sabun (pH asas) mungkin membawa pada peningkatan bau badan. Jadi teori yang menyatakan bahawa bulu ketiak yang dicukur dapat mengurangkan bau badan adalah tidak benar.
Kemunculan bulu ketiak semasa akil baligh
Satu kajian 2006 terhadap 15,000 orang Amerika berumur 11 hingga 18 membuahkan keputusan berikut:[perlu rujukan]
Umur | % dengan sedikit pertumbuhan | % dengan pertumbuhan penuh |
---|---|---|
11 | 3 | <1 |
12 | 13 | 2 |
13 | 42 | 8 |
14 | 77 | 21 |
15 | 96 | 48 |
16 | 99 | 81 |
17 | >99 | 90 |
18 | >99 | 95 |
Tinjauan tersebut menyimpulkan bahawa hampir kesemua orang berumur 15 tahun mempunyai bulu ketiak, dan empat orang dalam lima orang Amerika mula menumbuhkan bulu ketiak pada usia 13 atau 14 tahun. Kebanyakan responden yang merupakan golongan dewasa mmepunyai bulu ketiak pada usia 16 tahun, namun 20% tidak demikian hinggalah berusia 17 atau 18 tahun.
Bulu ketiak dalam seni
Bulu ketiak dalam seni lazimnya dibuang; tidak berbuat demikian menandakan modernisme. Ini berbeza dengan penggambaran bulu kemaluan dalam seni. Jarang sekali bulu kemaluan dipaparkan dalam seni yang dicipta pada Zaman Pertengahan. Penggambaran bulu kemaluan beransur-ansur menjadi lazim semasa Renaissance, dan agak kerap pada zaman moden.[4]
Lihat juga
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bulu ketiak |