Berangan | |
---|---|
Pohon Castanea sativa | |
Berangan Castanea sativa | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Castanea
|
Species | |
Buah berangan adalah buah kekeras yang diperolehi dari seberapa spesies pokok meluruh dalam genus Castanea keluarga Fagaceae bertaburan asal dari kawasan-kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara.[1][2][3]
Spesies
Terdapat empat kumpulan spesies utama pokok berangan yang dikenali:[4]
Subfamili | Imej | Nama saintifik | Taburan |
---|---|---|---|
Berangan Amerika | Castanea dentata | timur Amerika Syarikat | |
Castanea pumila | selatan dan timur Amerika Syarikat[5][6] | ||
Berangan Asia | Castanea mollissima | China | |
Castanea henryi | China | ||
Castanea seguinii | China | ||
Castanea crenata | Malaysia dan mungkin negara-negara Asia Tenggara yang lain | ||
Berangan Eropah | Castanea sativa | China, diperkenalkan ke Himalaya dan bahagian beriklim sederhana lain di Asia. |
Botani
Pokok berangan mempunyai kadar pertumbuhan sederhana (untuk pokok berangan Cina) hingga tumbuh dengan cepat untuk spesies Amerika dan Eropah.[7] Ketinggian matang bervariasi dari spesies yang kecil renek[8] hingga kepada spesies Amerika C. dentata yang dapat tumbuh tinggi besar mencapai 60 m . Di antara dua ini terdapat berangan Jepun (C. crenata) pada purata 10 m [nota 1] diikuti oleh berangan Cina ( C. mollissima ) pada jarak sekitar 15 m, dan berangan Eropah (C. sativa) yang tumbuh cecah sekitar 30 meter.[10]
Kulit kayu berangan muda mempunyai permukaan licin,[11] alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila semakin menua.[7]
Kegunaan
Sebagai sumber makanan
Ia paling lazim dimakan secara dipaggang atau digoreng pasir memerlukan menjaringkan buah terlebih dahulu untuk mengelakkan letupan buah akibat pengembangan. Setelah dimasak, teksturnya sedikit mirip dengan kentang bakar dengan rasa halus manis. [12] [13] [14] juga boleh disaluti gula, direbus, dikukus serta digoreng baik dengan cara manis atau berlauk.[5] Ia turut boleh digunakan sebagai inti sumbatan sayur-sayuran, daging ayam itik, dan makanan lain.[7]
Buah ini juga dapat dikeringkan dan digiling menjadi tepung yang kemudian dapat digunakan untuk menyiapkan roti, kuih-muih, pastri, pasta, polenta[5] (dikenal di Corsica sebagai pulenda ), atau digunakan sebagai bahan pemekat rendidihan, sup dan sos.
Bahan kayu
Pokok ini yang tergolong dalam keluarga sama dengan oak mengandungi banyak tanin beracun[15] yang menjadikan kayu sangat baik dan tahan lama kepada alam sekitar[15][16] dan menjimatkan keperluan untuk rawatan perlindungan lain. Namun, kandungan tanin juga menghakis besi secara perlahan.[16] Bahan-bahan tanin ini juga memainkan peranan dalam industri penyamakan kulit.[17]
Nota
Rujukan
- ^ Huang Chengjiu; Zhang Yongtian; Bartholomew, Bruce. "Castanea". Flora of China. Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA. 4 – melalui eFloras.org.
- ^ Nixon, Kevin C. (1997). "Castanea". Flora of North America North of Mexico. New York & Oxford. 3 – melalui eFloras.org, Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA.
- ^ "Castanea". Flora Europaea. Edinburgh: Royal Botanical Garden. 2008.
- ^ McLaren, David (1999). Industy Information. The Chestnut Growers Information Book: Chestnut Australia Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2008.
- ^ a b c The Grocer's Encyclopedia – Encyclopedia of Foods and Beverages. By Artemas Ward. New York. 1911.
- ^ Postharvest Physiology and Pathology of Chestnuts. In Postharvest Handling and Storage of Chestnuts. By Fabio Mencarelli. Food and Agriculture Organisation United Nations. November 2001.
- ^ a b c A Modern Herbal. By Mrs. M. Grieve.
- ^ Chestnuts, Horse-Chestnuts, and Ohio Buckeyes Diarkibkan September 16, 2008, di Wayback Machine. In Yard and Garden Brief, Horticulture department at University of Minnesota.
- ^ American Phytopathological Society Diarkibkan Mei 9, 2008, di Wayback Machine
- ^ Chestnuts worldwide and in New Zealand Diarkibkan 2008-07-05 di Wayback Machine. By the New Zealand Chestnut Council, 2000.
- ^ The American Chestnut Tree. By Samuel B. Detwiler. Reprinted from American Forestry, October, 1915. Chattooga Conservancy.
- ^ What Are Chestnuts. Information page by a small Australian grower in Balingup, Western Australia.
- ^ Chestnut Know-How Diarkibkan 2008-07-19 di Wayback Machine. By David McLaren. Written for Chestnut Australia Inc. 1999.
- ^ Sweet Chestnut Jam recipe. Storing Sweet Chestnuts, in The Cottage Smallholder.
- ^ a b Chestnut History by Peggy Trowbridge Filippone. For Cooking resources, Food history, in About.com.
- ^ a b Sweet Chestnut production in Farm Woodlands – CALU Technical Note ref: 050401. July 2006.
- ^ Edlin., H. L. (1970). "Trees, Woods and Man". New Naturalist. ISBN 0-00-213230-3..
Pautan luar
- Nutritional overview of chestnuts
- Eichhorn, Markus (May 2012). "Chestnut Tree". Test Tube. Brady Haran for the University of Nottingham.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan