Blues Gang | |
---|---|
Berasal dari | Johor Bahru, Malaysia |
Genre | Blues dan rock |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Laman sesawang | https://itosmusic.com |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Nama kumpulan diambil dari nama penyanyi rock Amerika Syarikat, James Gang.
Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani dalam tahun 1986, Kembara Seniman Jalanan. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota.
Anugerah & Pencapaian
Separuh Akhir Muzik Muzik
1. 1993: Mak Siti
Biografi
Penyanyi Blues Gang, Ito Mohd sekarang tinggal di Pulau Sebang Melaka, belakang Balai Polis Pulau Sebang bersama isteri Hanila dan anaknya Mohd Kid Afero. Tok Ghani (Gahni Talib) tinggal di Alang Sedayu Gombak bersama anak-anak dan isteri.
Julian dan Abang Karim masih aktif di kelab sekitar Kuala Lumpur sepert Little Havana, Chesnut Ampang.Manakala Jim Mandasamy telah pun meninggal dunia sekitar tahun 2018.[2]
Ito Mohd masih aktif menerbitkan album solo dan yang terakhir album Blues Meletop telah dipasarkan dengan lagu-lagu yang amat menarik untuk didengari. 1. Blues Melatop (Nasir Jani) 2. Tiada Sempadan 3. Tunggu Dulu (Adi Jagat) 4. Ribut Pendamai 5. Kabus Sutera Unggu 6. Kekal Suci 7. Lamo Tak Jumpo (Dikir Blues / Mat Glamour / Ito / Naga-Naga) 8. Salam Cinta (Stone / Auf) 9. Nak Tahu 10. Takan MElayu Hilang Di Dunia ( Wan Ahmad Sweet Charity)
Ito Mohd adalah besan kepada Allahyarham Armali Aman Ramli (anak tunggal Saloma - AR Tompel) Boy anak Armali yang merupakan menantu sulung Ito dan hasil daripada perkahwinan mereka, Ito dikurniakan dua cucu yang seiras dengan Saloma dan AR Tompel iaitu Arleeya Arzanee dan Adam Rayyan. Ito juga mempertahankan hak Saloma mengapa nama SALOMA digunakan tanpa kebenaran oleh Jojo (Syed Yusof)untuk SALOMA BISTRO..tempat ini menjual minuman keras yang menjatuhkan maruah keluarga Saloma.." Kenapa tak guna nama mak dia..ni gunakan nama Saloma pulak" kata Ito yang ditujukan kepada Jojo.
Selain itu Ito juga memperjuangkan harta seni seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Sebuah yayasan perlu ditubuhkan YAYASAN TAN SRI P RAMLEE yang menjaga semua khazanah seni allahyarham. Anak-anak P. Ramlee terbiar ada yang kerja angkat sampah..kenapa piahkyang erwajib membiarkan perkara ini berlaku.."kita bangga dan mempergunakan nama P.Ramlee sewenang-wenangnya sedangkan ahli keluarganya merempat, malulah sikit..." tambah Ito lagi..
"Jangan salahkan saya kerana menggunakan flatform parti pembangkang kerana selama ini pihak kerajaan yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional tidak memberi ruang kepada saya untuk menyuarakan langkah-langkah ini" menurut Ito. "Dah banyak kali berjumpa dengan menteri, dari Tan Sri Muhyidin hingga ke Ismail Sabri, diaorang ingat lagu-lagu ni sama dengan belacan ke?" rungut Ito. Lagu-lagu adalah harta rakyat yang boleh menjana pendapatan kepada negara dengan tidak perlu modal yang terlalu besar. Kenapa pihak kerajaan tidak mengambil berat masalah lanun cetak rompak..nak jual 5000 copy pun tak boleh..siapa lanun sebenarnya.. Ini tidak termasuk cukai rokok yang sebelum ini digunakan untuk menaja artis membuat persembahan. Kerajaan mengambil semua cukai rokok dan mempergunakan ke tempat yang lain..kesannya artis Malaysia merempat di tanah air sendiri..orang luar datang menyamun dan di agung-agungkan.. kalau Michael Jackson tu beranak kat Sentul..dia pun merempat cari makan...jual tose kut..kerana kerajaan Malaysia tidak 'protect' hasil seni..
Terkini Ito atau Mohd Arif Bin Kendut dikurnia Darjah Tuanku Mukhriz yg membawa gelaran Dato'.
Dalam September 2016, kumpulan Blues Gang telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai kumpulan muzik Blues paling lama di Malaysia. [3]
Tahniah Dato Ito, Tok Ghani, Karim, Jim, Julian & Zizi
Ahli-ahli
- Ito Mohd (vokal/harmonika)
- Julian Mokhtar (gitar utama)
- Ghani Dato' Abu Talib (gitar kedua/keyboard)
- Jim Madasamy (Bass/Vokal)
- Shaik Karim (Dram/Vokal)
- Ian Anderson (gitar utama)
Ahli pengasas yang muncul di Lp "Any time Any day" 1979
- Shaik Karim (Dram/Vokal)
- Jim Madasamy (Bass/Vokal)
- A'shed (Rashid Yunus) (Vokal/Penyanyi) [4]
- Mat Dollah (Mohamad Abdullah) Gitar Utama/Vokal/ pencipta lagu
Diskografi
Album Studio
Tahun | Judul album | Butiran album | Label |
---|---|---|---|
1979 | Any Time Any Day | Format: LP, Kaset | WEA (Warner/Elektra/Atlantic) Records Sdn. Bhd |
1981 | Blues Gang | Format: LP, Kaset | WEA |
1982 | Ada Lagi | Format: LP, Kaset | WEA |
1983 | Khatulistiwa | Format: LP, Kaset | WEA |
1984 | Livin' It Up | Format: Kaset | WEA |
1985 | Sakit Sakit Sakit | Format: Kaset | WEA |
1986 | Zaman Berubah | Format: Kaset | WEA |
1987 | Oh Inikah Dia! | Format: Kaset | WEA |
1988 | Mencari Penyelesaian | Format: Kaset | WEA |
1993 | Esok Hari | Format: Kaset | SCS (Suara Cipta Sempurna) |
1998 | Ribut Pendamai | Format: Kaset, CD | Universal |
Album Kompilasi
Tahun | Judul album | Butiran album | Label |
---|---|---|---|
2013 | Konsert 2 Raksasa (Live) | Bersama Sweet Charity Tarikh album: 26 November |
Warner Music Malaysia |
2014 | Nostalgia Blues Gang | Tarikh album: 24 Oktober | Warner Music Malaysia |
2015 | Koleksi Lagu-lagu Terbaik | 13 buah lagu | Warner Music Malaysia |
2015 | Biografi | 32 buah lagu | Warner Music Malaysia |
Lagu popular
- Apo Nak Di Kato
- Ibu dari Album Blues Gang (1981)
- Katakan Pada Ku dari Album Ada Lagi (1982)
- Cinta Oh Cinta dari Album Ada Lagi (1982)
- Khatulistiwa dari Album Khatulistiwa (1983)
- Sakit Gigi
- Maafkan Diriku
- Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin
- Bunyi Gitar dari Album Blues Gang (1981)
- Lagu Tiga Kupang dari Album Blues Gang (1981)
- Bukan Senang Jadi Senang
- Peristiwa Semalam dari Album Ada Lagi (1982)
- Mak Siti
- Turun Naik
- Don't You Hide dari Album Any Time Any Day
- Parasite People dari Album Any Time Any Day
- Angin Pendamai
- Jumpa Kawan Lama
Kontroversi
- Dalam tahun 1983, album ke-4, Khatulistiwa telah diharam dan digam oleh RTM. Pengharaman album ini diatas alasan lirik lagu yang mempunyai unsur berbaur politik.
- Kemelut Blues Gangs berterusan pada 1984, dimana penjualan album bahasa Inggeris kedua berhadapan dengan masalah cetak rompak yang tidak dapat dibendung. Dalam tahun 1993, lirik lagu Bukan Senang Jadi Senang dituju khusus bagi memerangi dan menghapuskan cetak rompak. Begitu juga lagu Dilema Orang Seni dicipta bagi membenteras cetak rompak. [5]
Pautan luar
Rujukan
- ^ Global Glam and Popular Music: Style and Spectacle from the 1970s to the 2000s, edited by Ian Chapman, Henry Johnson
- ^ Azizan, Muhamad Fairoz (16 April 2018). "Perginya pejuang blues sejati". BH Online. New Straits Times Press. Dicapai pada 20 Februari 2019.
Jim Madasamy, 68, meninggal dunia kira-kira 7 pagi
- ^ "Blues Gang masuk rekod MBOR". Kosmo Online. Utusan Melayu. 16 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-20. Dicapai pada 20 Februari 2019.
Blues Gang berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai band irama blues yang paling tua di Malaysia
- ^ "Biodata Rashid Yunus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-27. Dicapai pada 2018-10-30.
- ^ "Berjuang selagi bernyawa". Utusan Online. Utusan Melayu. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 20 Februari 2019.
Lagu seperti Bukan Senang Jadi Senang dan Dilema Orang Seni antara yang bercerita mengenai cetak rompak