Biskut mentega (atau biskut Denmark), juga dikenali sebagai Brysselkex atau sablés merupakan sejenis biskut tidak beragi yang mengandungi bahan seperti mentega, tepung dan gula. Ia sering dianggap sebagai "biskut rangup" kerana teksturnya dan kandungannya daripada gula dan mentega.
Sebelum membuat biskut ini, dohnya perlulah disejukkan terlebih dahulu supaya dapat menghasilkan tekstur yang rangup. Prinsip ini adalah sama dengan cara membuat pai. Kebiasaanya, biskut mentega tidak mengandungi perasa tetapi ia sering diletakkan dengan vanila, coklat dan kelapa dan/atau dengan hablur gula. Ia juga didatangkan dengan pelbagai bentuk seperti bulatan, bujur, segi empat sama, cincin dan seperti pretzel. Di beberapa negara di Eropah dan Amerika Utara, biskut ini seringkali disajikan pada hari Natal.
Rujukan
- Friberg, Bo. The Professional Pastry Chef. 4th. New York: John Wiley & Sons, Inc., 2002.