Bercakap Dengan Jin | |
---|---|
Genre | Seram Mistik Supernatural |
Berdasarkan daripada | Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis |
Pencipta | Tamar Jalis |
Ditulis oleh | Tamar Jalis |
Pengarah | C. Kumaresan |
Dibintangi oleh | Dato' Rahim Razali Pekin Ibrahim A. Galak Oktovia Manrose |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Dato' Yusof Haslam |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Skop Productions[1] |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Mustika HD Astro Bella |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 4 November 2014 – 27 Januari 2015 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Bercakap Dengan Jin 2 |
Bercakap Dengan Jin adalah merupakan drama seram dan mistik Malaysia. Drama ini memaparkan kisah-kisah mistik yang diadaptasi daripada novel Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis yang telah diterbitkan pada sekitar tahun 80-an. Drama ini dilakonkan oleh Rahim Razali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Oktovia Manrose.[2] Drama ini telah disiarkan sebanyak 13 episod bermula pada 4 November 2014 pada setiap hari Selasa di saluran Astro Mustika HD dan Astro Bella.
Siri ini kemudiannya direhatkan buat seketika sebelum penggambaran untuk musim kedua siri ini kemudiannya disambung pada bulan Ogos 2015.
Pelakon
- Dato' Rahim Razali sebagai Long Peah
- Pekin Ibrahim sebagai Tarmizi
- A. Galak sebagai Tamar
- Oktovia Manrose sebagai Mawar
Rujukan
- ^ Kemalia Othman (31 Oktober 2014). "Yusof Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin'". mSTAR. Dicapai pada 20 September 2021.
- ^ "'Bercakap Dengan Jin' dari novel ke drama siri". Astro Awani. 5 November 2014. Dicapai pada 5 November 2014.